Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Tuesday, December 1, 2009

"Benda' macam ni pun leh jadi rahsia?



hek eleh..
Ape mende la ni..
'Rakyat Didahulukan'?? Ape mendenyerr??
Apa yang rahsia sangat kes tanah runtuh ni?
Bapak pemimpin-pemimpin UMNO ke yang kena timpa dek tanah tu?
Bukan rakyat?
Yang takut sangat rakyat tahu apa sebab tanah runtuh tu apasal?

Inilah cara UMNO memerintah sejak dulu,kini dan mungkin selama-lamanya
kalau puak dia memerintah..
Kalau rakyat yang kena tanggung! haaa. rahsiakan!
Kalau kerajaan yang kena tanggung! haaa. bagitau seantero dunia!
Nak tunjuk yang Kerajaan Malaysia ni banyak tanggungan..

Contoh kalau kerajaan kena tanggung subsidi minyak..
haaa.. bagitau semua orang betapa 'seksa'nya kerajaan kena tanggung subsidi..

Contoh kalau Kerajaan 'berjanji" dengan konsesi Lebuhraya,,
Opppss!! Ini kena OSA kan!!
Rakyat tak berhak tahu apa yang di'janji'kan konsesi kepada kerajaan pusat!
Rakyat cuma WAJIB BAYAR TOL aje!
tak bayar kena saman!!!

chait!! Kucin pun buleh memerintah kalau macam ni!!
sunsnake 01.12.2009

Pendedahan Laporan Bukit Antarabangsa di internet

01/12/2009 3:00pm

RAWANG 1 Dis. - Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor akan mendapatkan pandangan penasihat undang-undang sama ada perlu atau tidak membuat laporan polis berikutan pendedahan di Internet laporan sulit siasatan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa baru-baru ini.

Katanya, beliau dimaklumkan laporan siasatan tersebut telah disiarkan oleh beberapa laman web dan beliau mempersoalkan mengenai perkara ini berlaku.

"Laporan ni masa siap di tangan kita (kementerian) tak pernah pun masuk dalam laman web, tak pernah pun keluar, tapi bila laporan tu kita lulus sahaja di kabinet, kita setuju nak hantar pada MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya), tiba-tiba sahaja menjadi popular dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat projek naik taraf jalan Rawang ke Tasik Puteri dan projek pembaikan cerun di KM17 Jalan Selayang-Rawang di sini hari ini.

Beliau tidak mahu menuduh mana-mana pihak mengenai hal tersebut tetapi menjelaskan bahawa selama laporan tersebut di kementerian dalam masa yang agak panjang, laporan itu tidak pernah disiarkan di Internet.

Tujuan laporan itu dibuat sebenarnya adalah untuk memberitahu MPAJ tindakan-tindakan yang perlu diambil oleh mereka supaya kejadian tanah runtuh dapat dihindari pada masa akan datang, tambahnya. - Bernama

0 comments: