Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 20, 2010

Wakil Tokey Cukong si Nong Chik sudah goyang!!!


Siapa yang lantik mamat ni jadi menteri? Najib?
Jadi mamat ni bukan wakil rakyat tapi wakil najib!
Siapa tahu rakyat Parlimen mana pilih dia ke Parlimen nih?
Parlimen Hulu Selangor? bukann..
'Ustaz' Kamal menang tapi yang pergi Parlimen si Palanivel!!
Bodoh punya pengundi BN Hulu Selangor!

Inilah bukti betapa Khairy Jamalludin dimalukan dek Najib!
'Sampah' macam ni pun leh jadi Menteri!
dia yang ribuan pengundi POS di Rembau bagi undi pun tak jadi Menteri!
wakakakaka!

Apa barang kamu nak jadi menteri yang bukan dipilih oleh rakyat?
Owhh!! Inilah dia salah sorang 'sampah-sarap' yang YB Salahuddin Ayib bagitau hari tu kot?
Ye laa!! Betul laa!!
Patut mulut bau longkang!

Semua tak muktamad.. hari tu kata Kerajaan ada hak.. rakyat takde hak..
La ni dah kata rakyat takde hak, kerajaan pun takde hak!!
Habis?? siapa yang ada hak?? Tokey Cina?

Aduyai.. apsal la bangsa melayu leh kena tipu dengan 'sampah' macam ni...

sunsnake 20062010

Kg Baru: Pusat ingatkan MB Selangor jangan ganggu

June 20, 2010

Raja Nong Chik: 'Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur.' - Gambar oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 20 Jun — Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin mengingatkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim agar tidak mengganggu pelan pembangunan semula Kampung Baru diusahakan kerajaan pusat.

Raja Nong Chik mendakwa Khalid tidak pernah menunjukkan sebarang minat terhadap usaha pembangunan semula kawasan tersebut ketika menerajui syarikat pengurusan dana PNB.

“Saya terkejut apabila mendengar Menteri Selangor Khalid Ibrahim mahu menemui penduduk Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik pada majlis pelancaran cawangan Perkasa Lembah Pantai di sini petang ini.

Oleh itu, Raja Nong Chik menasihatkan Khalid agar memberi tumpuan untuk menyelesaikan masalah-masalah di Selangor.

Malah kata beliau, minat secara tiba-tiba Khalid terhadap nasib Kampung Baru boleh menyebabkan PKR kemerosotan populariti di kalangan masyarakat Melayu.

“Hari ini PKR tidak menikmati sokongan orang Melayu, beliau berpura-pura berminat terhadap Kampung Baru,” kata Raja Nong Chik.

“Tiada sebab lain, tetapi hanya mahu menjejaskan perpaduan di kalangan orang Melayu di Kuala Lumpur,” katanya lagi.

Bagaimanapun Raja Nong Chik menolak dakwaan Khalid berhubung kuasa Menteri Besar terhadap aspek pembangunan Kampung Baru.

“Beliau bercakap pasal soal sejarah. Jika anda mahu bercakap tentang sejarah, Selangor seharusnya masih berada di bawah kawalan Melaka,” katanya lagi.

Tiada lagi "Hidup Melayu'?


Wakakaka!
UMNO nak tukar slogan 'Hidup Melayu" kepada "Melayu Cemerlang" ???
wakakakak!

Macam tak best je slogan "Melayu Cemerlang" nih!
macam kurengggg je?

tapi ye la.. teman ni kan musuh UMNO..
so sekadar bagi pendapat je laa..

Pendapat Ikhlas teman..
tak payah la tukar.. bior le "Hidup Melayu' tu..
"Melayu cemerlang" buruk benor la bunyinye
tak kena langsung dengan apa yang melayu capai la ni..

Kaum paling banyak mat pit dan lepak SERENTI..
Kaum paling banyak produce anak haram
Kaum paling banyak lahirkan Mat Rempit
Kaum paling banyak lahirkan artis Mentor, AF macam-macam lagi!
Kaum paling banyak ... paling banyak... paling banyak..

Tak taulah kalau pada UMNO itulah maksud sebenar 'Melayu Cemerlang" tu..

errr.. Hidup Melayu!
sunsnake 20062010

Umno dicadang tukar slogan
Jun 20, 10 5:13pm

Slogan Umno 'Hidup Melayu' dicadang diubah kepada 'Melayu Cemerlang' agar relevan dengan suasana dan perkembangan negara masakini. Ketua Umno Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh berkata dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai untuk menggerakkan orang Melayu supaya mampu bersaing dengan bangsa-bangsa lain yang kini lebih ke hadapan. "Slogan Hidup Melayu lebih menjurus kepada membina asas perjuangan dan kekuatan bangsa Melayu di era sebelum dan selepas kemerdekaan negara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kepimpinan Wanita Dalam Organisasi di Bangunan Umno Bahagian Besut di Jerteh, hari ini, lapor Bernama.
Berita Penuh

Nak dedah, dedah je la AMK oii!!


Ni satu lagi perangei tak semenggah!
Selalu kita dok kutuk UMNO kuat mengugut!
Ni pun lebih kurang la ni!!

Nak dedah, dedahkan aje! Tak payah nak bagi amaran-amaran!
Tak payah nak kecoh-kecoh ada rahsia besar!
Last-last lagi 5-6 orang wakil rakyat PKR melompat katak!
Habuk pun tarak dengan amaran dedah nih!

Aduyaiii!!
sunsnake 20062010

Oleh Nazar Hashim

BUKIT MERTAJAM 20 Jun - Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang, Amir Ghazali membidas kenyataan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Hashim yang menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pembohong.

Menurut Amir AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri setelah melihat tindakan Zahrain yang disifatkan sebagai keterlaluan dan melampaui batas.

"Siapa Zahrain ini sebenarnya yang begitu celupar mulutnya untuk berkata sesuatu mengikut citarasa hatinya sahaja. Kami AMK Pulau Pinang tidak akan berdiam diri. Kami akan membongkar siapa beliau sebenarnya dalam masa terdekat ini.

"Beliau jangan cuba hendak menjadi ayam sabung Umno, melalak tidak tentu haluan. Siapa yang menjadi lanun sebenarnya di Pulau Pinang sebelum ini akan kami bongkar kepada rakyat.

"Kita akan bongkar dan dedah kepada masyarakat siapa Zahrain sebelum ini.Kita akan perjelas kedudukan, fakta dan segala kemungkaran yang telah dilakukan semasa beliau menerajui dan menganggotai beberapa portfolio dan agensi negeri sebelum ini," kata Amir pada pertemuan membantah lesen judi sukan bola sepak di Perda baru hari ini.

Beliau juga menyelar ahli parlimen Bebas itu yang hanya berani untuk berkokok selepas tidak menganggotai KEADILAN lagi.

"Kenapa sebelum ini membisu seribu bahasa? Kenapa setelah tidak mendapat apa yang diingini maka berkokok sebagai ayam sabung siang dan malam? Kita tunggu dan lihat bagaimana pendedahan dan pembongkaran yang akan dilakukan oleh AMK Pulau Pinang bagi menyedarkan rakyat sikap sebenar ayam sabung Umno ini, " ujar beliau lagi.

sumber - loveperak

Piala Dunia -Budak Universiti pun jadi bodoh!


macam ni pun leh jadi!
Tu budak-budak Universiti tuh!
Kalau level-level mat rempit tak tau la jadi cemane...

Pandai lagi mat-mat bangla kat tempat keje teman..
Kalau kena suruh buat keje padahal time tu dia sedang rehat layan bola pun tak mengamuk!
Terus je gi buat keje tu sambil bercakap bahasa dia yang teman tak paham!
wakakakaka!
sunsnake 20062010

Piala Dunia: Universiti di Bangladesh ditutup pelajar merusuh
Jun 20, 10 4:40pm

Sebuah universiti terkemuka Bangladesh tertutup Ahad lalu selepas lima orang cedera dalam rusuhan mahasiswa yang menuntut masa bagi menonton bola sepak Piala Dunia, kata polis. Pelajar yang membawa kayu mengamuk di Universiti Kejuruteraan dan Teknologi di ibukota Dhaka pada hari Sabtu, menuntut tempoh penggal pengajian dipendekkan bagi membolehkan mereka menonton perlawanan Piala Dunia, kata ketua polisi tempatan, Rezaul Karim. "Para siswa baru mahu kampus ditutup supaya mereka dapat menyaksikan Piala Dunia Tetapi beberapa mahasiswa senior yang menghadapi peperiksaan, tidak mahu - maka berlaku beberapa pergaduhan," katanya. "Pihak universiti mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan untuk menutup segera (kampus)," katanya, sambil menambah ia ditutup seminggu lebih awal daripada tempoh akhir penggal pada 26 Jun. Selama Piala Dunia 2006, puluhan mahasiswa cedera dalam pergaduhan di universiti yang sama.

Berita Penuh

ED & Heart Attack? Sila Pilih!



Adusss!! Kalau kome diberi pilihan nak kena ED(Mati pucuk) atau Heart Attack(Sakit jantung) agak-agak mana yang terpaksa dipilih ye? Ha! ha! ha!

Rasanya ada lelaki yang rela kena heart attack daripada ED.. maklumlah kejantanan..
Tapi apalah maknanya hidup kalau dah kena sentiasa berjaga-jaga saja.. Tak ED pun leceh jugak sebab ada heart attack!

Takde Heart Attack pun tiada maknanya jadi jantan kalau ED! adusss!!

hahahaha!

kesimpulannya.. dua-dua tak nak wehh!! Minta Allah SWT jauhkan!!
sunsnake 20062010

Mati pucuk petanda serangan sakit jantung

Jun 20, 10
3:43pm

Mati pucuk (ED) merupakan petanda akan berlakunya serangan sakit jantung, kata Dr Ramesh Singh Veerah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), ketika membentangkan kertas kerjanya di Kongres Dunia Saintifik Kardiologi di Beijing, China. Tujuh daripada 10 lelaki yang dirawat di PPUM kerana serangan sakit jantung menghadapi masalah ED, kata Dr Ramesh (kanan). Masalah ED itu dikesan enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke hospital berkenaan, tambahnya. Dalam kertas kerjanya itu, Dr Ramesh berkata kajian selama setahun itu dijalankan tahun lalu di PPUM, melibatkan 111 lelaki yang aktif seks, yang dirawat kerana serangan sakit jantung. Kajian ini menunjukkan 75.7 peratus mengalami ED. Selain itu, 24.7 peratus daripada 81 lelaki tidak aktif seks yang tidak dimasukkan dalam kajian tersebut, turut dilaporkan mengalami ED lebih enam bulan sebelum pemeriksaan dijalankan.

Berita Penuh

Tanggungjawab Kerajaan jadi Tanggungjawab KWSP!


Menjelang umur pencen apa lagi la yang tinggal pada rakyat Malaysia terutamanya pekerja Swasta macam teman nih! Teman bukan ada pencen.. Jauh sekali EPF yang berjuta-juta!

Dengan gaji sekarang ni dan kenaikan gaji tahunan yang ciput, teman rasa total EPF teman umur 55 tahun nanti (lagi 25 tahun!) ada paling-paling banyak pun RM200K lebih! huh.. kompom kena keje jaga! (kalau panjang umur laaa..)

Rasanya, patut tanggungjawab untuk membantu rakyat dalam hal kesihatan dan rawatan adalah tanggungjawab sosial kerajaan Malaysia. Sekarang ni boleh kata pakar-pakar semua dok kat Hospital Swasta, mana la mampu golongan macam kami ni nak ke sana. Outpatient pun dah kena 2-3 ratus! aduyai!

La ni kalau bagi guna duit EPF pun, kesannya sama gak! Hasilnya nanti wang kami dalam epf bila bersara sok susut jugak! Nak kena keje jaga jugak!!!
sunsnake 20062010

Kajian selaras skim '1 Care' dengan KWSP
Jun 20, 10 2:35pm

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji langkah menyelaras skim pembiayaan kesihatannya "1 Care for 1Malaysia" yang dicadangkan, dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru-baru ini membenarkan pengeluaran untuk lebih banyak jenis penyakit kritikal. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Kementerian Kesihatan sudah mengadakan sesi taklimat dengan KWSP mengenai skim itu dan beberapa rundingan lagi akan diadakan. "Sebaik saja dilaksanakan, usaha KWSP untuk menyediakan pembiayaan bagi perkhidmatan kesihatan juga dijangka akan diselaras dengan dasar 1Care," katanya kepada Bernama. KWSP baru-baru ini mengumumkan bahawa skop pengeluaran diperluaskan bagi penyakit-penyakit kritikal dari 13 ke 36 dan juga rawatan untuk anggota keluarga di bawah umur 16 tahun bagi penyakit lelah yang berat, leukemia dan kecacatan intelektual akibat sakit dan kemalangan. Dr Mohd Ismail berkata tindakan KWSP itu adalah "satu langkah sementara yang berguna" yang memberikan orang ramai lebih banyak pilihan bagi mendapatkan rawatan khususnya di sektor swasta dan bagi meliputi lebih banyak penyakit "catastrophic".

Berita Penuh