Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 5, 2010

Apa lagi nak bagi ke Singapura ni?


Habisss...
Semua nak diserah ke Singapura!
Gula, beras.. petrol.. akhirnya tanah pun nak digadai ke Singapura!

Apa ada hal?? janji mahsyuukkkkk!!!
Masa depan anak cucu??

Pergi mampos!!!!

Patut puak-puak macam ni dihukum gantung sampai mati je!!

Teringat pulak dengan pengkhianat Iran yang terbukti jadi talibarut US..
Kena gantung tengah-tengah bandar Tehran!!

Haa hambikk!!
sunsnake 05072010

Malaysia jual gula bersubsidi pada Singapura?
Dzulfikar & Nazri

KUALA LUMPUR, 5 Julai: Kerajaan wajar memberikan penjelasan yang jujur dan bertanggungjawab berhubung isu kekurangan gula yang dihadapi oleh pengguna kebelakangan ini, kata Datuk Mahfuz Omar.

Penegasan yang dibuat Naib Presiden PAS itu ekoran insiden enam daripada 30 kargo yang memuatkan gula nasional tergelincir dari Butterworth ke Singapura, milik KTMB tergelincir di Chamek, dekat Kluang Johor, 23 Jun lalu.

"Macam mana gula yang kerajaan subsidikan pada Syarikat Gula Prai dan sebagainya, gula itu yang nak dibawa jual ke Singapura," soal beliau pagi tadi di Dewan Rakyat, memetik laporan akhbar New Strait Times Press (NSTP).

Beliau berkata, insiden tersebut sudah tentu mempunyai kaitan dengan kesukaran rakyat mendapatkan bekalan gula nasional sebelum ini.

"Saya percaya gula yang kurang dalam pasaran sebelum ini disebabkan kes-kes eksport gula sebegini bukanlah untuk orang Johor walaupun gerabak KTMB ini tergelincir di Kluang.

"Tanah KTMB di Tanjong Pagar pun kita (kerajaan Umno BN) gadai pada Singapura, gula negara pun nak beri juga," sindir beliau ketika membahaskan rang undang-undang perlindungan pengguna.


Berita Penuh

0 comments: