Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, September 5, 2011

Menteri Mana Paling Kaya Di Malaysia?


hehehe..
senyum sensorang teman membaca berita ni..
Dan teman berangan kalaulah Kabinet Menteri Malaysia buat benda ni..
Macam mana agaknya muka depan akhbar-akhbar Malaysia..

Teringin pulak nak tau 'asset' Ketua Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Rosmah..
hehehehe

Kalau di India, Menteri Pertahanan paling 'miskin'..
Rasanya di Malaysia ni silap-silap Menteri Pertahanan la paling kaya!
wakakakaka!

budakbalun 05092011

PM India, 30 menteri kabinet isytihar harta

Perdana Menteri India Manmohan Singh dan kira-kira 30 menteri Kabinetnya semalam telah mengisytiharkan harta peribadi masing-masing.

Menurut laman web Pejabat Perdana Menteri, harta peribadi Manmohan (kiri, berserban) berjumlah 2.63 bilion Rupee (RM3.9 juta) termasuk wang tunai di bank, tanah dan harta (dua buah rumah dan sebuah kereta jenis Maruti 800cc).

Berdasarkan maklumat dalam laman web berkenaan, menteri Kabinet yang paling kaya ialah Menteri Pembangunan Bandar Kamal Nath, dengan nilai harta (termasuk milik keluarganya) berjumlah 263 juta Rupee (RM165 juta).

Yang paling miskin pula dalam kalangan mereka ialah Menteri Pertahanan AK Antony, yang berasal dari Kerala, dengan nilai harta 10 juta Rupee (RM666,000). - malaysiakini

Saturday, September 3, 2011

Bagaimana Mahu Ber Patriotisme?

Tengok wajah ni terus hancur lebur patriotisme teman!! wakakaka!


Suatu ketika dahulu.. sewaktu teman menyaksikan 'live' di RTM sambutan kepulangan wira-wira Everest Malaysia Mahendran dan Mohanadass.. terasa meremang bulu roma dan bulu kaki.. seingat teman masa tu umur dalam 12 tahun... begitu bersemangat diwaktu itu apabila melihat betapa meriah dan hebatnya sambutan yang diberikan! teman amat mengagumi Gunung Everest, tambahan pula diwaktu itu teman bersekolah di kampung yang agak jauh daripada kemajuan. Buku-buku di perpustakaan agak lusuh dan tak 'up-to-date'. Internet jauh sekali la zaman tuh! Di TV sahajalah tempat nak melihat bagaimana rupanya gunung Everest yang paling tinggi didunia tuh!! penuh dengan salji! dengan ribut! dengan batu-batuan kasar dan halus! pehh!!

Tanpa teman sedari dek kerana begitu bersemangat dan berbangga atas nama Malaysia, mengalir air mata teman semasa dihadapan TV tersebut... bukan setakat mengalir malahan tersengguk-sengguk! begitulah bersemangatnya 'patriotisme' teman diwaktu itu... Walaupun yang berjaya itu berbangsa India, namun teman tak peduli!! Inilah kejayaan Malaysia!!!

Tak lama selepas itu.. teman layan cerita Bukit Kepong lakonan Jins Shamsuddin dan rakan-rakannya.. Hampir-hampir teman memejamkan mata apabila melihat satu demi satu anggota Polis ditembak mati oleh pengganas komunis!! Dan sekali lagi teman mengalirkan airmata hingga teresak-esak apabila klimaks filem tu memaparkan wajah-wajah mereka yang terkorban sebagai perwira!

Dan kini.. di tahun 2009 ini.. sekali lagi teman melayan filem Bukit Kepong.. hmmm ada sesuatu yang hilang laa.. filem tu macam tu la jugak.. namun didalam diri teman ni ada sesuatu yang hilang.. teman hanya memandang sepi apabila babak-babak kematian anggota Polis Bukit Kepong.. hinggalah ke babak Sarjan dihempap alang rumah yang terbakar!

Tidak patriotikkah teman?
Sedangkan suatu ketika dahulu teman pernah mengalirkan airmata kerana filem yang sama!!
Tidak sayangkah teman pada Malaysia?
Sedangkan teman pernah menangis kebanggaan kerana kejayaan rakyat Malaysia!!

Apakah sebenarnya yang hilang??
Mengapa patriotisme telah hilang?
Siapakah penyebab patriotisme hilang?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa memerah keringat sepenuh-penuhnya semata-mata untuk membayar 'kadar bunga' pinjaman kereta Bank malaysia yang tinggi nak mampus!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa menanggung hutang pinjaman pelajaran yang ada faedah??

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar harga bunga yang terlalu gila babi tingginya untuk pinjaman rumah?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar harga yang tinggi apabila mengisi minyak di tangki motor dan kereta sedangkan negara ini punya minyak sendiri???

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar kadar tol di lebuhraya yang amat tinggi dan banyak pula pondoknya!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa berjimat hingga ke tahap mengawal penggunaan beras dek kerana harga beras yang dah nak sama macam harga emas!!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar yuran persekolahan anak yang darjah satu mencecah RM200 lebih!!! bayangkan kalau teman ada 5 orang anak?? Sekolah rendah dan menengah!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa mengeluarkan hingga RM2.50 hanya untuk setin sardin kecil?? bukan cap ayam pun??

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar cukai pintu,cukai tanah, cukai jalan, cukai pendapatan dan macam-macam lagi cukai tetapi masih kena bayar harga minyak yang tinggi?

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar premium Insurans kenderaan sedangkan tak eksiden langsung tahun sebelumnya selepas terpaksa membayar cukai jalan!!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa membayar bil perkhidmatan internet yang mahal tapi kelajuan yang amat hampeh!

Bagaimanakah teman mahu masih lagi berpatriotisme apabila terpaksa memejamkan mata melihat segala hasil mahsul negara ini diagih-agihkan sesama ahli UMNO dan BN sedangkan rakyat digula-gulakan dengan PATRIOTISME!!!

"gi jahanam la UMNO'

p/s: tulisan lama teman di blog PAS Zon Bukit Beruntung
budakbalun 03092011

Mat Sabu - Fenomena Syawal 1432H!

Woi! yang ni lagi bahaya daripada komunis la zaman nehh!


Memang gempaq la Abang Mat kita ni..
Sebenarnya teman secara peribadi tidak terkejut langsung apabila timbul isu ni..
Teman rasa sejak teman mula mengenali Abang Mat pun teman dah banyak kali dengar ucapannya yang menyatakan Sejarah Bukit Kepong perlu diperjelaskan..
Bukan sekadar menjadikan Filem Jins Shamsuddin sebagai punca utama sejarah peristiwa tersebut!

Yang hairannya..
Mengapa baru sekarang UMNO nak kecoh?
Mengapa di tahun 2011 ni baru nak timbulkan ucapan tersebut?
Walhal takkanlah SB-SB polis upahan UMNO tak pernah buat laporan dalam ucapan-ucapan Abang Mat sebelum ini?
hmmm.. kalau macam tu UMNO kena double check balik 'kesetiaan' SB-SB neh..

Yakinlah..
Isu ini sengaja di'spin' untuk menutup isu pengundi hantu dan kehancuran kredibiliti SPR dan JPN dalam kes senarai pemilih..
So? nak kena menari ikut gendang UMNO ni ke?
budakbalun 03092011

Pas mahu tulis semula sejarah negara?

KUALA LUMPUR 2 Sept. - Jika sebelum ini isu Bukit Kepong hanya berkisar kepada kenyataan peribadi Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau Mat Sabu tetapi ia seolah-olah menjadi pendirian rasmi parti itu menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya (PKM).

Ia jelas apabila beberapa pemimpin tertinggi parti itu termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempertahankan kenyataan Mat Sabu.

Terbaru, Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Abu Bakar Chik cuba menidakkan fakta bahawa Mohammad Indera adalah anggota komunis yang bertanggungjawab membunuh 25 anak bangsa sendiri dalam tragedi itu apabila mendakwa pengganas tersebut adalah guru agama.

Abu Bakar menuduh UMNO yang melabelkan Mohammad Indera sebagai komunis sedangkan mengikut fakta 'guru agama' itu memang menyokong dan menjadi ahli komunis sehingga diangkat mengetuai Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM).-melayau


Friday, August 26, 2011

Jumping Smash Buat Saifool?

Hayat UMNO di ponggong Saifool?


Hmm..
teman sebenor-benornye dah tak nak nulih pasal kes Saifool ni..
Tapi tergelak pulak dengor hujah Pakar dari Australia neh!

Rasanya kalau pasal ayor mani@sperma ni.. kekawan kat sini pun terrer ye dak?
Takat nak tau berapa lama ayor mani ni boleh bertahan dalam keadaan cair dan bila dia leh mengering!

hahahhaa.. kalau dah sampai tahap 100 jam lebih ayor mani leh bertahan..
memang kompom la si saifool ni ada lobang ponggong yang bersuhu paras takat beku!
hahahhaa..

ada freezer ke kat bawah tu wehhh!!!
budakbalun 26082011

Pakar bingung calitan dubur Saiful masih baik

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald. Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (kanan) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 . -berita penuh

Akhirnya Karam Singh Walia Insaf

Silalah buat Loji ini dihalaman rumah saya!


hebat penangan UMNO nih..
Seganas-ganas Karam Singh Walia yang pernah dinobatkan sebagai 'hero' alam sekitar pun akhirnya tumpas!

Selalunya si Karam ni, secawan racun rumpai dibuang ke sungai pun dia dah buat liputan siap berpantun seloka bagi!
La ni.. nak bukak kilang beradiasi pun dia berpantun jugak! tapi sokong!

mungkin sebab kena pukul dengan PEKIDAK hari tu kot??

hmm..
maaflah.. teman tak berapa pandai fizik ni..
maklumlah masa SPM dulu dapat 7 aje gred paper Fizik..
Ngam-ngam je lulus..

mohon pencerahan siapa yang terrer!
budakbalun 26082011

MP tuntut TV3, Karam Singh Walia mohon maaf

Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut permohonan maaf dari TV3, wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan. Peguam Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA Kuantan Datuk Ti Lian Ker. Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah (kiri) mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk memburukkan" Fuziah. Beliau yang juga naib presiden PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang telah disahkan oleh peguamnya. - berita penuh

Wednesday, August 24, 2011

'Mercun Tepek' Kampung Balun...


Di penghujung Ramadhan sebegini..
Pastinya memoriku akan pulang ke pangkuan Kampung Balun yang ku sayangi..
Tiada tempat yang paling menarik didalam hidupku melainkan disinilah..
Menyambut malam 7 likur atau 'malam 27' bak kata Allahyarhamah Opahcik Busu ku..
Sangat indah dan menyeronokkan dikala itu...

beberapa minggu sebelumnya lagi aku dan bapa saudara yang sebaya denganku..
'Pakcu ayoi' akan ke hutan mencari kayu untuk panjut@pelita..
Kiriman pastinya oleh opah dan opah-opah saudaraku..
Tidak lumayan upahnya hanya 20sen sebatang tetapi itu cukup bagi kami untuk membeli mercun 'tepek' dan bunga api besi CAT!

Usai berbuka puasa..
susunan pelita akan diisi dengan minyak tanah yang dibeli dan di'gumba' di kedai runcit 'Wan De'ri" di seberang jalan sana..
Kedai itulah yang berjasa kepada penduduk Kg Balun sekian lama!
7 Eleven Kg balun boleh diberi gelarannya..
Tengah malam? ketuk sahaja pintu itu..
Ironinya.. walaupun Opah Wan De'ri itu telah lama meninggal..
masih lagi aku memanggil-manggil nama itu sewaktu aku pulang dahulu..
hmmm...

Penuh.. liuk lentok api pelita sumbu yang dinyalakan dihalaman rumah opah..
Di sebelah kanan hingga ke hujungnya rumah Opanyah...
Di sebelah kiri rumah opahcik Duriah..
Dihadapannya rumah opahcik Ja..
Disebelahnya pulak rumah opahku sebelah emak..
seolah-olah Dataran Merdeka suasana disimbahi lampu-lampu pelita..

Terkenang daku dengan Allahyarham Abang Amat,
diwaktu itu menyusun kulit kelapa tua di 2 batang tiang besi..
dan dibakar..
Entah apa motifnya? yang pasti asapnya bukan main!

400 meter dari situ..
2 khalid sedang 'berperang'!
Khalid Hitam dan Khalid Putih!
ironinya.... mereka tinggal berjiran hadapan!

Dengan diketuai oleh Ujang anak Khalid Putih..
menyusun lampu pelita ibarat jambatan Pulau Pinang lagaknya..
rendah..rendah.. makin tinggi..makin tinggi.. dan rendah semula..
itulah susunannya..
Dan Pali Khalid Hitam pula menyusun tiang-tiang pelita memenuhi lamannya..
Sememangnya di kawasan rumah merekalah..
kami budak-budak Balun berkumpul dan membahagikan kumpulan untuk 'keok-keok!"

Ya Allah!
Indahnya kenangan itu..
Mahu sahaja ku bayar seberapa mahal pun harganya untuk kembali ke saat itu!
Solat Taraweh?
ahhh.. mercun tepek yang telah dirungkai memenuhi segenap poket seluar dan baju laaa..
Mana kan mampu ianya menghala ke masjid Balun??

budakbalun 25082011