Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, May 15, 2012

Kelebihan Pembangkang Yang Kuat


Inilah kelebihannya apabila Kerajaan yang memerintah dinafikan majoriti 2/3...
Setiap tindakan kerajaan tersebut 'terpaksa' berorientasikan rakyat..

Ingat lagi apabila Kerajaan Malaysia UMNO-BN berjaya memenangi Pilihanraya Umum 2004 dengan lebih 2/3 majoriti? Dan selepas itu dengan mudah menaikkan harga minyak sehingga mencecah RM2.70 seliter!
Keputusan itu dibuat dengan berani kerana kemenangan mutlak yang diberikan oleh rakyat Malaysia sendiri!

Dengan penafian 2/3 majoriti di parlimen pada PRU 2008, sehingga kini Kerajaan Malaysia UMNO-BN tidak berani sewenang-wenangnya menaikkan harga minyak lebih-lebih lagi disaat hampirnya PRU ke 13 ini..

Inilah kuasa sebenar rakyat.. dan inilah yang sepatutnya berlaku didalam negara yang memegang Demokrasi Berparlimen... Lainlah kalau negara China yang diperintah oleh Komunis!

Teman juga mengharapkan Pakatan Rakyat akan memenangi PRU13 ini bagi menggantikan UMNO-BN namun janganlah kemenangan itu suatu kemenangan yang terlalu besar! Ini semua adalah untuk kebaikan rakyat juga..

Persoalannya? Bersihkah proses pilihanraya itu?


budakbalun 15052012


Menteri: K'jaan cari jalan kurang atau hapus tol PLUS

Kerajaan akan berunding dengan pihak berkepentingan baru Plus Expressways Bhd (PLUS) bagi mencari jalan mengurangkan kadar atau menghapuskan tol di beberapa bahagian lebuh raya kendalian syarikat itu.
  
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Mansor berkata bagi tujuan itu, kerajaan akan berbincang dengan Kumpulan UEM dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
  
"Walaupun penstrukturan (PLUS) baru siap, telah ada permintaan daripada rakyat bagi mengurangkan kadar atau menghapuskan tol di kawasan tertentu, maka ini diambil perhatian penting oleh kerajaan.
  
"Maka kerajaan kini sedang mengkaji kalau ada ruang boleh dilakukan untuk mengurangkan harga atau tutup dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Kompleks Kerja Raya 2 di ibunegara.
  
Beliau berkata selain kepentingan rakyat, langkah itu bergantung kepada pelbagai faktor lain seperti pampasan yang perlu dikeluarkan kerajaan dan kepentingan 'stakeholders' PLUS.
  
"Pampasan yang kerajaan perlu keluarkan datangnya daripada wang rakyat, maka jika kerajaan keluarkan, ia perlu memberi kebaikan kepada rakyat secara menyeluruh, bukan hanya sebahagian kecil," katanya.-Mkini
  

0 comments: