Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 22, 2010

Dr. Zul 'galas' harapan PAS di Galas!

Hidup! Hidup! Hidup Islam! Hidup! Hidup! Hisup Rakyat!

Alhamdulillah..
Akhrinya teka-teki siapakah calon PAS di PRK Galas telah dijawab oleh Tuan Guru Nik Aziz malam tadi..

Teman suka benor tengok kehadiran pimpinan PR yang lain seperti Anwar Ibrahim dan Nga Ko Ham.. 'Moral support' orang kata..

Didalam suasana 'hangat terbakar' di PWTC la ni..
Suasana nyaman dan dingin pulak di Galas malam tadi..

InsyaAllah.. berkat kegigihan dan keikhlasan jentera PRK PAS dibantu dengan jentera PKR dan DAP.. kemenangan akan berpihak kepada PR..

Namun WAJIB diingat.. UMNO bukanlah satu parti yang boleh diambil ringan strategi mereka..
Pastinya telah ada 1001 plan mereka untuk menang tak kira plan baik mahupun jahat!
Lagipun.. bukankah 'peperangan itu satu strategi"?

sunsnake 22102010

Galas: Dr Zulkefli calon PAS

GUA MUSANG, 21 Okt: Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkefli Mohamad diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Dun Galas.

Pengumuman itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada majlis pengisytiharan calon di Dataran Ilmu, di sini sekitar jam 11.54 malam ini.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai ‘Calon Kita’ bagi Pilihan Raya Kecil N.45 Dun Galas. Beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” umumnya yang juga Menteri Besar Kelantan.

Menurut Tuan Guru Nik Aziz, Zulkefli dipilih kerana diyakini mampu meneruskan kerja cemerlang yang telah diusahakan wakil rakyat sebelum ini, Allahyarham Chek Hashim Sulaima.


Berita Penuh

0 comments: