Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 11, 2010

Lagi bukti PAS khianati Melayu!!!


Orang PAS ni memang tak sedar diri!
Hanya Melayu sahaja yang boleh menjamin tempat di syurga!!
Berapa kali nak cakap!!
Hidup Melayu!!
Hidup Panglima Melayu!!

Bangsa lain di Malaysia hanya ibarat binatang je!!
(dah macam yahudi pulak!)

Amaran buat orang PAS! Jangan kerjasama dengan india dan cina!!
Mereka tu pengkhianat melayu!!!

- mungkin ini pulak kata-kata pencacai UMNO bila baca berita dibawah!
sunsnake 11062010

Pemuda: PAS terima bukan Islam tak ancam orang Melayu


KOTA BARU, 10 Jun - Dewan Pemuda PAS mempertahankan usaha parti itu membentuk Dewan Himpunan Penyokong PAS dengan menegaskan, langkah tersebut tidak bercanggah dengan usaha mengekalkan sokongan bukan Melayu dan meraih sokongan lebih luas daripada masyarakat Melayu.

“Dewan Pemuda PAS begitu meyakini, rahmat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w kepada seluruh alam adalah daripada Allah s.w.t. Tuhan yang maha Penyayang.

“Ia merupakan satu jaminan masyarakat Melayu dan bukan Melayu boleh hidup dengan harmoni dalam negara ini,” kata Nasrudin Hasan at-Tantawi dalam ucapan dasarnya pada Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat di sini hari ini.

Nasrudin berkata, dengan gandingan pelbagai pihak PAS mahu meningkatkan sokongan Melayu-Islam sehingga antara 15 hingga 20 peratus.

Nasrudin, hanya golongan yang berpegang kepada politik perkauman yang sempit seperti Umno dan BN, beranggapan masyarakat Melayu akan terancam sekiranya keadilan diberikan kepada masyarakat bukan Melayu.

“Sedangkan menurut Islam, keadilan itu merupakan sesuatu yang wajib diberikan kepada golongan bukan Islam sebagaimana firman Allah swt dalam ayat ke 8, surah al-Mumtahanah,” katanya.

Bertitik tolak daripada hakikat itu, kata beliau, Dewan Pemuda PAS menyeru kepada pendukung dan penyokong parti supaya menghentikan perselisihan dalaman yang tidak berkesudahan.

“Yakinlah bahawasanya tiada percanggahan antara usaha untuk mempertahankan sokongan masyarakat bukan Melayu seperti yang diperolehi oleh PAS dalam pilihan raya umum ke-12 yang lalu dengan usaha untuk meraih sokongan masyarakat Melayu untuk pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Berita Penuh

DAP terutama PKR, WAJIB berjiwa besar!


Teman sokong sangat usul yang diluluskan tanpa bahas oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS ni..
Sememangnya YB-YB lompat ini benar-benar mengguris hati dan perasaan rakyat Malaysia yang telah bermandi peluh, mengalirkan darah memperjuangkan kemenangan mereka!

Dek kerana 1 orang yang kononnya menyangka kemenangannya adalah kerana kehebatannya bukan kerana rakyat, habis busuk nama Pakatan Rakyat!

Dan bukanlah satu rahsia lagi bahawa cadangan yang terbaik adalah semua kerusi-kerusi YB katak tadi digantikan dengan calon PAS untuk Pilihanraya yang akan datang!

PKR dan DAP wajib berjiwa besar didalam hal ini..
Jangan minta kerusi ganti pulak bila PAS dah bertanding kat situ!!!
sunsnake 11062010

Lompat parti: Pemuda PAS gesa formula kerusi Pakatan dikaji

June 11, 2010

KOTA BARU, 11 Jun — Dewan Pemuda PAS menggesa parti itu mengkaji semula perjanjian pembahagian kerusi ekoran tindakan wakil-wakil Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP keluar parit, perkembangan yang disaksikan sepanjang dua tahun ini.

Usul itu dibawa oleh Dewan Pemuda PAS kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Perjanjian pembahagian kerusi dikaji semula atas dasar isu melompat parti,” kata usul itu yang diluluskan lewat malam ini.

Usul yang diluluskan tanpa bahas ini menyebut, Dewan Pemdua PAS mengambil berat perkembangan terdapatnya ramai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti rakan-rakan Pakatan Rakyat melompat parti.

Malah menurut usul itu, tindakan melompat parti boleh menyebabkan imej Pakatan Rakyat terejas dan kesan melompat parti telah menyebabkan kejatuhan kerajaan negeri Perak, yang menteri besarnya ketika itu merupakan wakil PAS.

Jentera pilihan raya akan menjadi lemah akibat perbuatan lompat, kata usul itu lagi.

“Hanya Ahli Parlimen atau Adun daripada PAS sahaja yang tidak melompat parti,” kata usul itu menjustifikasikan keperluan tindakan tegas menangangi masalah lompat parti dalam Pakatan Rakyat.

Berita Penuh

PAS khianati Melayu!!!


Cilakak punya PAS! Tergamak bekerjasama dengan orang India!!
Bukankah melayu TUAN di Malaysia ini!!
Bukankah malaikat munkar Nakir hanya akan membelasah yang bukan melayu sahaja didalam kubur!!

Islam hanya untuk Melayu!!! Bukan untuk India dan Cina!!
Kalau ada India dan Cina yang Islam pun mereka tu 2nd class dalam Islam!!

-mungkin tulah tempelak pencacai pengangkut najis bloggers UMNO bila baca berita dibawah!
sunsnake 11062010


Ucapan Ketua Wanita DHPP jadi tumpuan perwakilan

Ucapan Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS ( DHPP ), Kumutha a/p Rama, menjadi tumpuan para perwakilan dan pemerhati di muktamar kali ini
Beliau yang sering mengaitkan agama dalam ucapannya melahirkan rasa syukur berada dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam bersama kepimpinan ulama.

Kumutha dalam ucapan menegur sikap muslimat sewaktu muktamar yang kadang-kadang agak riuh rendah khususnya sewaktu membahaskan usul. Menurutnya, sebagai seorang muslimat kenalah sabar, bukankah sabar itu separuh daripada imam,”ujarnya sambil disambut takbir oleh para perwakilan. Sambungnya, agama Islam memang diakui baik dan murni kerana itu nilainya perlu dijaga oleh para penganutnya.
Ketua Wanita DHPP itu pada masa yang sama mengingatkan anggota parti jangan terpengaruh dan terpedaya dengan Umno/BN kerana mereka ada agenda tersembunyi, tidak pernah jujur dan ada udang di sebalik batu.
Beliau turut mempertikaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kini membuat slogan Satu Malaysia.Beliau mempertikai apakah rasionalnya Najib buat 1Malaysia kerana selama ini pun Malaysia ni satu sahaja.

Puad Zarkashi pernah joint PAS??

Yang kanan tau.. bukan yang kiri!


Idak la teman tahu??
Ingatkan dia tu Dulu,Kini Selamanya UMNO tegar!!

Hmmm... macam mana pulak dia leh keluar dari PAS ye?

Ada siapa yang tahu? share skittt!!
sunsnake 11062010

Pemuda nasihat Nakhaie pulang, 2 menteri sertai PAS

June 10, 2010

KOTA BARU, 10 Jun - Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Al-Tantawi menasihatkan bekas Yang Dipertua Yadim Datuk Nakhaie Ahmad dan dua menteri dan seorang timbalan menteri agar menyertai parti itu.

Dua menteri terbabit ialah Datuk Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Chik dan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi serta seluruh ahli-ahli Umno yang cintakan Islam dan pernah bersama dalam perjuangan menyertai PAS.

Jelas Nasrudin, mereka yang disebutkan itu pernah bersama-sama dengan PAS dan baginya adalah sangat baik jika semua mereka kembali ke pangkuan perjuangan dengan panggilan "Jom Sertai PAS".

Nasrudin menyatakan demikain ketika menyampaikan ucaptama pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat di Kota Baru Trade Centre di sini hari ini.

Berita Penuh

Chua Jui Meng tidak Dato' lagi!


Opsss..!! Tak nak komen apa-apa..
Kang jadi Aduka Teruna pulak temannn!!!

Ampun Tuanku!! Ya ampoonnn!!
uisshhh!!!
sunsnake 11062010

Jui Meng sahkan Istana Johor tarik balik ‘Datuk’



JOHOR BARU, 10 Jun – Anggota Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Chua Jui Meng hari ini mengesahkan bahawa Istana Johor telah menarik balik dua darjah kebesaran yang membawa gelaran Datuk kepadanya.

Katanya beliau dimaklumkan oleh pegawai Istana Johor mengenai langkah penarikan balik dua darjah kebesaran itu menerusi dua panggilan telefon pada Selasa dan hari ini.

“Saya terima panggilan telefon daripada Datuk Abdul Rahim Ramli (setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor) dua hari lepas tentang penarikan balik darjah itu dan (panggilan telefon) hari ini beliau meminta saya datang ke Johor Baharu untuk memulangkannya,” katanya hari ini.

Bagaimanapun, Chua yang juga bekas Menteri Kesihatan mulai 1995 hingga 2004 dan bekas Naib Presiden MCA, berkata beliau tidak dapat pergi ke Johor Baharu hari ini kerana terpaksa berada di Langkawi bagi satu majlis politik.

Semasa dihubungi di Alor Setar, Chua berkata sehingga kini beliau belum lagi menerima surat rasmi dari Istana Johor tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran terhadapnya.

Chua dianugerahkan darjah kebesaran Datuk Paduka Mahkota Johor dan Seri Paduka Mahkota Johor, yang kedua-duanya membawa gelaran Datuk, oleh Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar.

Ditanya sama ada Istana Johor ada memberikan sebab disebalik tindakan mereka untuk menarik balik darjah kebesaran yang dianugerahkan kepadanya, beliau berkata tiada sebab diberikan.

“Datuk Rahim hanya berkata bahawa Sultan Johor mempunyai hak untuk menarik balik darjah kebesaran itu tanpa sebarang sebab dan saya menghormati hak itu,” katanya.

Bagaimanapun kata Chua, sebagai anak Johor beliau menghormati Sultan Johor.

“Baginda (Sultan Johor) masih raja saya dan sebagai anak watan Johor, saya tetap menghormati baginda,” katanya.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman ketika ditanya tentang langkah penarikan balik darjah kebesaran Johor terhadap Chua itu enggan mengulas. – Bernama

Mengalir air liur Tokey2 kroni UMNO!


Lapangan terbang Sungai Besi dibangunkan tidak lama lagi: Zahid

June 10, 2010

KUALA LUMPUR, 10 Jun – Lapangan Terbang Sungai Besi yang kini dijadikan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), akan ditutup tidak lama lagi bagi memberi laluan kepada projek pembangunan ‘‘Greater KL’’ seperti yang dirancang dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10). Sambil mengesahkan lapangan terb

ang berusia 54 tahun itu bakal dimajukan, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kawasan itu akan dibangunkan semula secara bersama melibatkan kerajaan, swasta dan pelabur asing.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan kunci Taman LTAT Bukit Jalil di sini hari ini, Ahmad Zahid berkata kementerian telah mengenal pasti beberapa pelabur dari Timur Tengah yang dilihat berpotensi terlibat dalam pembangunan kawasan lapangan itu.

Katanya satu perjanjian telah ditandatangani dua minggu lepas membabitkan kementerian, pemaju iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan pelabur dari Timur Tengah.

Berita Penuh

Mengapa Al-Mathurat memenuhi rohani saya!




Sebagai pendokong usaha menegakkan Islam sebagai deen yang memerintah, kita tidak boleh melupakan tanggungjawab untuk berzikir mengingati Allah SWT sebanyak-banyaknya. Antara kesilapan pendokong gerakan Islam ialah terlalu sibuk dengan urusan sesama manusia dan mad’u, sehingga terabai kualiti hubungan dengan Allah. Tidak pula dinafikan yang kesibukan berdakwah sesama manusia juga adalah sebahagian daripada zikrullah, akan tetapi nilailah sejauh mana kita memperuntukkan masa dan fokus diri untuk berkhalwat, bersendirian bersama Allah SWT.

Sebagai antara pengasas kepada gerakan Islam pasca kejatuhan khilafah, al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna amat menitik beratkan amalan berzikir di kalangan ahli al-Ikhwan al-Muslimun. Apatah lagi dengan latar belakang beliau semasa zaman kanak-kanak, beliau pernah membesar di dalam suasana bertariqat. Semasa di Mesir, saya agak beruntung kerana rumah pertama saya di Syari’ Mawazin, Damanhour, letaknya hanya 5 minit berjalan kaki dengan Masjid al-Jamie’ al-Hisofi, tempat Imam al-Banna ditarbiah rohaninya menerusi tariqat Shazuliyyah Hisofiyyah. Walaupun saya secara peribadi kurang selesa dengan cara tariqat itu sekarang, apa yang pasti pengalaman Imam Hasan al-Banna di zaman kanak-kanaknya amat banyak mempengaruhi cara hidup beliau sehingga dianugerahkan syahid.

Beliau telah memperkenalkan wirid zikir al-Ma’thurat kepada umat Islam dan khususnya kepada pendokong gerakan Islam sebagai makanan rohani penguat jiwa mereka. Semasa mencadangkan al-Ma’thurat, al-Banna telah memberikan pesanan terhadap beberapa perkara penting di sebalik al-Ma’thurat:

1. Zikir mengingati Allah sebenarnya perlu dilakukan pada setiap ketika, termasuklah di dalam perkara yang biasanya dianggap sebagai perkara duniawi. Seni mengaitkan amalan dunia yang dilihat tiada kaitan dengan ritual keagamaan, dengan mengingati Allah, adalah suatu seni yang perlu digilap oleh pendokong Islam.

2. Beliau juga memperingatkan kepada ahli Ikhwan mengenai fadhilat zikir. Yang paling utama menurut beliau, ialah dengan mengingati Allah, Allah akan mengingati kita, seterusnya membawa kepada nusrah dan ketenangan di dalam menggalas amanah dakwah.

3. Adab berzikir turut ditekankan oleh beliau. Adab paling penting ialah menghadirkan kemanisan hati semasa berzikir, dengan memberikan fokus dan memikir falsafah pengertian zikir yang dilafaz lisan. Beliau turut menyatakan keutamaan merendahkan suara di dalam berzikir, dan juga menjaga kebersihan pakaian serta tempat ketika berzikir.

4. Di dalam masa yang sama, beliau turut menggalakkan ahli Ikhwan supaya membaca al-Ma’thurat secara berjemaah atau beramai-ramai, dengan syarat tidak menganggu orang lain yang sedang bersembahyang atau mengerjakan urusan yang lain. Semasa di Mesir, selalu juga saya menghadiri majlis zikir al-Ma’thurat anjuran Ikhwan di beberapa surau perkumpulan mereka. Akan tetapi sekiranya ada rakan mereka yang lewat masuk ke surau kemudian menunaikan solat, mereka secara automatik akan merendahkan suara. Menurut al-Banna, kelebihan berzikir secara berkumpulan ini disentuh di dalam sepotong hadith riwayat Muslim:

لا يقعد قوم يذكرون الله عز وجل إلا حفتهم الملائكة وغشيتهم الرحمة ، ونزلت عليهم السكينة ، وذكرهم الله فيمن عنده

Tidaklah duduk sesuatu kaum itu (berkumpul) berzikir mengingati Allah Azza wa Jall, melainkan dinaungi mereka dengan malaikat, dilimpahi dengan rahmah, dianugerahkan ketenangan dan Allah mengingati mereka terhadap apa yang di sisi mereka.

Ada beberapa perkara yang barangkali ingin saya tambah di sini berkaitan dengan isu zikir dan al-Ma’thurat.

1. Setiap manusia mempunyai selera yang berbeza, baik selera fizikal seperti makan minum berpakaian, mahu pun selera rohani. Ada sesetengah orang, rohaninya lebih berselera dengan banyak menunaikan solat sunat. Ada setengah orang dengan banyak berzikir. Ada sesetengah orang suka berzikir dengan ayat al-Quran. Sesetengah yang lain berzikir dengan wirid-wirid yang diajar oleh nabi, sahabat, atau oleh tok guru mereka. Justeru, carilah selera rohani kita. Secara peribadi, selera rohani saya ialah al-Ma’thurat, dan saya akan didik anak-anak dan keluarga saya mempunyai selera rohani yang sama. Firman Allah di dalam Surah al-Isra’ ayat 84:

قُلْ كُلٌّ يَعْمَلُ عَلَىٰ شَاكِلَتِهِ فَرَبُّكُمْ أَعْلَمُ بِمَنْ هُوَ أَهْدَىٰ سَبِيلاً

Katakanlah (wahai Muhammad) setiap orang beramal mengikut pembawaan jiwanya sendiri. Maka Tuhan lebih mengetahui siapakah yang lebih betul jalannya.

2. Kenapa al-Ma’thurat? Jawapan mudah dan ringkasnya ialah kerana al-Ma’thurat menghimpunkan wirid di dalam al-Quran dan juga di dalam hadith sohih semata-mata. Maksudnya, al-Ma’thurat ialah himpunan doa ma’thur yang diajar oleh Allah dan Nabi. Ayat al-Quran, walaupun kita membacanya tanpa mengetahui maknanya, akan terus mendapat pahala.

3. Bagaimana pula dengan wirid atau hizib atau segala juga istilah zikir yang diajar oleh tok-tok guru tertentu selepas kewafatan nabi? Bagi saya tiada masalah untuk mempunyai disiplin amalan yang dicadangkan oleh tok-tok guru tertentu, dengan syarat ialah tidak bercangah dengan syara’, tidak mempunyai elemen syirik, mempunyai makna yang baik serta pengamalnya faham falsafah pengertian zikir tersebut. Akan tetapi sekiranya dibandingkan antara zikir yang diajar oleh Allah dan Rasulnya, berbanding zikir yang diajar oleh manusia lain, sudah tentu menjadi keutamaan kita mengikuti zikir anjuran Allah dan Rasul. Dan inilah kelebihan al-Ma’thurat.

Allahua’lam bissowab.

sumber - abidfana