hebat penangan UMNO nih..
Seganas-ganas Karam Singh Walia yang pernah dinobatkan sebagai 'hero' alam sekitar pun akhirnya tumpas!
Selalunya si Karam ni, secawan racun rumpai dibuang ke sungai pun dia dah buat liputan siap berpantun seloka bagi!
La ni.. nak bukak kilang beradiasi pun dia berpantun jugak! tapi sokong!
mungkin sebab kena pukul dengan PEKIDAK hari tu kot??
hmm..
maaflah.. teman tak berapa pandai fizik ni..
maklumlah masa SPM dulu dapat 7 aje gred paper Fizik..
Ngam-ngam je lulus..
mohon pencerahan siapa yang terrer!
budakbalun 26082011
MP tuntut TV3, Karam Singh Walia mohon maaf
Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Saleh menuntut permohonan maaf dari TV3,  wartawannya dan seorang ahli politik yang didakwa memburukkannya dalam  siaran berita berhubung pusat pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced  Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan.  Peguam  Fuziah menghantar tiga notis tuntutan itu semalam dengan menamakan  wartawan alam sekitar Karam Singh Walia dan TV3 sebagai responden  pertama dan kedua, sementara dua lagi surat dialamatkan kepada Ketua MCA  Kuantan Datuk Ti Lian Ker.   Dalam surat yang dialamatkan kepada Karam dan TV3, Fuziah (kiri)  mahu penarikan balik dibuat terhadap beberapa siri siaran berita itu  yang disiarkan antara 28 Jun dan 30 Jun serta pada 24 Ogos lalu, yang  mana beliau mendakwa ia "tidak benar dan kandungannya dilihat untuk  memburukkan" Fuziah.  Beliau yang juga naib presiden  PKR menuntut Tv3 agar tidak berterusan menyiarkan siaran berita itu pada  masa akan datang dan membuat permohonan maaf berdasarkan syarat yang  telah disahkan oleh peguamnya. - berita penuh

0 comments:
Post a Comment