Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 1, 2009

Daulat Tuanku! Tengok-tengoklah rakyat sikit..

Semoga Tuanku segera sembuh dan pulang ke Tanahair..
Raja Adil raja disembah..
InsyaAllah, Sultan Mizan ini akan jadi wira membela rakyat daripada kezaliman UMNO suatu hari nanti.. Amin!

sunsnake 01.12.2009

Tuanku Mizan selamat jalani pembedahan lutut di Jerman

KUALA LUMPUR 30 Nov. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin hari ini selamat menjalani pembedahan lutut di Pusat Perubatan Klinikum Rects Der Isar, Der Technischen Universitat Munchen, Munich, Jerman.

Istana Negara dalam kenyataan memberitahu, Seri Paduka kini dilaporkan sedang menjalani proses pemulihan di pusat perubatan tersebut dan dijangka dibenarkan keluar dalam waktu terdekat ini.

Pembedahan tersebut dilakukan oleh sekumpulan pakar perubatan pusat perubatan itu yang diketuai Prof. Andreas B. Imhoff.

"Tuanku Mizan dijangka berangkat kembali ke tanah air pada 12 Disember ini," kata kenyataan itu.

Sepanjang rawatan tersebut, Seri Paduka ditemani Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah serta dua anakanda.

Tuanku Mizan turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia atas doa serta ingatan tulus ikhlas sepanjang menjalani rawatan di pusat perubatan tersebut.

sumber- melayau

0 comments: