Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, March 8, 2010

Ibrahim Ali pecah lobang UMNO dan diri sendiri!!!

Hmmm... banyak gak betulnye apa yang Ibrahim Ali kata ni..
Berkaitan dengan keistimewaan yang telah diberi oleh Kerajaan Malaysia kepada towkey-towkey cina dan India selama ini..

Teman amat tertarik dengan nama-nama yang diberi oleh 'beliau' seperti Francis Yeoh (YTL), Rober Kuok (Kuok Brothers), Vincent Tan(Berjaya) dan Ananda Krishnan (Maxis & Astro).
Bukan main marah dia kat penama-penama tadi! Memang betul multi-jutawan seperti nama-nama tersebut dapat peluang berniaga(kalau boleh disebut berniaga) di Malaysia ni!

Deyyy Brahim!! Allooo Brahim?? Jangan buat-buat lupa laa..
Melayu mana yang selama ini memerintah Malaysia?
Siapa yang kamu nak marahkan sebenarnya ni?
UMNO ke DAP?
Kalau kamu nak marahkan DAP, takkan sebab DAP nama-nama multi-jutawan jadi macam tu?
Bukan DAP yang bagi Ananda Krishnan guna satelit milik Malaysia!!
Bukan DAP yang bagi Kuok AP gula!
Bukan DAP yang bagi permit judi kat Vincent Tan!
Bukan DAP yang Francis Yeoh peluang buat IPP!

Abis kalau bukan DAP siapa?

Siapa lagi kalau bukan UMNO!
Dan bukankah Ibrahim Ali ini sendiri pernah berada didalam kabinet Kerajaan Malaysia?
Bukankah layak Ibrahim Ali ini digelar pengkhianat kerana bersekongkol dengan parti Melayu yang telah mengkayakan Kaum cina dan india di Malaysia ini!

Inilah akibatnya kalau meletakkan fikiran dan akal di kepala lutut dan bawah perut!
Sehinggakan beliau merasakan otaknya sangat bijak melebihi orang lain..
Mindanya lebih hikmah melebihi orang lain..
Melayu lebih hebat berbanding melayu yang lain..

Hakikatnya lagi banyak beliau bersuara,
makin terserlah kebebalannya..
Beliau sendiri tak pernah tetap pendirian..
Keluar masuk UMNO dan bukan main sanggup mati demi Semangat 46!
Akhirnya ke langit tidak ke bumi pun tidak!

Salam simpati buat Ibrahim Ali
sunsnake 08032010


Pasaran bebas ancam Melayu, kata Ibrahim Ali

Mac 8, 10
4:18pm
Bagaimana keadaan ini membentuk ketidaksamarataan ekonomi?

Ini juga satu affirmative action tetapi kepada tauke-tauke besar sahaja. Sebab itu kita tengok bagaimana Robert Kuok boleh jadi billionaire sebab dia monopoli gula. Kita tengok Vincent Tan bagaiamana dia boleh berjaya, sebab dia ambil alih penswastaan Berjaya Sports Toto. Kumpulan Genting berjaya kerana monopoli lesen judi.

Kita tengok Ananda Krishnan berjaya kerana monopoli (melalui) Astro dan mendapat hak Maxis.

Kalau kita tengok apa yang mereka dapat bukankah ini satu pertolongan dan ini juga satu affirmative action tapi untuk tauke-tauke Cina.

Yang saya katakan, apa yang mereka dapat, jika dibandingkan dengan orang Melayu? Kontrak yang diagihkan kepada orang Melayu ini (bernilai) berapa sen sahaja (jika) dibandingkan dengan apa yang mereka dapat?.

artikel penuh

0 comments: