Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 22, 2010

Bukti PAS 'berkawan' dengan Syaitan!

Yang baju biru ni berkawan dengan siapa lak??

Haaa..
Buat pencacai-pencacai UMNO...
Takkan rendah sangat IQ otak kamu?

Hinggakan hujah yang dangkal dan tidak berfakta macam ni pun kamu boleh percaya??
Siap bertepuk tangan lagi!

Subhanallah! Jangan hina diri sendiri sampai macam tu sekali!

Terlalu banyak perbezaan Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO ni..
Kedudukan tempat duduk perwakilan pun dah membezakan yang mana satu lebih mahukan Islam..
Itu contoh yang simple laa...

Ini salah satu bukti tuduhan PAS berkawan dengan syaitan itu terlalu dangkal, bodoh dan penuh dendem kesumat!
Alhamdulillah.. UMNO kelihatan semakin bodoh di mata rakyat Malaysia!
sunsnake 22102010

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu."Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini, petang ini.

Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

"Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya.

Sebelum ini, bercakap kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata pemuda PAS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
Berita Penuh

Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’

October 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Berita Penuh

Dr. Zul 'galas' harapan PAS di Galas!

Hidup! Hidup! Hidup Islam! Hidup! Hidup! Hisup Rakyat!

Alhamdulillah..
Akhrinya teka-teki siapakah calon PAS di PRK Galas telah dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz malam tadi..

Teman suka benor tengok kehadiran pimpinan PR yang lain seperti Anwar Ibrahim dan Nga Ko Ham.. 'Moral support' orang kata..

Didalam suasana 'hangat terbakar' di PWTC la ni..
Suasana nyaman dan dingin pulak di Galas malam tadi..

InsyaAllah.. berkat kegigihan dan keikhlasan jentera PRK PAS dibantu dengan jentera PKR dan DAP.. kemenangan akan berpihak kepada PR..

Namun WAJIB diingat.. UMNO bukanlah satu parti yang boleh diambil ringan strategi mereka..
Pastinya telah ada 1001 plan mereka untuk menang tak kira plan baik mahupun jahat!
Lagipun.. bukankah 'peperangan itu satu strategi"?

sunsnake 22102010

Galas: Dr Zulkefli calon PAS

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.


Berita Penuh

Thursday, October 21, 2010

UMNO Hayati Lagu 'Warisan'??? Untuk Apa?

Puteri UMNO nak pertahankan warisan macam ni ka??

Ka macam ni???

Macam ni???

Macam-macam ni?

macam ni kot?

Haaa!!! warisan macam ni??? terbaekkk!

hohoho! macam ni??

Uikksss!!!Gigilllll!!! macam ni?

Wow!!! warisan macam ni??

Haaa... bangang macam ni?

Perffghhhhh!! Warisan macam ni terbaekkk!!.
Hidup Melayu!!!

Sial! Macam ni???

Grrrrr...!! Macam ni ha??

Wo wo wo!!! macam ni??


Teman kadang-kadang pelik al confuse dengan UMNO nih!

Dok melolong-lolong perjuangan bangsa melayu..
Apa yang nak diperjuangkannya?
Apa yang berat sangat?

Yang paling heran,
perjuangan melayu apanya?

Perdana Menteri Malaysia sejak merdeka tak pernah pun dari kalangan bukan melayu..
Tak pernah pun dari kalangan bukan UMNO..
dan tak pernah pun dari kalangan ahli PAS!

Apa yang mereka slogankan?
Hidup Melayu?
Tak jugak melayu terbela!

Dok canang Hidup Melayu... Singapore bagi free kat lee Kuan Yew!
Dok canang Hidup Melayu... Penang yang majoriti UMNO menang kerusi DUN pun bagi jawatan Ketua menteri kat Gerakan??
Abis?? siapa yang sebenarnya selama ini menghalang UMNO nak memartabatkan melayu?

Contoh di Bandar Rawang ni...
53 tahun UMNO menerajui negara..
Boleh kira sebelah tangan pemilik bangunan rumah kedai orang melayu!
Mamak lagi ramai pemilik bangunan kedai daripada melayu!

Malangnya di Rawang ni.. tiada Arked Mara..
Kalau ada barulah ada pemilik premis kedai melayu...

Salah siapa semua tu?
Salah PAS?
Salah DAP?
Salah PKR?

Salah melayu?
Salah Cina?
Salah India?
Aduyaiii!!!

Siap menyanyi lagu Warisan lagi tuhh!!
Wakakakkaak!
bab melalak karaoke memang UMNOlah juaranya bro!!!
sunsnake 21102010


Lagu Warisan cetus semangat perjuangan

KUALA LUMPUR 20 Okt. – Persidangan Perwakilan Puteri UMNO yang menutup tirai petang ini mencetuskan kelainan apabila Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menggunakan pendekatan unik bagi mencetus semangat perjuangan di kalangan ahli-ahli Puteri.

Rosnah di akhir ucapan penggulungan perbahasan mengajak para perwakilan menghayati lagu Warisan nyanyian Allahyarham Datuk Sudirman Arshad untuk menyemarakkan perjuangan memperkasakan parti demi bangsa, agama dan negara.

Dalam nada sebak, beliau mahu ahli Puteri selepas menghayati lagu tersebut yang dikumandangkan di Dewan Tun Dr. Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), pulang membawa bersama semangat juang yang tinggi bagi memastikan UMNO terus relevan dan diterima rakyat.

Berita Penuh

Hek Eleh! UMNO Pertikai Duit Pemuda PAS?


Wakakakaka!

Tergelak teman bila baca yang UMNO Kelantan pertikai Pemuda PAS Kelantan berjaya beli bekas Bangunan UMNO Kelantan!

Wehhh!! Ketam marah Kancil jalan lurus!!

UMNO ingat dia kaki seleweng..
Semua orang pun seleweng macam dia laaa!!

Mungkin UMNO jarang dengar perkataan "kutipan amal"..
Mungkin UMNO jarang dengar perkataan 'Tabung Jihad"..
Mungkin UMNO tak pernah dengar pun perkataan 'infa'!

Yang UMNO biasa dengar "undertable"..
Yang UMNO selalu dengar "duit tepi"...
Yang UMNO nak sangat dengar "direct nego"!!!
Yang UMNO teringin sangat dengar 'mark up harga"!!!

Wakakakakakak!!
sunsnake 21102010

Dana Pemuda Pas Kelantan diguna beli bangunan UMNO Kota Bharu

KOTA BHARU 20 Okt. - Dewan Pemuda Pas Kelantan menjelaskan wang sebanyak RM4.5 juta yang digunakan untuk membeli Bangunan UMNO Kota Bharu daripada Datuk Zaid Ibrahim adalah hasil kutipan dana yang dilakukan sejak 10 tahun lalu di samping pinjaman bank.

Ketuanya, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kutipan dana untuk memiliki bangunan tersebut dilakukan sejak Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menerajui kepemimpinan dewan tersebut dan ia diteruskan secara konsisten sehingga sekarang.

Beliau berkata, pemilikan bangunan tersebut juga merupakan satu kemenangan moral kepada Pas apabila berjaya menawan bangunan UMNO selepas genap 20 tahun memerintah Kelantan hari ini.

"Tiga sebab kita membeli bangunan ini, pertama, lokasinya yang strategik, kedua, tawaran yang baik diberikan oleh Zaid dan ketiga, menawan bangunan UMNO adalah kemenangan moral yang besar kepada jentera Pas.

"Proses pembelian bangunan ini bermula sejak setahun lalu selepas Zaid menawarkannya kepada kami, kita juga terpaksa naik turun mahkamah beberapa kali bagi menyelesaikan masalah perundangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Kunci Bangunan Asy Syabab Point di sini hari ini.

Berita Penuh

Bangunan Umno (PWTC) dibina dengan duit rakyat?

Dalam berita Malaysiakini Wain:'Penyelewengan RM100 Bilion Dr Mahathir Disokong Bukti melaporkan bahawa bangunanUmno (PWTC) dibina dengan dana awam maknanya duit kita yang jadi rakyat yang lawan Umno turut difaraidkan untuk bina bangunan Umno yang berdiri megah ditengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kata Barry Wain penulis buku 'Malaysian Maverick ': Mahathir in turbulent times yang mendedahkan penyelewengan yang dilakukan Tun Mahathir ;

Penyelewengan RM100 Bilion Dr Mahathir Disokong Bukti melaporkan bahawa bangunanUmno (PWTC) dibina dengan dana awam maknanya duit kita yang jadi rakyat yang lawan Umno turut difaraidkan untuk bina bangunan Umno yang berdiri megah ditengah bandaraya Kuala Lumpur.

Berita Penuh

Amaran Buat Rakyat Bukit Beruntung/Bukit Sentosa!

"Perompak' yang ni lagi mulia!

Teman dapat email daripada sahabat pagi tadi..
hmmm..

Sebelum ini pun ada kes rompakan bersenjata kira-kira 200m dari rumah teman!

Kes nya..
Ada seorang Aya tu naik motor sorang-sorang..
Lebih kurang 12 tengah hari!
Di tepi jalan ada seorang anak muda lelaki sedang me'momen' motosikal..

Aya tadi pun singgah la nak berikan pertolongan..
Tiba-tiba keluar lagi 2-3 orang anak-anak muda melayu dari semak berhampiran!
Terus letak pisau di leher aya ni tadi..
Aya ni pun bukan ada duit.. last-last jam tangan buruk aya pun disebat dek bangsat-bangsat tuh!
yang paling sial, leher aya tu telah ditoreh dengan pisau tersebut!!

teman pun akak jiran yang cerita sebab dia terjumpa aya ni tadi kat klinik buat 'dressing'..
Kesian aya tu.. dah la ada kencing manis..
aduyaiii!!!

Yang kesalnya.. budak-budak melayu yang buat keje nih!
Hidup Melayu gak ke??

sunsnake 21102010

As-salam & Selamat pagi.

Kawan2 yang dihormati.

Padi tadi jiran saya, Mrs. Chan, panggil saya sejurus sebelum saya nak keluar pi kerja.

Katanya ada berita penting nak beritahu dan minta saya lebih berhati2.

Semalam dalam pukul 6:30, di kala semua orang sibuk pi pasar malam Bukit Sentosa,

kawan dia yang baru nak buka pintu pagar, dihampiri oleh 4 lelaki ‘Melayu’.

Kesemuanya dengan mode santai je,siap pakai seluar pendek lagi.

Tak der kelam kabut nak lari pun gayanya.

Kemudian tak semena2 mengeluarkan parang dan letak kat leher dia minta duit & barang berharga lain.

Kawan dia yang kebetulan ada dalam kereta pon tak boleh buat apa2.

Orang sekeliling langsung tak perasan sebab diorang ni pandai berselindung dan dah ada parang kat leher,sapa berani menjerit!

Dalam sekelip mata diorang pun beredar.Mangsa pi buat laporan polis kat Balai Polis Bkt Sentosa.Dalam masa buat laporan tu, ada pulak orang lain datang dengarnya dari Sungai Buaya pulak, buat laporan kes yang seakan sama.

Jadi saya harap kita berhati2 dan peka dengan sekeliling.

Kalau ada yang mencurigakan,jangan turun dari kereta dahulu atau drive away atau tarik perhatian sebaik mungkin (bunyikan alarm etc).

Yang paling penting DOA keselamatan kita semua…AMIN.

Your cooperation is highly appreciated

Thank you & best regards

Pemuda UMNO Kedah Sokong FAM?

Kedah sewaktu ada pemain import!


Kalau ikut FAM.. memang tak bagi player-player import nih!
Nak bagi peluang 100% buat player tempatan kata mereka..
ye la kot?
Itu yang team dari Malaysia kena titik kaw-kaw bila masuk AFC League...
Hari tu Selangor kena titik dengan Singapore sampai 0-6 pun pada teman antara puncanya tiada player import laa..
Maunye tidak! 2 top striker Singapore pun omputih dan negro!
dua tonggak defend depa pun sama gak!
Dah macam team England pulak teman tengok!!!

Akhirnya Pemuda UMNO menyuarakan ketidakpuasan hati mereka yang dah lama dipendam..
Actually dah lama dah 1Malaysia tahu...
Hairan gak.. dah habis dah ke otai-otai UMNO kat Kedah tu?
Sampai kena import dari Sabah?
wakakakak!

Apa-apa pun.. lantakla rumah tangga depa!
sunsnake 20102010

Pemuda Kedah: Gantikan pengerusi Umno negeri ‘diimport’

October 20, 2010

KUALA LUMPUR, 20 Okt — Perwakilan Pemuda Umno dari Kedah hari ini menggesa agar kepimpinan parti menukar pengerusi-pengerusi perhubungan yang “diimport” dari negeri lain sebagai persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Ketua Pemuda Jerai Bassori Hassan berkata, pelantikan Datuk Seri Shafie Apdal (gambar) dari Sabah sebagai pengerusi negeri sebenarnya memberi laluan kepada Pakatan Rakyat untuk menyerang ahli-ahli politik tempatan.

Berita Penuh