Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 8, 2010

PRK Hulu Selangor (28) Sebab 'masyukkk' Tiada Undi Protes oleh UMNO?


Najib selaku Pengerusi BN telah mengesahkan tiadanya calon daripada UMNO untuk PRK kali ini.
Keputusan Najib itu benar-benar telah menyentap jiwa dan raga ahli-ahli dan penyokong-penyokong UMNO di seluruh Hulu Selangor.

Sangat jelas daripada maklumat sahabat-sahabat teman dari dalam UMNO malahan teman sendiri menghubungi beberapa orang kawan baik teman yang masih berada didalam UMNO bahawa mereka sangat-sangat kecewa dengan keputusan Najib itu.
"kamu still nak undi BN ke?" itulah soalan wajib teman..
"Tengoklah macam mana.." (baca tengoklah berapa RM masyukk!)..
Jawab member-member ni.. hehehe

Seorang bekas orang kuat Pemuda UMNO Hulu Selangor menghantar sms kepada teman..
"Aku dah start masyukk dah nie.. lantakla siapa jadi calon pun!"
pulak?? yang macam ni la yang paling ramai dalam UMNO sebenarnya!
Dapat projek gantung bendera, silap-silap Ehud Barak pun depa sanggup pangkah!

Di Felda-felda pulak.. lain ceritanya..
musim duit bertukar tangan makin jelas kelihatan..
Di sebuah Felda, berlaku ugutan daripada Ketua UMNO@Ketua Kampung lantikan pusat,
sesiapa yang kelihatan bersama dengan ceramah mahupun kenduri anjuran PR,
akan di'hilang'kan namanya daripada senarai 'masyuk' hari mengundi nanti!

Wah! hebatnya perjuangan mereka! semata-mata kerana duit!
suspect... suspect..
sunsnake 08042010

0 comments: