Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 7, 2011

PTPTN disaman! Hebat!


Hah!
Akhirnya ada jugak yang berani menyaman PTPTN nih..
Sepatutnya pendidikan dipermudahkan bukan medan kaut untung!
Kiraan mudahnya.. kalau RM250juta yang disonglap oleh satu keluarga miskin di Lembah Pantai tu sahaja dah berapa ribu pelajar leh dapat pendidikan percuma!

Bayangkan hasil negara yang sekian lama dilahap dek lanun-lanun politik selama Malaysia merdeka neh!

Buat sahabat teman Mandeep Singh.. I salute you bro!! Syabass!
budakbalun 07122011

Black Listed : Peminjam Saman PTPTN


Seorang peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mendakwa telah melangsaikan pinjamannya menyaman agensi itu kerana gagal mengeluarkan namanya daripada 'senarai hitam' pihak Imigresen.

'Kesilapan' itu dikatakan telah menyebabkan Mandeep Singh, 28, ditahan oleh pegawai Imigresen dan dihalang daripada meninggalkan Malaysia pada 6 Julai lalu ketika beliau bercadang berlepas untuk bercuti di Guangzhou, China.

ptptn logo"Plaintif itu secara terbuka diaibkan, mengakibatkan reputasinya terjejas dan maruah peribadinya mengalami tamparan hebat kerana dilakukan seolah-olah beliau seseorang yang mempunyai kesedaran diri yang rendah dan penjenayah.

"Kegagalan untuk membuang nama plaintif dari senarai hitam juga menyebabkan beliau kehilangan kebebasan untuk bergerak dengan bebas. Defendan telah melucutkan hak-hak plaintif," kata afidavit Mandeep yang difailkan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pagi ini.
-Malaysiakini

Miskinnya Shahrizat & Famili!

Mari kita bantu keluarga miskin ini dengan memenangkan UMNO-BN! phuiiihh!


Kesian teman dengor..
Rupanya Shahrizat ni keluarga susah..
Anak suami bukan orang senang..

Anak-anak pergi sekolah naik bas loncat-loncat..
Tak mampu nak bayor duit tambang Bas Sekolah..
Anak-anak belanja 50sen je sehari..
Itulah belanja sekolah pagi dan petang..
Tuisyen jangan haraplah..

Suami pun bawa bekal ke tempat kerja..
Takde kereta, hanya tunggang motor kriss tahun 95.. 1st model..
Itupun hon takde.. dah rosak..
Lampu belakang takde.. terbakor..
hari tu dah tukar mentol/bal..
kena RM2.. ni terbakor lagi sekali!
Dah takde duit nak beli baru..
Tunggu bantuan zakat nak raya puasa tahun depan lah nampaknya...

Logiklah keluarga ni sapu RM250 juta duit rakyat!

Hampas!

budakbalun 07122011

NFC: Gaji suami Shahrizat RM100,000 sebulan?

KUALA LUMPUR 7 Dis: Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin mencabar National Feedlot Corporation (NFC) mendedahkan gaji bulanan yang dibayar kepada pengerusi eksekutifnya Datuk Mohamad Salleh Ismail.

Selain Mohamad Saleh yang juga suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, beliau juga meminta gaji pengarah-pengarah yang lain didedahkan.

“AMK mencabar NFC mendedah jumlah sebenar gaji yang dibayar kepada pengerusi eksekutif dan pengarahnya.

“Rakyat berhak tahu sebab wang yang dibayar untuk mereka itu datangnya dari rakyat selaku pembayar cukai,” katanya dipetik Keadilandaily.com hari ini.

Sejak awal bulan ini, beberapa maklumat tersebar di internet mendakwa suami Shahrizat memperoleh gaji bulanan sekitar RM100,000 sebulan.

Manakala ketiga tiga anaknya iaitu Wan Shainur Izmir, 31, (Pengarah Eksekutif) Wan Shahinur Izran, 27 (Ketua pegawai eksekutif) dan Wan Izzana Fatimah, 25, (pengarah) memperoleh pendapatan RM35,000 hingga RM45,000 sebulan.

Sebelum ini Pakatan Rakyat membuat beberapa pendedahan mendakwa dana rakyat berjumlah RM250 juta yang dianugerahkan kepada NFC telah disalah gunakan.

Dana itu didakwa telah digunakan untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar berharga RM13.8 juta membeli kereta Mercedes berharga RM534,622, dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya dan digunakan untuk melancong ke luar negara.-Harakahdaily

Najib Minta Sepenggal? Kami pun!

Teman setuju dengan rayuan DS Najib nak minta Kelantan walaupun sepenggal..
Bagi peluanglah BN memerintah Kelantan wehh!
teman cadangkan rakyat Kelantan bagi sepenggal kat BN..

Tapi BN kena bagi sepenggal kat Pakatan Rakyat memerintah di Putrajaya!
Sepenggal je wehhh!!
Lepas tu kita serah pada rakyat untuk memilih?

chewwahhh!!

Amacam cai-cai semua? Ada bran?

budakbalun 07122011


UMNO-BN Ibarat Cacing Kepanasan?


KENYATAAN AKHBAR JABATAN PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

UMNO GAGAL

Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia merasakan Umno dan Barisan Nasional kini adalah seumpama cacing yang kepanasan apabila segala hamburan fitnah dan nista keji kepada Pakatan Rakyat di dalam Perhimpunan agung Umno yang baru lalu tidak di terima dan di tolak oleh rakyat. Rakyat merasa cukup jelik dan mual apabila Umno berterusan mendendangkan politik perkauman sempit dan polemik terhadap agama Islam.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia berpendapat ungkapan-ungkapan bahawa Umno adalah pejuang agama Islam sebenar adalah untuk mencari undi politik semata-mata kerana Umno sendiri tidak meletakkan dasar memartabatkan hukum Islam di dalam perlembagaan parti mereka. Kini Umno hanya berdiam diri seperti lelaki dayus apabila pemimpin MCA berterusan mempertikaikan hukum Islam/hudud. Tetapi sekiranya pemimpin PAS memberikan tazkirah dan kuliah agama bagi memahamkan masyarakat kepada Islam yang sebenar, bermacam halangan dan kekangan termasuk tangkapan di buat kerana dikatakan menyelewengkan ajaran Islam.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia amat bersimpati terhadap nasib bangsa Melayu apabila terus-terusan dikategorikan sebagai orang yang tidak boleh berdikari dan mempunyai sikap politik yang berlainan dengan Umno. Umno sering menyanyikan lagu songsang bahawa Umno adalah pejuang bangsa Melayu dan orang Melayu tidak boleh hidup tanpa Umno tetapi hakikat sebenarnya adalah Umno adalah ‘pengkhianat’ bangsa Melayu yang antaranya telah menghina institusi raja-raja Melayu, menggadaikan tanah rezab orang Melayu dan pelbagai lagi kezaliman Umno terhadap orang Melayu yang telah diketahui oleh rakyat. Oleh itu nasib orang Melayu akan menjadi ‘gelap gelita’ sekiranya Umno terus diberikan kuasa untuk memerintah negara.


Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia juga melihat kegagalan Umno di dalam mempertahankan kedaulatan negara apabila beberapa kepentingan negara telah diberimilik kepada negara asing secara mudah. Pulau Singapura, Pulau Batu Putih, Telaga minyak Blok L dan M serta beberapa kes yang membabitkan kehilangan harta negara terus dipertikaikan oleh rakyat. Selain itu pendedahan menggemparkan pemberian status kewarganegaraan secara mudah kepada pemastautin tetap dan pendatang asing terus mencalarkan imej Umno selaku pemerintah Malaysia. Umno sememangnya gagal untuk membela Agama Islam, gagal untuk membela bangsa dan terus gagal untuk membela kedaulatan negara.


Maka, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia mengharapkan semoga seluruh rakyat Malaysia dapat memerhatikan perkembangan politik pasca PRU ke 12 secara teliti. Rakyat sudah pasti dapat melihat kejayaan dan keberkesanan pemerintahan negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang. Tiada sebarang kekacauan dan huru-hara yang berlaku, urustadbir negeri pemerintahan Pakatan Rakyat adalah yang paling efisien dan terbaik mengikut laporan Ketua Audit Negara, rakyat pelbagai keturunan, bangsa dan agama dapat hidup dengan penuh harmoni. Tetapi disebabkan kedengkian Umno dan Barisan Nasional kerana tidak lagi dapat mengaut keuntungan disebabkan kekalahan mereka di negeri tersebut menyebabkan mereka menghamburkan cacian dan nista keji selain fitnah kepada PAS dan Pakatan Rakyat


Oleh itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia meminta supaya rakyat Malaysia MENOLAK terus Umno dan Barisan Nasional didalam pilihanraya umum yang akan datang. Katakan TIDAK kepada politik perkauman sempit. Katakan TIDAK kepada Umno dan Barisan Nasional. Katakan YA kepada Perubahan. Katakan YA kepada Pakatan Rakyat.

MOHD SANY BIN HAMZAN

PENGARAH PILIHANRAYA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

06 Disember 2011