altAhmadinejad  bangga nafikan HolocaustTEHERAN 22 Sept. - Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad berkata, beliau  bangga mencetuskan kemarahan antarabangsa dengan kenyataan terbarunya  menafikan Holocaust pernah berlaku ke atas kaum Yahudi di Eropah.
Kenyataan itu dibuat menjelang kehadirannya ke perhimpunan agung  Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu ini dan menunjukkan  keingkarannya setiap masa, walaupun Iran menerima tekanan kuat untuk  mengurangkan program nuklearnya.
Ahmadinejad dijadual berucap pada Perhimpunan Agung PBB esok. Beliau  kelihatan bersungguh-sungguh mahu menunjukkan bahawa beliau tidak lemah  walaupun tercetusnya keadaan huru-hara selama tiga bulan di Iran ekoran  bantahan kemenangannya dalam pilihan raya presiden Jun.
Presiden Iran itu mempunyai alasan untuk menggambarkan kerajaan  pimpinannya adalah kuat. Pada 1 Oktober ini, negara republik Islam itu  akan memasuki rundingan utama dengan Amerika Syarikat (AS) dan beberapa  negara kuasa dunia lain untuk berusaha mendapatkan kebenaran program  nuklearnya. AS dan sekutunya mengesyaki Iran membangunkan senjata  nuklear dan memberi amaran bahawa Teheran sudahpun cukup mengayakan  uranium untuk membina bom.
Iran bagaimanapun menafikannya dan berkata ia hanyalah bertujuan untuk  menjana kuasa elektrik. Ini adalah kali kelima beliau menghadiri  Perhimpunan Agung tahunan PBB sejak menjadi Presiden pada 2005. Sebelum  ini, kesempatan ini digunakan untuk menentang dominasi AS dan Israel.
Dalam ucapannya pada Jumaat lalu, beliau telah mempersoalkan sama ada  Holocaust 'benar-benar berlaku' dan menyifatkannya sebagai satu alasan  yang digunakan oleh Yahudi untuk memerangkap Barat menubuhkan Israel.
Katanya, negara Yahudi ditubuhkan melalui 'penipuan dan suatu tuntutan  mitos'. Semalam, beliau sekali lagi mencetuskan kemarahan dunia  menjelang perhimpunan PBB ini ketika menjawab persoalan berhubung  kritikan meluas terhadap komennya itu.
"Kemarahan pembunuh profesional dunia adalah kebanggaan bagi kami,"  katanya yang dipetik oleh agensi berita IRNA.
Sumber : Utusan Malaysia, 23 Sep 2009Holocaust atau Hollow-Cause?Beberapa tahun dahulu bekas Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan telah  berkata, “Mengingati peristiwa tersebut adalah penting untuk menolak  dakyah orang-orang tertentu yang mengatakan bahawa ianya tidak pernah  berlaku dan mengatakan angka 6 juta itu sengaja diperbesarkan. Kita  mesti menolak fahaman palsu tersebut, tidak kira ianya datang dari siapa  atau dari mana”.
Kenapakah peristiwa Holocaust dikatakan sangat penting? Peistiwa ini  menjadi titik hitam sejarah kaum Yahudi sebab didakwa bahawa seramai 6  juta orang Yahudi terbunuh oleh tentera Nazi Jerman semasa Perang Dunia  Kedua. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah sebulat suara  memilih 27 Januari sebagai hari mengingati peristiwa ini. Pada hari  tersebut, pusat tahanan Auschwitz yang didakwa merupakan tempat  pembunuhan beramai-ramai kaumYahudi telah jatuh ke tangan Tentera  Bersekutu.
Persoalan mengenai HolocaustDi antara individu yang paling lantang mempersoalkan peristiwa Holocaust  adalah Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad. Presiden Ahmadinejad bukan  sahaja mempersoalkan peristiwa tersebut, tetapi telah menawarkan bantuan  kepakaran Iran untuk  membuat siasatan terhadap peristiwa Holocaust  ini. Namun begitu, Menteri Luar Poland, Stefan Meller menolak  mentah-mentah tawaran Iran yang boleh menghalang sebarang penyiasatan  terhadap pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Poland yang dilakukan  oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua [http://www.aljazeerah.net,  pada 18 February 2006]. Memang menakjubkan!! Seluruh benua Eropah yang  mempunyai ramai ahli sains dan ahli sejarah berbanding Iran tidak pernah  mengambil langkah serius dalam menyiasat peristiwa Holocaust!!
Didakwa bahawa seramai 1.1 juta kaum Yahudi mati dibunuh akibat gas  beracun di Auschwitz-Birkenau, sebuah pusat tahanan di Poland yang  dikuasai oleh Nazi Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Duta Iran di  Portugal yang pernah menjadi pegawai diplomat Iran di Poland memberikan  wawancara di sebuah stesen radio di Portugal mengatakan bahawa beliau  pernah melawat pusat tahanan tersebut di Poland, yang sekarang telah  menjadi sebuah muzium. Berdasarkan kepada pengiraannya, tentera Nazi  Jerman memerlukan masa 15 tahun untuk membakar setiap mayat yang  berjumlah 6 juta itu, sekiranya benar bahawa seramai 6 juta kaum Yahudi  telah terkorban di pusat tahanan Auschwitz [http://www.aljazeerah.net,  pada 18 February 2006].
Di dalam satu pungutan suara yang dikendalikan oleh akhbar British,  Guardian, 15% responden mengatakan bahawa angka kematian 6 juta kaum  Yahudi telah sengaja diperbesar-besarkan [http://www.aljazeerah.net,  pada 23 Januari 2004].
Sekiranya benua Eropah secara serius hendak penduduk dunia mempercayai  angka kematian 6 juta kaum Yahudi, mereka sepatutnya membuat siasatan  rapi lama sebelum negara Yahudi Israel didirikan pada tahun 1948.  Tambahan pula, tidak pernah ada pengakuan rasmi daripada anggota tentera  Nazi Jerman semasa mereka dibicarakan di Nuremberg bahawa mereka telah  membunuh seramai 6 juta manusia yang kesemuanya adalah kaum Yahudi.   Apakah Eropah boleh menyenaraikan nama kesemua 6 juta orang yang  terbunuh untuk tatapan seluruh dunia?
Apakah peristiwa Holocaust sangat mustahak untuk diingati?Perlu diingat, semasa Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai 50 juta  orang terkorban di Eropah sahaja. Ini bermakna seramai 44 juta orang  adalah bukan dari kaum Yahudi. Dianggarkan seramai 20 juta penduduk  Rusia telah terkorban mempertahankan negara mereka daripada penguasaan  Nazi Jerman. Ukraine dianggarkan telah kehilangan seramai 7 juta  penduduknya semasa melawan Nazi Jerman. Kenapakah Eropah begitu  beria-ria memberikan penghormatan kepada segolongan penduduk yang agama  mereka berasal dari Timur Tengah (agama Yahudi), sedangkan lebih ramai  lagi penduduk Eropah (yang beragama Nasrani) terkorban? Tambahan pula,  kaum Yahudi di Eropah tidak mempunyai kekuatan senjata dan tentera yang  dapat mengalahkan Nazi Jerman, namun sebaliknya kekuatan Nazi Jerman  telah dikalahkan oleh tentera Bersekutu dari Eropah dan Amerika Syarikat  yang bukan merupakan kaum Yahudi. Jadi kenapa memperingati peristiwa  Holocaust adalah merupakan suatu kewajiban yang tidak boleh dipersoalkan  lagi dan penolakannya adalah suatu kesalahan berat di Eropah??
Sekiranya Eropah berpendapat bahawa peristiwa memperingati Holocaust  adalah sangat mustahak dan mahu seluruh dunia mempercayai bahawa  sejumlah 6 juta kaum Yahudi telah terkorban, maka peristiwa-peristiwa  yang lain juga yang tidak kurang pentingnya mesti mendapat perhatian dan  pembelaan sewajarnya daripada seluruh dunia, ini termasuklah:
a) Berjuta-juta kaum Red Indian (kaum peribumi Amerika Utara) telah  kehilangan nyawa mereka dan tanah mereka kepada imperialis bangsa Eropah  sejak kurun ke 15 ketika Christopher Columbus mendarat di benua Amerika  Utara. Seorang bekas Profesor di Universiti Colorado di Amerika  Syarikat, Ward Churchill berkata pada tahun 1994, “Populasi kaum Red  Indian dianggarkan berjumlah 12 juta orang pada kurun ke 16, telah susut  kepada lebih kurang 200,000 orang empat kurun selepas itu” [Ward  Churchill di dalam bukunya bertajuk  “Indians are US” [(Common Courage  Press, 1994)  http://web.mit.edu/thistle/www/v9/9.11/1columbus.html].
b) Berjuta-juta nyawa penduduk Amerika Selatan dan Amerika Tengah yang  terkorban akibat penjajahan Sepanyol dan Portugis.
c) Perampasan tanah dan hilangnya nyawa penduduk peribumi Australia dan  New Zealand semasa penjajahan British.
d) Perampasan tanah dan hilangnya nyawa penduduk Afrika Selatan ketika  penjajahan apartheid British dan Belanda.
e)  Hilangnya nyawa penduduk Asia dan Afrika semasa penjajahan bangsa  Eropah seperti Sepanyol, Belanda, British dan Peranchis selama  beratus-ratus tahun.
f) Hilangnya nyawa dan perampasan tanah umat Islam semasa diusir keluar  oleh golongan Kristian Katholik di Sepanyol (Andalusia) pada kurun ke  15.
g) Hilangnya nyawa beribu-ribu orang kulit hitam Afrika yang diculik  oleh bangsa Eropah untuk dibawa ke benua Amerika Utara dan Amerika  Selatan sebagai hamba abdi.
Hipokrasi kebebasan bersuara BaratKebebasan bersuara yang digembar-gembur oleh Barat hakikatnya hanyalah  satu penipuan. Banyak hipokrasi yang telah dimanifestasikan Barat yang  kononnya berpegang kepada ‘kebebasan bersuara’. Hakikatnya mereka hanya  ‘menyucikan’ kebebasan bersuara apabila ia sesuai dengan keinginan  mereka. Jika ia bertentangan dengan aspirasi dan kehendak mereka,  ‘kebebasan bersuara’ menjadi satu jenayah pada pandangan mereka. Sebagai  contoh, beberapa ahli sejarah seperti David Irving dari Britain dan  Ernst Zundel dari Jerman pernah dipenjarakan kerana menafikan peristiwa  Holocaust namun mereka dibebaskan selepas beberapa tahun dalam tahanan.  Selain itu ada juga seorang ahli sejarah Peranchis yang memeluk Islam,  Roger Garaudy yang menafikan peristiwa Holocaust, namun beliau tidak  dikenakan tindakan undang-undang. Negara-negara lain seperti Belanda,  Jerman dan Austria pula mewajibkan individu yang mahu menjadi  warganegaranya untuk mempercayai peristiwa Holocaust tanpa persoalan  sebelum boleh memberi kerakyatan kepada mereka.
Umat Islam juga pernah dikejutkan oleh penghinaan karikatur Rasulullah  (SAW) oleh akhbar Denmark atas nama  ‘kebebasan bersuara’. Susulan  daripada peristiwa tersebut, beberapa akhbar lain di beberapa buah  negara Eropah telah menyiarkan karikatur tersebut. Kerajaan Denmark  tidak mahu mengambil tindakan ke atas akhbar tersebut untuk menghormati  hak ‘kebebasan bersuara’ yang kononnya menjadi prinsip hidup mereka.  Kemudian muncul pula penghinaan Islam oleh ahli Parlimen Belanda, Geert  Wilders yang menyiarkan filem “Fitna” yang menghina Islam, dan kerajaan  Belanda tidak mengambil tindakan terhadap Wilders disebabkan oleh alasan  menghormati hak kebebasan bersuara.
Susulan daripada dua peristiwa yang menghina Islam, segolongan penduduk  Iran telah menganjuran peraduan menciptakan kartun yang menafikan  peristiwa Holocaust untuk menguji sama ada Barat benar-benar menghormati  hak dan kebebasan bersuara. Namun natijahnya,  di dalam sebuah laporan  Associated Press pada 2 Sep 2009, kerajaan Belanda akan mengenakan  tindakan mahkamah ke atas sebuah pertubuhan Arab yang menyiarkan kartun  menafikan peristiwa Holocaust!!
Dari sini, terbukti bahawa hak kebebasan bersuara adalah hanya hipokrasi  Barat. Mereka tidak mahu melakukan siasatan secara serius ke atas  peristiwa Holocaust, tetapi serius di dalam menyiarkan karikatur dan  filem yang menghina Islam tanpa banyak soal. Mereka tidak serius untuk  berbincang dan berdebat dengan umat Islam di negara mereka tetapi serius  di dalam melakukan perkara-perkara yang menghina Islam dan beria-ria  membenarkan peristiwa Holocaust tanpa soal dan tanpa bukti yang kukuh.  Prinsip sebegini yang dipegang oleh Barat, sebenarnya telah mengheret  mereka kembali ke zaman gelap, zaman ketika mereka mempercayai kewujudan  manusia serigala jadian (werewolf) dan manusia pontianak (vampire)  tanpa banyak soal dan tanpa bukti kukuh, mempercayai bahawa matahari  mengelilingi bumi, dan bukan itu sahaja, mereka malah menyiksa  orang-orang menolak kepercayan mereka yang penuh tahyul dan kebodohan!
Apakah tamadun seperti ini layak memimpin dunia? Apakah tamadun seperti  ini yang diharapkan untuk menerajui dunia? Amat hinalah mereka yang  menaruh harapan dan merangkul aspirasi sekular Barat yang penuh  hipokrasi dalam menggapai apa yang mereka sangka sebagai ‘kejayaan’!!
Wa Allahu A’lam.
sumber