Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 16, 2010

Lagi kutu ajak Guan Eng letak jawatan!


Kah! Kah! Kah! Kah! Kah!
Meghoyan jugak rupanya bila keluar parti ni ye?
Ye la nak masuk UMNO secara terang.. malu.. takut..
dan Ndak ke UMNO pun kat spesis katak macam ni??
Katak-kata macam Jamal dan Osman kat Perak tu pun UMNO buat tak tau je..
Sampai UMNO dapat balik la Perak! punya la besor jasa 2 ekor katak tu..
Inikan pulak kamu cuma keluar PKR dari kerusi parlimen..
tak luak pun Dun Pulau Pinang tu..

Buat Guan Eng.. teruskan memerintah Penang..
Apa jua keputusan berkaitan Islam.. boleh bincang dengan Ustaz Salleh Man..
Boleh bincang dengan Abang Mat.. Boleh pi jumpa Tuan Guru Nik Aziz!
Apa ada hal?? sekadar tanya pendapat..
Jangan tanya Pak Lah.. dia kena banyakkan tido.. penat jadi PM tak ilang lagi..
sakit kena tendang dengan UMNO pun tak kebah lagi..
Jangan tanya Mohamad Nor.. Dia tengah dok kira duit dengan bekas Setpol dia tu..
Jangan tanya Zahrain ni... dia dok tunggu Najib sign cheque kot???
hahahaha!

pelik betul.. nak sangat puak-puak ni Guen Eng letak jawatan..
hari tu dah timbul sorang...
sunsnake 16022010


Zahrain undur jika Guan Eng lepas jawatan

PULAU PINANG 15 Feb. – Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim akan melepaskan jawatan sebagai wakil rakyat sekiranya Ketua Menteri, Lim Guan Eng bertindak sama.

Beliau menegaskan, individu yang perlu meletakkan jawatan ialah Guan Eng dan bukan dirinya atau pun orang lain kerana masalah sebenar berpunca daripada Setiausaha Agung DAP itu.

‘‘Saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan wakil rakyat dengan syarat Guan Eng sanggup melepaskan jawatan Ketua Menteri kerana Pulau Pinang perlu diselamatkan daripada orang sepertinya.

‘‘Dialah punca sebenar segala permasalahan yang sedang berlaku sekarang ini, jadi adalah wajar dia tidak lagi jadi Ketua Menteri,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Zahrain keluar parti sebagai mengkhianati amanah yang diberikan oleh rakyat di kawasannya.

Justeru beliau menyarankan Ahli Parlimen itu melepaskan jawatannya bagi memberi laluan kepada pengundi untuk memilih wakil rakyat baru kerana Zahrain perlu bertanggungjawab terhadap tindakannya.

Mengulas lanjut, bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu berkata, Nik Aziz boleh berkata apa sahaja kerana tidak merasa tempias pentadbiran Guan Eng memandangkan beliau menetap di Kelantan.

0 comments: