Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 8, 2010

Noh Omar sepatutnya jadi Presiden Perkasa!

Bagaimana lunak sekalipun orang UMNO bercakap tentang 1Malaysia..
tetap berbunyi racist! tetap berbunyi perkauman!

Bagaimana merdu sekalipun orang MCA dan MIC bercakap tentang 1Malaysia..
Takkan berbunyi ikhlas.. malahan semakin didengar semakin berbunyi nafas harimau!
terutama pemimpin-pemimpin tertinggi mereka!

Rasa teman, bro Noh Omar ni dah cuba mengawal setiap inci perkataan yang keluar daripada mulutnya setiap kali berceramah.. namun..
akhirnya terkeluar juga ayat-ayat perkauman yang sebenarnya..
Itulah yang sememangnya padat tersemat didalam benaknya!

Manakan mungkin UMNO sudi menerima MCA & MIC dengan ikhlas..
Malahan inilah dia penghujung kepada sebuah perjuangan kebangsaan..
Yang Rasulullah SAW sendiri tidak sudi kepada perjuangan sebegini...

Hanya Islam yang mampu membela bangsa..
Bangsa sama sekali tidak akan mampu menegakkan Islam!

sunsnake 08042010

Konvensyen BN: Noh Omar minta maaf
Apr 8, 10
5:28pm

Timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar hari ini memohon maaf berhubung ucapannya di konvensyen BN Selangor semalam sekiranya ia menyinggung perasaan mana-mana pihak.

"Saya telah membaca petikan ucapan daripada mendiang Tun Tan Siew Sin dan Mendiang Tun Sambanthan," kata Noh yang juga menteri pertanian dan asas tani.

Dalam ucapannya, Noh memetik ucapan Tan dan Sambathan pada 1960-an yang memuji orang Melayu kerana memberi kerakyatan kepada bukan Melayu.

berita penuh

0 comments: