
Hek eleh.. jepun ni.. macam bagus sangat!
Malam esok tau la nasib korang jepun!!
Bagero!
sunsnake 18062010
Jepun yakin dapat kalahkan Belanda
2010/06/18
GEORGE, Afrika Selatan: Jepun percaya mereka boleh mengecewakan Belanda dalam pertemuan getir Sabtu ini, seperti mana yang mereka lakukan dalam perlawanan persahabatan di gelanggang lawan, September lalu.
Pasukan Blue Samurai itu mendominasi awal permainan ketika menentang Belanda sebelum akhirnya tewas 3-0, menyerahkan ketiga-tiga gol itu dalam tempoh 20 minit di Enschede.
“Kami bermain baik pada separuh  masa, saya fikir perkara paling penting adalah bagaimana kami memberi  tumpuan terhadap pertahanan kami selepas rehat,” kata pemain tengah,  Junichi Inamoto di pusat latihan Jepun di George, kelmarin.
“Kami  perlu menyerang habis-habisan kerana kami sedar perlawanan itu sukar,”  kata pemain berusia 30 tahun itu, veteran bagi tiga Piala Dunia yang  kembali ke Jepun, Januari lalu, selepas sembilan tahun bersama beberapa  kelab Eropah, termasuk Arsenal dan Fulham.
“Kami masih  berpeluang menang,” kata pemain Kawasaki Frontale itu yang menyaksikan  perlawanan persahabatan September lalu dari bangku simpanan.
Perlawanan  di Durban bagi Kumpulan E, Sabtu ini, menjadi kunci selepas Belanda  berhempas pulas untuk mengatasi Denmark  2-0 dan Jepun mengejutkan kuasa  besar Afrika, Cameroon 1-0, Isnin lalu.
Pemain tengah Gamba Osaka, Yasuhito Endo, bermain 90 minit penuh di Enschede, memberi amaran yang pasukan Belanda itu ‘cemerlang dari segi skil individu.’ “Perlawanan itu sudah pasti bukan mudah. Saya fikir kesabaran kami akan teruji bagi sebahagian besar perlawanan,” kata Pemain Terbaik Asia 2009 itu.
Pemain rookie CSKA Moscow, Keisuke Honda yang berhijrah dari kelab Belanda, VVV Venlo, Januari lalu, menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Cameroon yang menyaksikannya beraksi sebagai penyerang walaupun peranan biasanya pemain tengah menyerang. - AFP
2 comments:
Duo-duo negaro neh ponah jajah tanah melayu marin..Den x nk sokong dorr bhaii..hahaha..tp den sokong England..Samo yo penjajah..Tutup kes lah..Ni cito bola,bukan hea sejarah kemerdekaan..Dh Malaysia asyik heboh dgn Sukan Sea yo x abih2,terpakso la kito sokong team negaro lain..
teman kalau pasal bola nie.. memang tak campor la dengan politik...
dengan sukan pun buleh jalin ukhwah..
tapi apa-apa pun sederhana sudahhh!
Post a Comment