Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 22, 2010

Bukti PAS 'berkawan' dengan Syaitan!

Yang baju biru ni berkawan dengan siapa lak??

Haaa..
Buat pencacai-pencacai UMNO...
Takkan rendah sangat IQ otak kamu?

Hinggakan hujah yang dangkal dan tidak berfakta macam ni pun kamu boleh percaya??
Siap bertepuk tangan lagi!

Subhanallah! Jangan hina diri sendiri sampai macam tu sekali!

Terlalu banyak perbezaan Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO ni..
Kedudukan tempat duduk perwakilan pun dah membezakan yang mana satu lebih mahukan Islam..
Itu contoh yang simple laa...

Ini salah satu bukti tuduhan PAS berkawan dengan syaitan itu terlalu dangkal, bodoh dan penuh dendem kesumat!
Alhamdulillah.. UMNO kelihatan semakin bodoh di mata rakyat Malaysia!
sunsnake 22102010

Festival busana: PAS berhimpun bantah Rosmah

Dewan pemuda PAS pusat akan berhimpun secara aman bagi membantah tindakan isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang didakwa menghina syariat Islam dan Rasulullah SAW pada penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu."Saya akan mengetuai bantahan terhadap Rosmah di Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan manakala di Masjid kampung Baru (di KualaLumpur) akan diketuai oleh Kamaruzaman Mohamad (exco pemuda PAS)," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan ketika dihubungi Malaysiakini, petang ini.

Menurut beliau, tindakan Rosmah selaku penganjur majlis itu sesuatu yang keterlaluan.

"Bantahan akan diadakan selepas solat Jumaat. Kami jangkakan tidak kurang seribu orang akan sertainya," katanya.

Sebelum ini, bercakap kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata pemuda PAS mengecam sekeras kerasnya tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.
Berita Penuh

Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’

October 21, 2010

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

Berita Penuh

0 comments: