Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, October 4, 2011

Makanlah Biskut Chipsmore!




Iklan pulak..
Tapi tu lah hakikat cincin ini..
sama macam biskut tuh!

Kejap ada kat Malaysia ... kejapppp je..
lepas tu takde!!
Dah dipulangkan katanya...
pulangkan kat sapa??
sapa pulak yang meminjam?

aduhhhh!!

Jawapan kat parlimen tuhhh!!
Macam budak-budak sembang tepi longkang!
chaittt!!

budakbalun 04102011

Cincin ‘Rosmah’ sudah dipulangkan dalam beberapa hari, kata Nazri

KUALA LUMPUR, 4 Okt — Datuk Seri Nazri Aziz mengesahkan tiada pembelian cincin bernilai AS$24 juta oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor sebagaimana didakwa oleh beberapa blog sebelum ini.

Sebaliknya, Dewan Rakyat diberitahu bahawa ia telah dipulangkan ke premis asal dalam beberapa hari selepas ia tiba di Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kastam Diraja Malaysia mengesahkan bahawa cincin itu telah dikembalikan beberapa hari kemudian kepada syarikat miliknya.-Minsider

Soi Lek Takut Kena Sebat ke? hahahaha!


Aduhhh!
Sorry la ye kawan-kawan..
teman ketinggalan keretapi nak ulas cerita neh!

ringkasannya mudah sahaja..

Macam Hari Raya Aidilfitri..

Bulan Ramadhan hanya Umat Islam saja Wajib puasa.

Chua Saoi Lek tak WAJIB puasa pasal lu bukan Islam maaa..

Nanti 1 Syawal..

Orang Islam semua sambut hali laye..
Lu Chua Soi Lek pun boleh sambut laye maaa..

Chua Soi Lek boleh makan kuih laye..
Chua Soi Lek boleh makan lemang..
Chua Soi Lek boleh makan ketupat...
Chua Soi Lek boleh minum sirap..
Chua Saoilek boleh makan dodol..
Talak masalah maaaa..

Sama la itu Hudud maaa..
Orang Islam kalau sabit salah buat maksiat..
dia kena hukum maa...

Lu Chua Soi lek aaaa..
Kalau sabit salah buat 'projek' aaaa..
Talak kena apa-apa maaa..
Lainla kalau itu ahmoi buat report kata lu rogol dia maaaa..
itu lain kira maaaa..

so, apa pasat lu mau sibuk-sibuk buat resolusi maaa??

Ini hudud 100% cerita Orang Islam maaa..
Bukan Islam langsung 100% talak kena mengena loooo!!

Haiiyaaa...!
Manyak kasian sama lu la Chua Soi lek..
Dari muda sampai tua aaa..
Itu UMNO talak dapat kasi lu paham ka pasal Islam?
haiyyaa!!
Macam mana UMNO mau kasi lu paham?
UMNO pun sama sengal maaaaaaaaa!!
Dia laaaagi takut sama itu Hudud maaa!
Sebab dia pun suka sama amoi maaaaaa!!

waakkaakaka!

budakbalun 04102011

Resolusi MCA bantah keras pelaksanaan hukum hudud


Perwakilan MCA hari ini meluluskan keputusan Jawatankuasa Pusat parti itu untuk tidak menerima sebarang pelantikan jawatan dalam kerajaan jika prestasi parti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 merosot berbanding pada 2008.

Keputusan itu adalah antara enam resolusi utama diterima pakai oleh 1,809 perwakilan pada Perhimpunan Agung MCA ke-58 di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

Resolusi lain termasuk mengutuk kempen berbaur perkauman oleh DAP untuk memecah-belahkan masyarakat Cina dan melemahkan wakil kaum Cina dalam kerajaan.

Mereka turut menolak pelaksanaan hukum hudud kerana bercanggah dengan rukun asas Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama dan hak asasi individu.-Mkini

Hudud: Boleh tak sokong, tapi jangan halang, kata PAS

Isu pelaksanaan hukum hudud sebenarnya bukanlah isu politik tetapi adalah tuntutan agama untuk umat Islam.

Justeru, menurut ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man beliau berharap tidak ada pihak yang akan cuba mengenakan kekangan dan campur tangan untuk mengutuk dan menghalang umat Islam dalam menghayati keperluan wajib agama mereka.

Katanya, golongan yang tidak mengerti mengenai perundangan Islam dan bukan ahlinya juga tidak sepatutnya membuat komen yang bertentangan dengan realiti perundangan Islam itu.

“Sehubungan itu, di atas sifat saling hormat-menghormati dan toleransi beragama, golongan bukan Islam boleh tidak menyokong hudud, akan tetapi janganlah seperti MCA yang menuduh liar bahawa hukum hudud ini menghalang kebebasan beragama dan hak asasi individu,” katanya dalam satu kenyataan media.-Mkini

Bukti Pakatan Rakyat Salahguna Duit Rakyat!

Sokonglah isteri saya! Nescaya akan selamat harta negara! Percayalah!


Perghh!!

Pagi ni teman dapat sms..

"Salam… Ustaz, Su**** nk mohon sumbangan sikit bleh x?..dah 2 hari Su**** skluarga makan nasi goreng,kat umah x ada ape dah nak makan, suami su**** keje pengawal keselamatan gaji RM850.

017********, **-38 apt Kenanga MK bkt beruntung"

sendiri pikir la kawan-kawan hoh!
Jap lagi tunggu la pencacai masuk sini dan bagi komen

"Rakyat tak bersyukur dapat hidup di Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan terbilang!"

phuiii!

budakbalun 04102011

RM9 juta bagi sewa pesawat PM tahun ini


Jumlah kos penyewaan sebuah pesawat Airbus A319 yang digunakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sewaktu percutiannya di Perth, Australia pada Hari Kemerdekaan, tahun ini berjumlah RM9.1 juta.

Dalam jawapan bertulis kepada soalan yang dikemukakan oleh ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
berkata kekerapan penggunaan pesawat itu adalah meliputi 155 sektor di dalam dan luar negara.

Katanya, kos penggunaan berjumlah RM9.1 juta itu meliputi kos bahan api pesawat, caj tempat dan kendali, sajian serta logistik krew pesawat. - Mkini

Keluar Mulut Rimau Masuk Mulut Boye!


Hmmm..
Apa lagi nak kata..
teringat komen ahli keluarga mangsa ISA yang masih dok dalam..
Bila Najib umum nak mansuhkan ISA hari tu..
Ahli keluarga ni komen syukur kerana tahanan ISA akan di dakwa di Mahkamah..

Wakakakkakaa!!
Silap-silap lepas ni sambung kena tahan bawah akta yang baru tu pulak!
Hahahaha..

teman jangka yang akan bertukar hanya nama ISA tu..
Yang lain-lain 99.9% sama kot??
kalau itulah dia.. hmmm...
1Malaysia hancinggg!! seperti biasa laaa!
Apa ada hal.. pencacai memang suka hancing!!

budakbalun 04102011

ISA belum boleh dimansuhkan lagi


Dua undang-undang baharu yang dicadangkan untuk keselamatan negara perlu berkuatkuasa terlebih dahulu sebelum Akta Keselamatan Dalam Ngeri (ISA) boleh dimansuhkan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata kerajaan mahu mempastikan kedua-dua akta berkenaan siap sebelum ISA dimansuhkan.

Mohamed Nazri menegaskan tidak boleh ada ruang di antara mengenakan undang-undang baharu itu dengan memansuhkan ISA supaya tidak berlaku sebarang kerumitan termasuk perlunya membebaskan tahanan ISA.

Beliau memberitahu ini kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini. -Mkini

Susah Benor ke Nak Ke Mahkamah?


bak kata pujangga..

Berani kerana Benar..
Takut kerana salah!

bukanlah maksudnya berani sebab betul..
Kadang-kadang ada jugak yang berani tapi sebenornye menipu!
Kadang-kadang ada pulak yang takut walhal dia betul..

Standard la manusia..
Tambahan zaman hujung-hujung usia dunia nih..
Menipu tu dah jadi mainan bibir pada mereka yang tak rasa wujudnya tuhan!

Aiseh!
Paling-paling tidak pun..
Beranilah datang ke Mahkamah bagi keterangan..
Cakap depan wartawan Utusan, depan jurukamera TV3..
Bukan main pung-pang!!

bak kata anak-anak muda la ni..
"Apa celup torqqqq!! Tak berani turun court???"

adehhhh!!!
budakbalun 04102011

Najib mungkin disepina ke mahkamah Perancis

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mungkin boleh disepina untuk hadir di mahkamah Paris berhubung kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan jutaan ringgit dalam bentuk komisen kepada pemimpin negara dan pegawai tentera.

Najib adalah menteri pertahanan semasa urus niaga RM7.3 bilion bagi membeli dua buah kapal selam itu dijalankan.

Perjanjian pembelian senjata itu, yang juga termasuk jualan yang serupa kepada Pakistan dan Taiwan, telah memalukan Perancis di mana pegawai-pegawainya didakwa telah menerima 'komisen' jutaan dolar dari firma pembuat kapal selam Perancis, DCN. - Mkini