Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 4, 2009

'Perang' MCA - UMNO buat tak nampak?

Aduihhh!! pelik bila UMNO terutama si mat sembab TPM tuh sibuk pasal sakit 'demam air' PAS tapi nazak HIV MCA langsung tak dikesahkannya!!
Sepatutnya UMNO kena risau dek masalah dalaman MCA yang terlalu jelas semakin meruncing kerana melibatkan kepimpinan tertinggi!!
Sekejap ada presiden, kejap takde.. kejap takde Timbalan presiden.. kejap dah ada.. last-last presiden takde, timbalan presiden pun takde! ape ke he nye yeob??

Sepening-pening PAS pun (kalaulah boleh dikatakan pening) takde le sampai hilang jawatan presiden atau timbalannya...
InsyAllah segala yang keruh akan jernih-sejernihnya tak lama lagi..
malahan lebih jernih daripada yang dok ada la ni!
sunsnake 4.11.2009

Jawatan Soi Lek kekal

KUALA LUMPUR 3 Nov. - MCA semakin bergolak apabila Jawatankuasa Pusat (CC) MCA memutuskan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek memegang semula jawatan Timbalan Presiden manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai kembali kepada jawatan asalnya sebagai Naib Presiden.

Tiong Lai yang memegang jawatan No. 2 itu selama 19 hari sejak 15 Oktober lalu bagaimanapun akan mencabar keputusan ROS dan CC kerana berpendapat ia tidak mematuhi perlembagaan parti.

Keputusan mesyuarat itu diumumkan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat berikutan pengesahan ROS dalam sepucuk surat yang diserahkan kepada MCA hari ini.

ROS mengiystiharkan bahawa Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut berdasarkan kepada keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa MCA pada 10 Oktober lepas.

''ROS memutuskan bahawa memandangkan keahlian Soi Lek telah dikembalikan semula melalui EGM, maka, jawatan sebagai Timbalan Presiden juga dikembalikan semula.

''Keputusan ini dibuat melalui proses pengundian di dalam CC di mana majoriti bersetuju supaya Soi Lek memegang semula jawatan Timbalan Presiden manakala Tiong Lai sebagai Naib Presiden," katanya.

Beliau juga mengumumkan, sebagai menghargai pengalaman Timbalan Presiden itu, mesyuarat turut melantik Soi Lek sebagai ketua pasukan bertindak mengenai Bajet 2010.

Mesyuarat CC di ibu pejabat parti di Wisma MCA itu turut dihadiri Soi Lek, Tiong Lai dan semua anggota CC.

Soi Lek dipecat dari MCA dan jawatan Timbalan Presiden pada 26 Ogos lepas tetapi mesyuarat CC MCA pada 29 Ogos membuat keputusan hanya menggantung keahlian Soi Lek. Bagaimanapun dalam EGM pada 10 Oktober perwakilan mengembalikan semula keahlian Timbalan Presiden parti itu.

Tee Keat juga mengumumkan bahawa mesyuarat juga menarik balik cadangan untuk mengadakan EGM bagi menentukan sama ada pemilihan baru parti patut diadakan.

Katanya, EGM yang telah dicadangkan oleh 16 anggota CC yang dibuat pada 29 Oktober lepas pula didapati tidak mematuhi perlembagaan parti dan Biro Undang-Undang akan meneliti semula cadangan mesyuarat agung tersebut.

''Mesyuarat berpendapat bahawa tidak ada faedahnya untuk mengadakan EGM baru dan ia juga akan menghakis sumber-sumber di dalam parti. Oleh itu adalah lebih baik untuk tidak mengadakan mesyuarat tersebut," katanya.

Mengenai pemecatan empat anggota CC yang dilantik iaitu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung; Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Yoo Wei How; Gan Hong Su dan Chai Kim Sen, Presiden MCA itu menegaskan bahawa mereka tidak dipecat sebaliknya digantikan dengan anggota baru.

Katanya, pelantikan keempat-empat anggota CC itu telah setahun dan mesyuarat menilai semula peranan mereka serta merasakan tidak menepati kehendak yang diharapkan oleh parti, sebab itu mereka diganti.

''Tiga orang anggota CC baru yang dilantik menggantikan mereka ialah Datuk Donald Lim, Chua Tee Yong dan Datuk Tan Ching Meng manakala pelantikan Setiausaha Penganjur Kebangsaan akan diumumkan kemudian,'' katanya.

Ditanya mengapa tindakan untuk menggantikan keempat-empat anggota CC baru itu dibuat pada masa ini, Tee Keat menegaskan ia perlu diputuskan oleh CC.

''Memandangkan mesyuarat diadakan hari ini maka ia adalah landasan yang sesuai untuk menentukan keanggotaan mereka,'' katanya.

Disoal adakah tindakan ini kerana mereka menandatangani surat untuk diadakan EGM bagi mengadakan pemilihan parti yang baru, beliau menegaskan ia tidak ada kaitan.

Sementara itu Soi Lek ketika ditemui memberitahu, beliau selama ini sentiasa berada di pihak yang betul dan masih lagi Timbalan Presiden parti yang sah berdasarkan kepada perlembagaan parti.

Katanya, kalau EGM mengembalikan keahliannya maka ia juga diikuti dengan pengembalian jawatan sebagai Timbalan Presiden.

''Pendirian saya masih seperti dulu dan merasakan seperti orang terkenal, sentiasa dikejar oleh wartawan," katanya.


ROS isytihar tiada kekosongan jawatan No.2 MCA

PUTRAJAYA 3 Nov. - Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengesahkan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek masih Timbalan Presiden MCA. Pendaftarnya, Datuk Md. Alias Kalil berkata, tidak berlaku kekosongan bagi jawatan tersebut.

Katanya, ini kerana, keputusan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) MCA pada 10 Oktober lalu tidak memenuhi keperluan dua pertiga majoriti supaya beliau dilucutkan jawatan seperti yang diperuntukkan.

Beliau berkata, surat mengesahkan kedudukan Soi Lek itu dihantar kepada MCA hari ini.

''Bagaimanapun terpulang kepada MCA untuk menerima pandangan ROS, ini kerana ROS hanya boleh beri pendapat sahaja.

''Sama ada MCA ingin mengadakan EGM yang baru atau tidak, itu bukan bidang kuasa ROS," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Soi Lek petang ini mengesahkan telah menerima surat daripada ROS berhubung kedudukannya sebagai Timbalan Presiden MCA yang sah.


Tee Keat pecat empat anggota CC MCA


Empat ahli jawatankuasa pusat MCA yang dipecat (dari kanan) Yoo Wei How, Chor Chee Heung, Chai Kim Sen dan Gan Hong Su di Wisma MCA, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Nov. - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat hari ini memecat empat anggota Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu yang dilantik termasuk seorang ahli yang memegang jawatan timbalan menteri.

Mereka yang dipecat ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung; Setiausaha Penganjur Kebangsaan, Yoo Wei How; Gan Hong Su dan Chai Kim Sen.

Chee Heung dalam sidang akhbar bersama tiga lagi bekas ahli CC itu memberitahu, pemecatan mereka merupakan usaha Tee Keat menyingkirkan individu dalam parti yang tidak sehaluan dengan beliau ke arah mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden MCA.

''Mungkin pemecatan ini tindakan membalas dendam terhadap kami sebagai antara 16 ahli CC yang membuat tuntutan rasmi Khamis lalu memohon pemilihan baru parti diadakan," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini.

Anggota CC terbabit dimaklumkan mengenai pemecatan itu oleh setiausaha politik Tee Keat kira-kira 10.30 pagi ini ketika mereka dalam perjalanan untuk menghadiri mesyuarat CC di Wisma MCA.

Mereka telah diberitahu bahawa keanggotaan mereka di dalam CC digantikan dengan tiga anggota CC baru.

Chee Heung berkata, mereka terkejut dengan pemecatan itu terutama apabila ia dimaklumkan ketika MCA mengadakan mesyuarat CC penting ini bagi mencari penyelesaian terbaik untuk menamatkan kemelut dalaman parti.

''Presiden mungkin ada alasan untuk berbuat demikian, namun kenapa dilakukan ketika beliau sedang mengusahakan pelan perpaduan untuk pucuk pimpinan parti,'' katanya.

Menurutnya, mereka tidak dimaklumkan mengenai alasan pemecatan itu dan menganggap tindakan ini hanya mencetuskan masalah baru dalam parti.

Beliau juga berpendapat cara terbaik menyelesaikan krisis dalaman MCA pada masa ini adalah dengan mengadakan pemilihan baru parti, sekali gus memulihkan imej parti.

Mengenai kemungkinan pemecatannya akan menjejaskan kedudukannya sebagai Timbalan Menteri, Chee Heung menjelaskan, persoalan itu tidak timbul pada masa ini memandangkan pelantikan barisan Kabinet dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

''Tee Keat berhak memecat saya sebagai anggota CC atas kapasiti Presiden MCA, namun pelantikan atau pelucutan jawatan timbalan menteri adalah hak Perdana Menteri.

''Perdana Menteri (baru-baru ini) telah meminta semua pihak tidak mempersoalkan perkara itu,'' katanya.

Menurutnya, keempat-empat mereka tidak akan mengemukakan rayuan terhadap tindakan pemecatan tersebut kerana tiada sebab untuk mereka berbuat demikian.


Tiong Lai mahu cabar keputusan ROS

KUALA LUMPUR 3 Nov. – Datuk Seri Liow Tiong Lai akan mencabar di mahkamah keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengembalikan jawatan Timbalan Presiden MCA kepada Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

Bekas Timbalan Presiden MCA itu berkata, campur tangan ROS dalam urusan parti itu tidak sah kerana berdasarkan perlembagaan parti, sebarang keputusan yang dicapai dalam mesyuarat agung luar biasa (EGM) adalah muktamad.

Katanya, ini bermakna keputusan EGM parti pada 10 Oktober lalu tidak boleh dipersoal, dicabar atau disemak semula di mahkamah.

‘‘ Mengikut perlembagaan parti, mahkamah juga tidak boleh mempertikaikan keputusan yang dibuat dalam EGM parti apatah lagi ROS.

‘‘Saya akan menggunakan hak saya untuk mencabar keputusan itu kerana pelantikan saya sebagai timbalan presiden adalah sah selepas EGM meluluskan resolusi untuk tidak mengembalikan jawatan itu kepada Soi Lek,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) di Wisma MCA di sini hari ini.

0 comments: