Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 8, 2010

Sekali lagi.. Anwar Ibrahim patut dah pack barang nak masuk Penjara!


Seperti yang teman jangka...
Tiada ruang langsung buat manusia bernama Anwar Ibrahim ni dalam sistem keadilan Malaysia..
Begitulah hinanya pemimpin UMNO ini dibuat dek UMNO sendiri..

Peringatan buat pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang..
Sementara boleh sapu.. sapukan aje.. macam biasa!

Sok kalau ditakdirkan berseteru dengan Presiden UMNO!
Ngadu kat Mahkamah pun takde gunanya!
sunsnake 08032010

Mahkamah Persekutuan: Pemecatan Anwar oleh Mahathir sah

Oleh Shazwan Mustafa Kamal

PUTRAJAYA, 8 Mac — Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertikaikan pemecatannya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri oleh Tun Dr Mahathir Mohamad atas kapasitinya sebagai perdana menteri pada September 1998.

Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan yang dibuat oleh kedua-dua Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff yang mengetuai panel tiga anggota memutuskan keputusan diambil oleh dua mahkamah rendah sebelum ini adalah betul.

Dua hakim yang turut mendengar rayuan Anwar, yang kini merupakanKetua Umum Pakatan Rakyat ialah Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusof.

“Di bawah Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong merupakan raja berperlembagaan... sebagai raja berperlembagaan baginda mempunyai kuasa yang terhad dalam pelantikan menteri, yang diputuskan oleh perdana menteri.

“Jika perdana menteri memutuskan bahawa seseorang menteri harus melepaskan jawatannya, Agong tidak boleh berbuat sebaliknya,” kata Alauddin yang turut menjelaskan peranan Yang di-Pertuan Agong dalam soal pelantikan dan pemecatan hanyalah bersifat “formaliti” sahaja.

Kes itu difailkan oleh Anwar pada 13 Nov 1998 susulan beliau dipecat pada 2 Sept 1998.

sumber - themalaysianinsider

2 comments:

Anonymous said...

Patutnya anak balunlah jadi hakim, yee taak>???? Barulah best!

budakbalun said...

nak jadi hakim cemane...
belajor tak tinggi..
kalau jadi hakim pun.. kena picit tel*r nak wat ape ye tak??