Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, October 22, 2010

Pak Mus - Jangan Janji Banyak Sangat Syeikh!


Perghhh..
Dah ngalahkan Anwar pulak janji-janji dia..

Rilek syeikh...
Jangan banyak sangat janji..
Hakikatnya.. diri sendiri tahu betapa kronik permasalahan yang menanti..

Masalah dalaman..
Masalah luaran..
Masalah kesetiaan..
Masalah lompatan...
Masalah fikrah perjuangan..
Masalah Gunting dalam lipatan..
Masalah pemilihan tak kehaluan!

wakakakaka!
sunsnake 22102010

Mustaffa janji laksana 'polisi rakyat'
Okt 21, 10 7:41pm

Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berjanji akan melaksanakan 'polisi rakyat' dalam parti bagi mengangkat semula suara akar umbi dan golongan reformis sebagai suara utama.

"Rakyat dan golongan refomis lah yang mencetuskan penubuhan serta mengangkat parti kita sekuat ini," kata calon timbalan presiden PKR itu. "Atas keyakinan bahawa suara-suara ini terpenting untuk menggerakkan parti dan seluruh rakyat ke Putrajaya, saya berasa wajib untuk saya memastikan suara-suara ini akan digemakan semula," tulis Mustaffa dalam blognya semalam.

Dalam tulisan yang bertajuk "Manifesto kita...", Mustaffa berkata, beliau juga akan "memastikan janji Pakatan Rakyat memberi hak autonomi kepada Sabah dan Sarawak dilaksanakan". "Saya akan memastikan kelangsungan politik nilai dalam parti seperti sederhana, toleransi, mesra, setiakawan, berhemah dan berintegriti supaya pemimpin dididik menjadi 'khadam' rakyat, serta sama-sama tolak politik elitis dan politik wang dalam parti," tambahnya.

Mustaffa yang juga ketua PKR Perak menjelaskan beberapa misinya bagi merebut jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti yang bermula hujung bulan ini.

Berita Penuh

0 comments: