Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 20, 2010

Tanggungjawab Kerajaan jadi Tanggungjawab KWSP!


Menjelang umur pencen apa lagi la yang tinggal pada rakyat Malaysia terutamanya pekerja Swasta macam teman nih! Teman bukan ada pencen.. Jauh sekali EPF yang berjuta-juta!

Dengan gaji sekarang ni dan kenaikan gaji tahunan yang ciput, teman rasa total EPF teman umur 55 tahun nanti (lagi 25 tahun!) ada paling-paling banyak pun RM200K lebih! huh.. kompom kena keje jaga! (kalau panjang umur laaa..)

Rasanya, patut tanggungjawab untuk membantu rakyat dalam hal kesihatan dan rawatan adalah tanggungjawab sosial kerajaan Malaysia. Sekarang ni boleh kata pakar-pakar semua dok kat Hospital Swasta, mana la mampu golongan macam kami ni nak ke sana. Outpatient pun dah kena 2-3 ratus! aduyai!

La ni kalau bagi guna duit EPF pun, kesannya sama gak! Hasilnya nanti wang kami dalam epf bila bersara sok susut jugak! Nak kena keje jaga jugak!!!
sunsnake 20062010

Kajian selaras skim '1 Care' dengan KWSP
Jun 20, 10 2:35pm

Kementerian Kesihatan sedang mengkaji langkah menyelaras skim pembiayaan kesihatannya "1 Care for 1Malaysia" yang dicadangkan, dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang baru-baru ini membenarkan pengeluaran untuk lebih banyak jenis penyakit kritikal. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata Kementerian Kesihatan sudah mengadakan sesi taklimat dengan KWSP mengenai skim itu dan beberapa rundingan lagi akan diadakan. "Sebaik saja dilaksanakan, usaha KWSP untuk menyediakan pembiayaan bagi perkhidmatan kesihatan juga dijangka akan diselaras dengan dasar 1Care," katanya kepada Bernama. KWSP baru-baru ini mengumumkan bahawa skop pengeluaran diperluaskan bagi penyakit-penyakit kritikal dari 13 ke 36 dan juga rawatan untuk anggota keluarga di bawah umur 16 tahun bagi penyakit lelah yang berat, leukemia dan kecacatan intelektual akibat sakit dan kemalangan. Dr Mohd Ismail berkata tindakan KWSP itu adalah "satu langkah sementara yang berguna" yang memberikan orang ramai lebih banyak pilihan bagi mendapatkan rawatan khususnya di sektor swasta dan bagi meliputi lebih banyak penyakit "catastrophic".

Berita Penuh

0 comments: