Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, June 19, 2010

Umat Islam - Kot ye pun nak layan bola...



Petang tadi teman ke pasar malam dengan anak bini.. Biasala Bukit Sentosa ni..
Setiap Rabu dan Sabtu ada pasar malam..
kalau nak tengok ramai tak ramai penduduk sini inilah masanya!

Alhamdulillah..
makin ramai penduduk Bukit Beruntung/Bukit Sentosa ni..
Moga-moga dapat jadi satu DUN PRU13 nih! heheheeh

Pasal bola ni.. tadi game Holland-Jepun start jam 7.30petang..
on the way balik teman tengok 7.15 petang kedai-kedai tomyam
dah full dah budak-budak melayu buat 'pot'...
Azan Maghrib 7.30 petang.. ntah bila pulak deme nak solat Maghrib?
aduhh!!

Lepas tu jam 8.30 lebih Isya' masuk.. pun lagi ramai bersidai kat kedai-kedai makan tuh!
Surau dok punya kuat speaker Imam baca Al-Fatihah Solat Isya',
maintain je bebudak ni layan bola.. takpelah.. waktu Isya' panjang sampai Subuh.. kot?
Kalau tak mati kul 12 malam laaaa!

Kot ye pun nak layan bola.. Solat tu janganlah diabai langsung!
Inilah masalahnya...
sunsnake 19062010

Holland 1 - 0 Japan - Glory! Glory Holland!

hehehehehe....

Holland score!!! Yeeehhaaa!!


menang dah kott!!!

sunsnake 19062010

Kemalangan - Ahli DHPP Hulu Selangor Meninggal Dunia

Gambar Hiasan - Wakil DHPP Hulu Selangor di Majlis Perasmian DHPP Pusat 23/5/2010@Klang


Gambar Hiasan - Penamaan Calon PRU12 di KKB


Teman baru mendapat sms daripada Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Kawasan Hulu Selangor yang seorang penyokong kuat PAS En. Bala yang juga ahli DHPP Kawasan Hulu Selangor telah meninggal dunia akibat kemalangan malam tadi.

Kemalangan itu dilaporkan berlaku berhampiran SRJK(T) Hulu Bernam iaitu berhampiran Plaza Tol Tg. Malim.

2 Buah kenderaan yang membawa wakil-wakil daripada PAS Kawasan Hulu Selangor dan Dewan Pemuda PAS Hulu Selangor dalam perjalanan ke Hospital Kuala Kubu Bharu bagi melawat jenazah dan keluarga mendiang.

Teman dari budakbalun mengucapkan Takziah buat keluarga mendiang dan semoga keluarga tersebut tabah menghadapi situasi ini.

sunsnake 19062010