Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 8, 2010

Alahaiii!! Pakcik Harussani...


Apa agaknya peranan sebenar Mufti nih?
Nak kata dia makan gaji dengan UMNO..
Sultan yang 'menaungi' dia..
Tapi tengok gaya Pakcik sorang ni.. Dah ngalahkan Ketua Perhubungan UMNO Negeri!

Nak kutuk lebih-lebih tak boleh sebab ilmu Islam dia lagi tinggi dari teman..
jauhhhhh lagi tinggi!
Tapi nak membezakan mana yang zalim pun dia tak tau?
Ke takut? ye la kot?

Takut miss soru!

p/s: teringat masa kecik2 dulu.. Arwah atok teman bawak teman naik moto dari Kg Balun ke masjid Slim River dalam hujan! Dek nak dengar kuliah Pakcik Harussani ni..
Kalau Arwah masih hidup ntah leee.. mesti dia kesal dengan ke'UMNO'an pakcik mufti ni..

sunsnake 08032010


Nik Aziz: Mufti Perak tindak macam ejen Umno

KOTA BARU, 7 Mac — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terkilan dengan Tan Sri Harussani Zakaria Khamis lalu yang mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan syor membentuk kerajaan perpaduan di negeri itu, yang telah ditolak PAS tahun 2008, sambil menyifatkan Mufti Perak itu bertindak macam “ejen” Umno.”

Menteri Besar Kelantan itu berkata sekiranya Harussani berpandangan Islam dan politik harus selari, tetapi dalam masa yang sama terus melibatkan jubah muftinya dengan politik bererti beliau telah menjadi ejen.

“Dan dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen Umno. Kemuliaan seorang mufti hilang kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.

“Saya kira, seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa),” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Nik Aziz (gambar) meluahkan perasaan itu ekoran tindakan Harussani yang menyebut namanya secara terbuka di hadapan khalayak pada program tersebut yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) minggu lalu.

Harussani mendakwa PAS bersikap angkuh dengan menolak syor agar dibentuk kerajaan campuran di negeri itu pada 2008 selepas pilihan raya umum ke-12.

Beliau mendakwa PAS Perak menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.

berita penuh

0 comments: