Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 26, 2011

Oh TPM ku.. Memanglah Sebab Politik!


Wehhh!!
Aduyai la bapak si artis Najwa Muhyiddin neh!
takkan tak faham-faham kot?

Memang lah BERSIH 2.0 ni bermotifkan politik!
So? Apa masalahnya?
BERSIH ni tuntut pilihanraya yang bersih..
yang dikelolakan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia SPR..

Yang bertanding di pilihanraya oleh SPR ni semua parti politik!
So? apa masalahnya?

Bukan PERKASA,
Bukan Yayasan Amal,
Bukan AMAN MALAYSIA,
Bukan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia,
Bukan Persatuan Pembela-pembela babi Malaysia
Bukan mereka-mereka yang diatas ni bertanding...

Yang bertanding dalam pilihanraya kelolaan SPR sah-sah parti politik!
BN,PAS,PKR,DAP,PBS dan banyak lagi..
Itu semua parti politik!

Bila sebut SPR.. dia bukan dilanggani oleh Kerajaan Malaysia!
Sewaktu SPR bertugas menjalankan Pilihanraya Umum Malaysia..
Kerajaan Malaysia takde.. sebab Parlimen dah dibubarkan..
Adehhh!!

Inilah masalahnya sebab dah terbiasa..
Buat SPR macam komponen BN..
Buat Polis macam UMNO punya..

sampai dah sembab tak nampak beza antara parti politik dan kerajaan..

hmmm.. memang sah WAJIB tukar Kerajaan Malaysia ni..
kasi Parti politik lain pulak jadi Kerajaan!
waakakakak!!

KOMPOM TURUN 9 JULAI wehhh!!

budakbalun26062011

Muhyiddin: Himpunan Bersih tak relevan, motifkan politik

KUALA LUMPUR, 25 Jun – Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini bermotifkan politik dan akan memberi ancaman kepada keselamatan negara serta reputasi negara.

Polis sebelum ini menegaskan tidak akan mengeluarkan sebarang permit kepada tiga perhimpunan selain akan memanggil penganjur minggu depan.

“Kami sudah buat keputusan dan kami merasakan perhimpunan ini menyalahi undang-undang dan akan memberi mesej yang bercanggah bahawa cadangan mereka seperti mahu SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) melaksanakan tuntutan mereka, ada proses dan prosedur untuk melakukannya. - malaysianinsider