Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 15, 2012

PERKASA Tiada Kaitan Dengan UMNO??

Wakakakak!!
Teman gelak besor bila UMNO minta rakyat jangan kaitkan UMNO dengan PERKASA!
Woi! Sudah-sudahlah asyik minta rakyat Malaysia jadi bodoh!
Sudah-sudahlah minta orang melayu jadi bangang!

Budak Tadika pun silap-silap tahu siapa PERKASA di mata UMNO!
Jangan tanya MCA dan MIC..
Memang dah lama 2 parti komponen BN ni berbulu dengan PERKASA neh!

Memang melayu perlukan NGO pro-melayu..
Tapi bukan PERKASA...

Sudah-sudahlah UMNO oiii!!!
Tak habis-habis nak buat lawak!


budakbalun 15052012


UMNO tidak boleh dikaitkan dengan Perkasa

PULAU PINANG 14 Mei - UMNO tidak boleh dikaitkan dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana parti itu tidak mempunyai kuasa atau hak untuk mengawal pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tersebut.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihak tertentu tidak patut menuduh UMNO berada di belakang setiap aktiviti atau program yang dijalankan oleh Perkasa.

Selain itu menurutnya, tidak semua yang dilakukan oleh Perkasa dipersetujui oleh UMNO.

“Perkasa adalah Perkasa, UMNO adalah UMNO.

UMNO parti politik manakala Perkasa adalah NGO yang tidak dapat kita kawal," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat jawatankuasa penyelaras Barisan Nasional (BN) negeri di sini hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan UMNO dengan tindakan kira-kira 30 ahli Perkasa yang meletakkan gambar Ketua Menteri, Lim Guan Eng dikalungkan bunga di dua tempat di bandar ini Khamis lalu. Ia sebagai simbolik bahawa Setiausaha Agung DAP itu tidak diperlukan lagi oleh rakyat di negeri itu.-Utusex

0 comments: