Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, June 3, 2010

Banyak duit pun jadi masalah jugakkk!!


Hmm. sebab tu la teman suka ponteng sekolah dulu..
sebab teman bimbang kalau teman berjaya sangat dalam hidup..
nanti jadi macam ni bila teman mati..
iskk.. ada harta sikit-sikit dah laa..
janji cukup makan pakai.. ada rumah untuk berlindung..
ada kenderaan untuk bergerak dan berjihad..
sudahhhh..

hehehehehe
sunsnake 03062010

Keluarga kedua Nasimuddin tuntut wang RM350 juta, hartanah

June 03, 2010

KUALA LUMPUR, 3 Jun — Isteri kedua pengasas dan pengerusi Kumpulan Naza, Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin dan lima anak mereka, hari ini memfailkan saman bagi menuntut wang tunai RM350 juta dan beberapa hartanah di Malaysia dan di England.

Mereka juga menuntut enam syarikat iaitu Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd dan NZ Wheels Sdn Bhd.

Saman itu difailkan oleh Rokiah Abdullah, 53, bersama anak-anak, Sharifah Roslina, 26, Mohd Azli, 25, Sharifah Rosnani, 24, Sheikh Mohamad Azrul, 21, dan Sharifah Sofia (umur tidak dinyatakan), melalui Tetuan Jamil Mohamed Shafie & Associates di pejabat Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Mereka turut menamakan 15 defendan bermula dengan estet milik Nasimuddin, isteri pertamanya Puan Sri Zaleha Ismail, 57, dan anak-anak, Datuk Faisal, 31, Nur Diana, 28, Sheikh Mohd Nasarudin, 26, Sheikh Mohd Faliq, 25, dan Nur Nadia, 24 manakala Naza Kia Sdn Bhd, Naza Automotif Manufacturing Sdn Bhd, Nasim Sdn Bhd, Naza Motor Trading Sdn Bhd, Naza TTDI Sdn Bhd, NZ Wheels Sdn Bhd, Ekspedisi Nikmat Sdn Bhd dan CIMB Trustee Berhad dinamakan sebagai defendan kelapan hingga ke-15.

Selain wang tunai berjumlah RM350 juta, plaintif menuntut Zaleha, anak-anaknya dan CIMB Trustee Berhad mengisytihar aset-aset dan harta-harta alih dan tidak alih dalam dan luar negara kepunyaan Nasimuddin dari 1 Mei 2008 sehingga sekarang.

Berita Penuh

1 comments:

Anonymous said...

Betapa ramai mereka yang berharta, hanya mengambil kisah menambahkan harta, isteri dan anak pinak tanpa memikirkan atau merancang apa bakal jadi setelah itu sekiranya diri mereka tiada kelak.

Apabila harta bertimbun menjadi fitnah dan punca perbalahan.

IttaquLllah ...