Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 13, 2011

UMNO-BN Gali Lubang Kubur Sendiri?


Gila punya Rang Undang-undang!
Tak cukup dengan kegilaan RUU Perhimpunan Aman..
Ni RUU Jurukomputer pulak?

Woi! IT ni luas giler!
Kenapa mesti dikecikkan?

Teman rasa ini semua berkaitan dengan duit!
Apa lagi?

Bila semuanya mesti didaftarkan..
Kompom kena bayar bulanan ataupun tahunan ataupun seumur hidup!
hmmmm..
apa lagi yang mampu menyebabkan UMNO-BN bertindak zalim selain kerana duit?
wakakaaka!

Syabas UMNO-BN!
Kamu sedang menggali kubur kamu sendiri!
Lagi dalam laaagi bagus!
budakbalun 13122011

Kekeliruan di hari terbuka Bil Juru Komputer Mosti


Hari terbuka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi diselubungi kekeliruan apabila panelnya yang menggubal rang undang-undang Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 (CPB2011) gagal menjawap soalan daripada beberapa hadirin yang terdiri daripada pakar IT Malaysia.

"Kami tidak mahu undang-undan itu,” kata seorang profesional IT yang jelas tidak gembira dan ini disambut oleh hadirin lain dengan berdiri bagi menyokongnya. Ini kerana sebahagian besar soalan yang diajukan bukan sahaja tidak dijawap dengan jelas tetapi pihak kementerian tidak mempunyai jawapannya.-Mkini

MCA tuntut Bil Juru Komputer ditarik balik

MCA hari ini menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mendesak supaya Lembaga Juru Komputer Profesional Malaysia 2011 ditarik balik.

"Kita tidak boleh sokong ini, dan oleh itu menuntut supaya rang undang-undang itu ditarik balik," kata Ketua Biro Profesional Muda, parti itu Chua Tee Yong.

Bercakap kepada pemberita pada Hari Terbuka Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi di Putrajaya selepas menyerahkan memo berkenaan kepada panel yang merangka rang undang-undang, Chua yang juga ahli parlimen Labis juga melahirkan kebimbangannya.

Katanya, beliau gusar undang-undang yang bakal diperkenalkan itu mungkin memudaratkan orang ramai.-Mkini