Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 5, 2010

Zaid nak belanja RPK & Bala makan ais kacang! Slumber!


"Dalam masa sejam lagi saya akan bertemu mereka dan belanja makan ais kacang!" - Zaid Ibrahim!

You are my man!! Wakakakak!

Sebenarnya Najib dan Hisham Auww dah habis pusing dah pasal RPK dan Bala ni..
2 manusia ni sangat bahaya kepada Najib.. Sangat-sangat bahaya!!
Boleh kata apa yang Najib tahu.. mereka ni tahu! Terutamanya RPK!

Ntah apa ilmu yang RPK ni pakai..

Sejak mula lagi teman dok musykil dengan isu Zaid-RPK yang dimain dek media UMNO..
Tapi bila Hishamuddin bersuara.. teman dah nampak macam ada skrip sedang berjalan..
Kemuncaknya bila Najib turut bersuara selepas rasmikan Mesyuarat UMNO Pekan semalam..

Perrgghh!! Dah terang lagi bersuluh! Ini adalah skrip!
Tak pasti siapa yang buat.. Dalaman UMNO atau APCO yang tolong buatkan!

Kalau RPK bersalah.. dakwa laaa!! Takkan Polis takde jalan nak bawak balik dia ke Malaysia??
Perancis boleh angkut Bekas Presiden Panama si Noriega ke Mahkamah Perancis..
Apalah sangat si RPK nih!! Bukan bekas Presiden Iraq pun!!
Wakakaka!

Ke takut kalau si RPK ni masuk mahkamah, lagi pelik-pelik cerita keluar??

Tapi teman yakin laaa.. hamba Allah ni kalau kena tangkap dek Malaysia..
kompom tak sempat masuk mahkamah!!

tak caya tanya keluarga Kugan!! aduhhh!!

elok la dia dok diam-diam kat UK tu.. leh layan game EPL live dari stadium!!
perghhh!!

sunsnake 05072010

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan beliau akan bertemu dengan bekas pengawal pribadi rakan Perdana Menteri, Abdul Razak Baginda iaitu P Bala Subramaniam untuk makan dan minum bersama beliau selepas polis dan SPRM enggan bertemu beliau.

Dalam tulisan terbarunya dari Kota London, Zaid berkata, oleh kerana polis dan SPRM enggan dan takut bertemu Raja Petra dan Bala, beliau dan rakannya akan bertemu mereka berdua dan belanja mereka makan ais kacang.

Zaid dipercayai mengulas pelbagai tuduhan termasuk membiayai kedua-duanya (Petra dan Bala) yang kini dikatakan pelarian ekoran diburu polis.

Dalam hal ini, Zaid mendakwa, polis bukan memburu kedua-duanya.

"Mula-mula, kita dengar PM Najib kata beliau penuh yakin polis akan menangkap Raja Petra; tapi dah 12 bulan polis tak buat apa-apa. Dan betul lah saperti kata Khairy, Raja Petra selalu ada di khalayak ramai, di London dan Manchester. Kalau saya dan ratusan rakyat Malaysia tahu dan dah pun bertemu dengan Raja Petra, takkan Polis tak tahu. Mustahil," tulis Zaid dalam blognya.

Berita Penuh

0 comments: