Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Thursday, April 8, 2010

PRK Hulu Selangor (25) Samseng Samy Vellu lebih hebat dari PEKIDA/PERKASA?


Adusss!!
Kalau teman la jadi PEKIDA..
dah lama dah teman simpan je tel*r bawah katil!
Idak pun dalam peti ais!

Tengok? Hebat tak hebat gangster MIC..
Ada yang nak bertanyakan hak dia yang sah terus kena pukul!
Pehhhh!! baru betul pejuang India!

Pejuang Melayu UMNO? Perkasa? PEKIDA?
Kena sergah dengan Najib! "Jangan lawan India MIC!"
terussssssss...

Keris yang tadi keras jadi lembik!
Keris yang tadi panas jadi masam!
Keris yang tadi gedabak jadi asam kecut!

Sembang kuat laa... dengan gangster MIC pun kecut ka??

Kata Pejuang Melayu? Islam nombor 2? chaitt!!
Porraahhh la PERKASA, PEKIDA!

sunsnake 08042010

WALAU KAKIPUKULNYA MEREWANG DI RAWANG NAMUN TIMBALANNYA BUKAN LAGI CALON PILIHAN



Nadaraja ni silap masa nak tanya pada DS Samy Velu tentang saham MAIKA kerana Samy Vellu sedang berbulu bila DS Najib mahu Pengerusi BN yang menentukan siapa calon MIC untuk bertanding di Hulu Selangor .Sedemikian bekas Ahli Parlimen Hulu Selangor BN yang lalu bukan semesting dipilih oleh DS Najib.
Tapi yang berbulu sekarang adalah UMNO dan PERKASA kerana calon UMNO tidak layak di Hulu Selangor.

Pemegang saham syarikat Maika Holdings Sdn Bhd, S. Nadaraja didakwa dipukul oleh enam orang kanan Presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu kerana mengemukakan soalan mengenai saham terkini syarikat tersebut.

Nadaraja berkata, "saya menghadiri perhimpunan melibatkan Sammy Vellu di Rawang dan sempat bertanya mengenai saham Maika Holdings tetapi Samy Vellu tidak memberi sebarang reaksi dan terus muncul orang suruhan beliau untuk mencederakan saya".

"Samy vellu hanya mendiamkan diri dan membiarkan orang suruhannya memukul saya," katanya.

Beliau menyatakan tindakan presiden MIC itu seolah-olah mengamalkan gangsterisme yang hanya untuk kepentingan diri tanpa memikirkan kesan buruk kerana menindas orang bawahan.

Menurutnya, kejadian tersebut turut melibatkan seorang jurugambar akhbar Tamil Nesan yang menyebelahi Samy Vellu dengan memukul beliau bersama lima yang lain.

"Saya tidak menyangka bahawa jurugambar tersebut sanggup bersubahat dengan Samy vellu yang menggunakan kekerasan untuk menutup kebenaran mengenai penyelewengan saham syarikat tersebut," jelasnya lagi.

Turut hadir Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, kerakusan Samy Vellumenggunakan "gangsterisme" perlu di ambil tindakan kerana ia adalah keterlaluan hingga menguasai pentadbiran.

Beliau berkata, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak perlu mengambil tindakan tegas terhadap presiden MIC itu. "Saya menyeru Perdana Menteri agar menasihatkan para pemimpinnya supaya tidak sewenang-wenangnya menggunakan sebarang bentuk kekerasan untuk menindas orang bawahan, yang ingin tahu perkara yang sebenar," katanya ketika bersama S. Nadaraja di Parlimen hari ini.

Nadaraja membuat laporan di Balai Polis Petaling Jaya semalam berikutan kejadian tersebut.

sumber - PASBS2

0 comments: