
Adusss!!
Kalau teman la jadi PEKIDA..
dah lama dah teman simpan je tel*r bawah katil!
Idak pun dalam peti ais!
Tengok? Hebat tak hebat gangster MIC..
Ada yang nak bertanyakan hak dia yang sah terus kena pukul!
Pehhhh!! baru betul pejuang India!
Pejuang Melayu UMNO? Perkasa? PEKIDA?
Kena sergah dengan Najib! "Jangan lawan India MIC!"
terussssssss...
Keris yang tadi keras jadi lembik!
Keris yang tadi panas jadi masam!
Keris yang tadi gedabak jadi asam kecut!
Sembang kuat laa... dengan gangster MIC pun kecut ka??
Kata Pejuang Melayu? Islam nombor 2? chaitt!!
Porraahhh la PERKASA, PEKIDA!
sunsnake 08042010 WALAU KAKIPUKULNYA  MEREWANG DI RAWANG NAMUN TIMBALANNYA BUKAN LAGI CALON PILIHAN 
   
Nadaraja  ni silap masa nak tanya pada DS Samy Velu tentang saham MAIKA kerana  Samy Vellu sedang berbulu bila DS Najib mahu Pengerusi BN yang  menentukan siapa calon MIC untuk bertanding di Hulu Selangor .Sedemikian  bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor BN yang lalu bukan semesting dipilih  oleh DS Najib.
Tapi yang berbulu sekarang adalah UMNO dan PERKASA  kerana calon UMNO tidak layak di Hulu Selangor.
Pemegang saham  syarikat Maika Holdings Sdn Bhd, S. Nadaraja didakwa dipukul oleh enam  orang kanan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu kerana mengemukakan  soalan mengenai saham terkini syarikat tersebut.
Nadaraja  berkata, "saya menghadiri perhimpunan melibatkan Sammy Vellu di Rawang  dan sempat bertanya mengenai saham Maika Holdings tetapi Samy Vellu  tidak memberi sebarang reaksi dan terus muncul orang suruhan beliau  untuk mencederakan saya".
"Samy vellu hanya mendiamkan diri dan  membiarkan orang suruhannya memukul saya," katanya.
Beliau  menyatakan tindakan presiden MIC itu seolah-olah mengamalkan  gangsterisme yang hanya untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kesan  buruk kerana menindas orang bawahan.
Menurutnya, kejadian  tersebut turut melibatkan seorang jurugambar akhbar Tamil Nesan yang  menyebelahi Samy Vellu dengan memukul beliau bersama lima yang lain.
"Saya  tidak menyangka bahawa jurugambar tersebut sanggup bersubahat dengan  Samy vellu yang menggunakan kekerasan untuk menutup kebenaran mengenai  penyelewengan saham syarikat tersebut," jelasnya lagi.
Turut  hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kerakusan Samy  Vellumenggunakan "gangsterisme" perlu di ambil tindakan kerana ia adalah  keterlaluan hingga menguasai pentadbiran.
Beliau berkata,  (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan  tegas terhadap presiden MIC itu. "Saya menyeru Perdana Menteri agar  menasihatkan para pemimpinnya supaya tidak sewenang-wenangnya  menggunakan sebarang bentuk kekerasan untuk menindas orang bawahan, yang  ingin tahu perkara yang sebenar," katanya ketika bersama S. Nadaraja di  Parlimen hari ini.
Nadaraja membuat laporan di Balai Polis  Petaling Jaya semalam berikutan kejadian tersebut.
sumber - 
PASBS2