Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 16, 2010

PJ Pas Wilayah Sudah diketemui...Alhamdulillah.


Aduyai!
Musim2 ADUN banyak hilang dan muncul kembali dari belakang pungkoq Najib ni..
Harap-harap janganlah ada lagi pimpinan PR buat kes hilang-hilang ni ye?

Sib baik YDP ni bukan ADUN..
Kalau Wilayah ada DUN, InsyaAllah dah lama dah YDP ni bergelar ADUN!

Harap ada penjelasan yang munasabah diatas 'kehilangan' beliau sebab 1Malaysia tau kes nih!
Tapi kalau atas sebab peribadi.. takyah cite la kot??? hehehe

sunsnake 16022010


Pesuruhjaya PAS Wilayah, Hj. Mohamad yang sebelum ini dilaporkan hilang telah selamat kembali ke rumah jam 2 petang tadi, demikian lapor Herman Shamsudeen di dalam blognya.

"Saya baru tahu selepas cuba menghubungi HP beliau dan bercakap sendiri dengannya sebentar tadi," demikian tulisnya.

Menurutnya di dalam panggilan tadi, beliau sempat bertanya khabar dan lokasi beliau sahaja. Suaranya agak kepenatan, jadi beliau tidak bertanya banyak.

Tapi berdasarkan siasatan dan maklumat sebelumnya, beliau ada urusan peribadi di Temerloh sehingga perlu bermalam disana.

Sebelum ini dilaporkan Ustaz Mohamad Nor Kali didapati hilang dan tidak dapt dihubungi sejak beberapa hari lalu. Kali terakhir beliau dilihat adalah dalam mesyuarat Koperasi Muslimin Berhaddan beliau dilihat keluar dengan Unser merahnya, WJD 4469.

Demikian beritahu anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali kepada Harakahdaily.

MenurutLo' Lo', salah seorang ahli mesyuarat itu memberitahu, Haji Mohamad memberitahu, dia mahu berjumpa dengan kawan pada tengah malam itu.

Namun, selepasnya beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi, kata Lo' Lo'.

sumber - Tangan lari 72

0 comments: