Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, June 18, 2010

Bukti hasil Halalkan yang Haram


Setelah halalkan yang haram.. ada gak yang haram!!

Kalau alasan Kerajaan UMNO-BN halalkan judi sukan untuk kawal judi sukan haram..
jadi macam judi kasino la jugakk!!

Kerajaan dok bangga dengan kasino gedabak kat Genting tuh!
Ada jugak kasino haram bersepah-sepah!

Hmm...
sunsnake 18062010

2 kasino mini diserbu

2010/06/18
PETALING JAYA: Taktik dua ‘kasino mini’ yang dipercayai baru beroperasi dua bulan lalu berselindung di sebalik perkhidmatan kafe siber berjaya dihidu pihak berkuasa.
Malah ketika diserbu kira-kira jam 3 petang semalam, kedua-dua penjaga premis yang terletak berhampiran antara satu sama lain di Damansara Perdana, dekat sini tidak menyedari kawasan sekitar premis mereka sudah dikepung polis.

Kegiatan mereka berjaya dikesan berdasarkan risikan dan maklumat awam sebelum sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman bertindak menyerbu premis itu.

Operasi yang diketuai Superintendan Maszely Minhad, turut dibantu dua pegawai dan enam anggota dari Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor.

Berita Penuh

0 comments: