Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, July 5, 2010

Human Trafficking- Cukupkah sekadar denda RM1 juta?


Teman sebelum ni tak berapa ambil tahu sangat pasal jenayah 'Human Trafficking" nie..
Ada sekali tu teman terlayan secara tak sengaja filem 'Human Trafficking' ni di saluran Astro channel 702.. Hallmarks ke ape ke namanye. terus teman touching!

Masa scene seorang ibu yang kehilangan anak perempuannya didalam kesibukan bandar Bangkok..
Last-last anak dia jadi hamba seks mamat omputih gemok! kena seludup masuk dalam kontena! disuntik ubat tidur.. Allahuakbar!

Betapa seksanya dia.. Betapa hebatnya network penjenayah-penjenayah ni..
Hinggakan melibatkan Polis Antarabangsa..
Sadis.. kejam.. hampir-hampir teman mengalirkan airmata!

Ada yang terpedaya dengan agensi model.. hinggakan ayahnya sendiri terpaksa menjadi ahli kumpulan penjenayah tersebut untuk mencari anak perempuannya!

Ada ibu yang berjaya diselamatkan, namun akhirnya mati dibunuh dihadapan polis sendiri!

Hmmm.. moga Allah jauhkan kita semua.. dan selamatkan yang sedang menjadi mangsa..
dan musnahkan manusia-manusia binatang ini!

sunsnake 05072010

Denda sehingga RM1 juta jika perdagangkan orang
Jul 5, 10 3:32pm

Sesiapa yang mendapat keuntungan daripada kegiatan mengeksploitasi orang yang diperdagangkan akan dikenakan denda tidak kurang daripada RM500,000 sehingga RM1 juta berdasarkan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 yang dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Perkara itu terkandung dalam Fasal 10 yang menaikkan denda bagi kesalahan itu yang sebelum ini menetapkan denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM500,000 mengikut Akta Antipemerdagangan Orang 2007. Rang undang-undang itu yang dibentangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop, untuk bacaan kali pertama, juga menetapkan bahawa segala keuntungan yang diperoleh daripada kesalahan itu oleh pesalah yang disabitkan juga boleh dilucuthakkan.

Rang undang-undang yang mempunyai 26 Fasal itu turut memasukkan bahagian baru iaitu Bahagian IIIA, ke dalam Akta 670 untuk menangani masalah yang timbul berkenaan dengan penyeludupan migran. Seksyen-seksyen di dalam bahagian itu secara khusus menjadikan eksploitasi migran dan penjanaan keuntungan haram daripada pemerolehan kemasukan atau penetapan migran itu dengan menyalahi undang-undang sebagai suatu kesalahan.

Berita penuh

0 comments: