Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 15, 2012

Apabila Harta Rakyat jadi Harta UMNO...

Bekas Ketua Pemuda UMNO?

Inilah yang berlaku apabila terlalu lama memerintah..
Dan macam yang teman pernah kabo.. bahayanya kemenangan besar kepada sesuatu parti politik..

Felda ini milik UMNO atau milik Kerajaan Malaysia?

Adakah apabila seseorang rakyat itu menentang @ tak bersetuju dengan UMNO, ianya boleh disamakan dengan menentang @ tak bersetuju dengan Kerajaan Malaysia?

Hak setiap rakyat dijamin oleh Perlembagaan tidak kira dia menyokong parti politik manapun!

Malangnya.. itulah yang tiada dalam pemikiran majoriti pemimpin-pemimpin UMNO-BN..

Mari cerahkan kembali demokrasi di Malaysia!

budakbalun 15052012


Azalina Cabar Peneroka Tinggalkan Felda

Mereka yang mengutuk kerajaan dicabar untuk keluar daripada tanah rancangan Felda kerana mereka tidak diperlukan di dalam kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Azalina Othman Said berkata, ramai lagi masyarakat di luar yang mahu menjadi warga Felda menggantikan tempat mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Saya nak cabar mereka yang mengutuk kerajaan Umno agar jangan ambil duit durian runtuh ini. Bawa anak dan isteri keluar daripada tanah rancangan Felda kerana kita tidak perlukan mereka. Ramai lagi yang mahu masuk Felda,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Duit Durian Runtuh di hadapan kira kira 800 masyarakat Felda di Dewan Felda Sening, semalam.


Azalina turut menafikan durian runtuh dan juga durian gugur yang diumumkan Perdana Menteri buat masyarakat Felda itu adalah untuk memancing undi.

“Duit yang diberikan kerajaan ini bukan untuk pancing undi. Bukan duit rasuah seperti yang didakwa pihak tertentu, sebaliknya ia adalah duit jaminan daripada kerajaan bahawa peneroka Felda akan dapat keuntungan dengan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke bursa Malaysia.-Sinar harian

1 comments:

Monkey Shooter said...

Hampir nak PRU13 ni, puak-puak tomboy dan lesbian pun sibuk nak menonjolkan diri supaya dilihat oleh PM Roswah....