Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, June 20, 2010

ED & Heart Attack? Sila Pilih!



Adusss!! Kalau kome diberi pilihan nak kena ED(Mati pucuk) atau Heart Attack(Sakit jantung) agak-agak mana yang terpaksa dipilih ye? Ha! ha! ha!

Rasanya ada lelaki yang rela kena heart attack daripada ED.. maklumlah kejantanan..
Tapi apalah maknanya hidup kalau dah kena sentiasa berjaga-jaga saja.. Tak ED pun leceh jugak sebab ada heart attack!

Takde Heart Attack pun tiada maknanya jadi jantan kalau ED! adusss!!

hahahaha!

kesimpulannya.. dua-dua tak nak wehh!! Minta Allah SWT jauhkan!!
sunsnake 20062010

Mati pucuk petanda serangan sakit jantung

Jun 20, 10
3:43pm

Mati pucuk (ED) merupakan petanda akan berlakunya serangan sakit jantung, kata Dr Ramesh Singh Veerah dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), ketika membentangkan kertas kerjanya di Kongres Dunia Saintifik Kardiologi di Beijing, China. Tujuh daripada 10 lelaki yang dirawat di PPUM kerana serangan sakit jantung menghadapi masalah ED, kata Dr Ramesh (kanan). Masalah ED itu dikesan enam bulan sebelum mereka dimasukkan ke hospital berkenaan, tambahnya. Dalam kertas kerjanya itu, Dr Ramesh berkata kajian selama setahun itu dijalankan tahun lalu di PPUM, melibatkan 111 lelaki yang aktif seks, yang dirawat kerana serangan sakit jantung. Kajian ini menunjukkan 75.7 peratus mengalami ED. Selain itu, 24.7 peratus daripada 81 lelaki tidak aktif seks yang tidak dimasukkan dalam kajian tersebut, turut dilaporkan mengalami ED lebih enam bulan sebelum pemeriksaan dijalankan.

Berita Penuh

0 comments: