Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 18, 2010

Contoh Hakim yang 'baik hati' di Malaysia!


Hmmm..
Hairan Bin Ajaib.. kalau nak kurangkan hukuman pun.. boleh pulak ngam-ngam RM2000..
So tak perlu la ada PRK Parlimen Batu..

Pandai hakim ni.. kompom banyak buat 'homework' sebelum jatuhkan keputusan..
Majoriti Kemenangan YB Tian Chua yang 9ribu lebih tu pun kena consider gak!
Gila nko nak PRK kat situ! area bandar tuh! dengar cite Taman Melewar tu pun dalam Parlimen Empangan Batu! Perghh!!! serah leher BN la kau ada PRK kat situ!

Hmmm.. 'baik hati' sungguh hakim ni..

Bak kata Bapa Mentua si Jamil Madu Tiga "Baik ada makna tu!!!"
sunsnake 18062010

Rayuan Tian Chua Ditolak, Tidak Jejas Kedudukan Sebagai Ahli Parlimen

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan ahli parlimen Batu, Tian Chua kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen tiga tahun lalu tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan. Berikut keputusan itu, Tian yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, akan kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Pada 22 Oktober lalu, Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan. Tian Chua, 46, didakwa mencederakan konstabel Rosyaidi Anuar, 21, di depan bangunan Parlimen pada jam 10.45 pagi 11 Disember 2007. Rosyaidi bertugas dengan Bahagian Narkotik Ibupejabat Kontijen Polis Kuala Lumpur.

0 comments: