|    Minggu lepas, Menteri Kewangan secara rasminya memberi  lesen judi bola
 
 kepada Kumpulan BERJAYA meskipun mendapat bantahan  daripada pelbagai pihak.
  Tindakan ini dilihat sebagai melampau  dan mencabul kehormataan rakyat apabila kerajaan Bodoh Nyanyuk tidak  mempunyai niat langsung untuk berbincang dengan rakyat berkenaan  pemberiaan lesen judi bola sebelum dilaksanakan di negara kita. Perkara  ini turut tidak dibawa berbincang di Parlimen.
  Yang lebih  memeritkan hati, lesen ini dihadiahkan kepada satu syarikat tidak aktif,  Ascot Sports yang 70% sahamnya dimiliki Tan Sri Vincent Tan, yang juga  merupakan pemegang saham terbesar di Berjaya Corp.
  Timbalan  Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak  mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan  pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak  berkuasa.
  Selain itu Awang Adek juga berkata, jika lesen itu  dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya  boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.
  Itulah  kenyataan daripada Timbalan Menteri Kewangan kita yang sanggup menjadi  kambing hitam dalam menjaga imej Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak yang juga Menteri Kewangan untuk mengumumkan berita buruk ini  kepada rakyat.
  Ulasan pemberian lesen judi
  Cuma ada beberapa soalan yang ana ingin bertanya: –
  Dengan  pemberian lesen-lesen perjudian nombor 4 ekor selama ini, mengapa  perjudian haram dan bookie nombor 4 ekor haram masih wujud secara  berleluasa di dalam negara kita? Bukan itu saja, dengan kasino Genting  yang begitu besar, mengapa masih wujud premis-premis perjudian haram  sekitar Malaysia? Bukankah ini menunjukkan bahawa pemberian lesen  perjudian yang diwar-warkan sebagai penawar kepada perjudian haram  ternyata bodoh dan meleset sama sekali?
  Walaupun kerajaan  berkata, perjudian bola sepak hanyalah untuk rakyat bukan Muslim sahaja,  tapi adakah mereka terfikir, apakah jaminan yang penjaga-penjaga  kaunter di premis perjudian mengenal bangsa, agama dan umur ketika  menjual tiket perjudian? Sudah tentu tidak, lihatlah selama ini, adakah  semua kedai nombor 4 ekor langsung menjalankan pemeriksaan kad  pengenalan sebelum menjual tiket perjudian kepada para pembeli?
  Perjudian  ialah satu masalah sosial
  Hakikatnya, masalah judi  ialah satu masalah sosial yang tidak mengenal bangsa dan agama. Semua  golongan rakyat akan terjebak di dalam kancah sosial ini jika kerajaan  yang memerintah memberikan lampu hijau untuk terus menggalakkan aktiviti  judi. Untuk mengatakan bahawa judi ini adalah sebahagian daripada cara  hidup orang bukan Islam hanyalah satu logik yang tidak benar. Tiada  agama di dunia ini menggalakkan judi, sepertimana agama Islam.
  Ke  mana hilangnya tanggungjawab sosial yang seharusnya dipikul kerajaan  yang memerintah supaya rakyatnya mengikut amalan kehidupan yang betul?  Adakah kerajaan terfikir berapa ramaikah orang miskin yang akan berjudi  bola kali ini untuk mencuba nasib dalam menggunakan nasib tuah dalam  misi menukar nasib kehidupan mereka yang sentiasa dalam kesusahan?
  Adakah  kerajaan terfikir berapa ramaikah mahasiswa negara kita yang menggilai  acara Piala Dunia akan mula berjudi secara halal kali ini di  premis-premis perjudian bola yang halal?
  Adakah kerajaan telah  memikirkan langkah-langkah untuk mencegah orang yang sudah mengalami  masalah bankrap dan kredit yang lemah daripada terjebak dalam judi bola  supaya tidak meningkatkan masalah sosial negara sebelum pemberian lesen  ini?
  Adakah satu badan nasional ditubuhkan untuk menjalankan  kempen pendidikan bagi menyedarkan rakyat tentang keburukan berjudi  sebelum lesen judi bola ini dikeluarkan?
  Adakah satu institusi  baru akan ditubuhkan untuk menyembuhkan mereka yang terjebak dalam  masalah perjudian kronik kesan daripada perjudian bola ini?
  Tidak.  Semuanya tidak pernah ditimbangkan. Yang hanya dalam otak  pemimpin-pemimpin kerajaan ialah soal berapa banyak keuntungan yang  bakal diterima kerajaan melalui cukai judi bola.
  Soal  tanggungjawab sosial langsung tidak dipedulikan dan inilah maksud  sebenar rakyat didahulukan dalam konsep 1Malaysia apabila kerajaan ingin  mencari sumber kewangan yang lain bagi menampung janji-janji  pilihanraya yang berbentuk rasuah.
  Apakah mesej yang hendakkan  disampaikan oleh kerajaan kepada rakyat dengan pemberian lesen judi bola  ini? Hanya kerajaan yang gila duit dan kuasa sahaja sanggup  menggalakkan rakyatnya untuk terus berjudi secara halal dengan  meluluskan lesen judi bola tanpa sebarang langkah untuk mendidik  rakyatnya supaya tidak terjebak dalam segala bentuk perjudian.
  Bila  lagi rakyat nak sedar bahawa kehidupan mereka akan bertambah tenat di  bawah pimpinan kerajaan Bodoh Nyanyuk?
  Sampai bila rakyat sanggup  dibodohkan?
   | 
0 comments:
Post a Comment