Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, February 16, 2010

Katak ajak melompat bersamanya!




Lagi kelakar bila katak ajak melompat!
"Lompat si katak lompat!, Lompat lah tinggi-tinggi!"


Aduhhh...
Kalau Zahrain tu ko kata dah kenal Anwar Ibrahim lama..
Ko tu lagi kenal Anwar sebab ko SU dia dulu!!
Sudah-sudahlah Ezam oii..
Ko dah diklasifikasikan sebagai pengkhianat perjuangan rakyat..
dah takde value dah dalam jiwa reformasi rakyat..
dalam UMNO pun ko lagi takde value!!
Sampaikan nak bertanding Pilihanraya pun UMNO tak bagi jadi calon dia!
Apatah lagi nak bertanding jawatan dalam UMNO!!
Lagi aukk!!

kesian teman dengan bekas 'idola reformasi' teman ni..
pengajaran buat semua...

sunsnake 16022010

Ezam ajak ahli PKR ikut jejak Zahrain

JASIN 15 Feb. - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor meminta rakan-rakannya dalam kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengikut jejak langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan parti itu.

Katanya, mereka perlu berbuat demikian jika mereka berhasrat mahu mempertahankan agama, bangsa dan negara.

Menurutnya, tindakan Zahrain dan beberapa pemimpin PKR terdahulu keluar daripada PKR dibuat berdasarkan asas yang kukuh selain terhakisnya keyakinan terhadap perjuangan parti berkenaan.

"Demi mempertahankan agama, bangsa dan negara, mereka tidak boleh berkompromi dengan permainan politik melampau yang ditunjukkan oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada majlis Ceramah Perdana: Isu-isu semasa politik dalam negara anjuran Sekretariat Pemikir dan Perpaduan Melayu negeri Biro Antarabangsa UMNO Bahagian Jasin di sini malam tadi.

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar daripada parti itu Jumaat lalu selepas tidak berpuas hati dengan sikap Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP kerana dianggap mengamalkan politik cauvinis dan diktator.

Ezam berkata, bukan mudah untuk seorang ahli politik yang matang dan cukup arif seperti Zahrain bertindak keluar daripada PKR.

Menurutnya, Zahrain bukan calang-calang ahli politik kerana beliau memiliki prinsip politik yang tajam terutama dalam aspek pengamatan realiti cabaran politik.

"Saya dapat rasakan ia satu keputusan sukar tetapi kita kena faham bahawa keputusan beliau itu dibuat demi kepentingan agama dan bangsa.

"Perkembangan ini saya lihat bakal memberi impak dan kesan yang besar kepada PKR," katanya.

Ezam berkata, Zahrain sudah lama mengenali Anwar dan tidak semudah itu untuk beliau mengambil keputusan meninggalkan parti tersebut sekiranya tanpa asas yang kukuh.

0 comments: