Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 22, 2011

Rakyat Malaysia! Standby!!! "DIA" Datang Lagi!


Haaa..
Kalau Tsunami..
Ada Gempa bumi dulu sebelum Tsunami sampai...

Haaa... Berita kat bawah ni ibarat Gempa bumi laaa..
Jap lagi sampai la ombak Tsunami Kenaikan harga minyak!
Dan paling malang...
Tsunami kenaikan harga barang pulakkk!!
Itu yang tak tahan tuh!!
Minyak petrol bukan isi hari-hari..
Tapi Nasi hari-hari kena makan!

hmmm..
Agak-agak Dapur Mahligai Rosmah di Putrajaya perasan tak harga barang naik?

Tapi ye laa..
Bak kata makcik pakcik Felda kat Tenang..
"Ada kami kesah??"
sunsnake 22022011

Harga petrol mungkin naik?

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kerajaan dalam keadaan tertekan untuk mengekalkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini.

Justeru itu, kata Pensyarah Kanan Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Universiti Teknologi Nasional (Uniten), Dr. Rusinah Siron, rakyat perlu bersedia menerima kemungkinan kenaikan harga petrol di pasaran tempatan meskipun kerajaan memberi jaminan tidak akan sewenang-wenang menaikkan harganya.

"Kita bercakap soal globalisasi yang mana Malaysia juga tidak boleh mengelak daripada kesan negatif daripada kenaikan harga petrol di pasaran dunia.

"Kerana itu, orang ramai perlu rasional dalam menerima kenaikan harga minyak dunia ini serta kesannya kepada ekonomi negara," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau ditanya mengenai kemungkinan kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi minyak petrol berikutan kenaikan berterusan harga minyak di pasaran dunia yang berharga RM315 setong hari ini.

Beberapa negara telah pun mengambil langkah menaikkan harga minyak masing-masing termasuk China kelmarin sebanyak 4.6 peratus iaitu kenaikan kedua dalam tempoh tiga bulan selepas kenaikan sebesar 14.4 peratus pada Disember lalu.

Sepanjang tahun lalu pula, kerajaan memberi subsidi RM6.3 bilion termasuk untuk petrol dan diesel termasuk RM3.3 bilion bagi subsidi petrol RON95.

Berita Penuh

0 comments: