Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Saturday, March 6, 2010

MP tak keluar parti, tapi parti dah nak terbarai!


Pelik..
Takde dengar cerita langsung ada Ahli PArlimen @ Adun MCA keluar parti..
Tapi mai buat Mesyuarat Agung Pemuda.. Tak cukup korum!!

Seteruk-teruk PKR lahh.. takde la sampai tak cukup korum!
Malahan sekarang ni.. kalau ada aktiviti PKR peringkat negeri @ pusat..
bukan main bersemangat lagi diaorang!

hmmm.. nyatalah..
tinggal UMNO sahaja yang masih bernafas serak-serak basah dalam BN nie..
yang lain dah ghuyyuuupppp!!

Wallahua'lam
sunsnake 06032010

Kehadiran lesu, AGM Pemuda MCA ditangguhkan
Mac 6, 10
10:34am
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Pemuda MCA kali ke-46 ditangguhkan sebentar tadi berikutan jumlah perwakilan yang hadir tidak mencukupi untuk membolehkan perhimpunan dijalankan.
Timbalan Ketua Pemuda, Datuk Dr Mah Hang Soon mengumumkan keputusa itu jam 10.45 pagi ini, iaitu 15 minit selepas pendaftaran delegasi ditutup.

“Saya sedih (dengan ketidakhadiran ini) kerana selepas semua persiapan, kita gagal bermesyuarat yang merupakan gelanggang terbaik bagi delegasi membincangkan perkara penting yang melanda negara."

Mah yang tiba pada jam 10 pagi bersama timbalan setiausaha agung, Loh Chew June cuba menyelamatkan AGM itu dengan mengumpulkan perwakilan tetapi hanya berjaya mendapatkan 87 orang.

berita penuh

Akhirnya.. ter'pecat' juaaa Zul Nordin


Akhirnya...
Setelah berusaha untuk memastikan dirinya dipecat..
Zul Nordin dipecat jua..

Selamat jalan YB..
Selamat Jalan Rambo!
sunsnake 06032010

PKR pecat Zulklifi Noordin

Mac 6, 10
5:08pm
Ahli parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin dipecat daripada PKR hari ini. Perkara tersebut diumumkan Setiausaha Agungnya Saifuddi Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya petang ini. Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali, Naib Presiden Mustaffa Kamil Ayub, Ketua Penerangan Latheefa Koya dan Pengarah Strategik Tian Cua turut hadir. Bagaimanapun, ketua umummnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan presiden parti Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak turut serta dalam sidang media tersebut. Sehubungan itu, Zulklifi juga diminta mengosongkan kerusi parlimen Kulim-Bandar Bharu yang dimenanginya pada pilihan raya umum 2008. Bagaimanpun Zulklifi dibenarkan membuat rayuan dalam tempoh 14 hari berhubung pemecatan itu. Dua hari lalu, Zulkifli dihadapkan ke lembaga jawatankuasa dispilin PKR tetapi bertindak keluar selang sejam kemudian. 'Kesalahan berulang-ulang' Beliau dihadapkan ke jawatankuasa itu bagi memberi penjelasan berhubung bidasannya terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad. Zulklifi mendakwa panel yang sepatut menentukan masa depannya hari ini sepatutnya dianggotai oleh orang Islam kerana ia membabitkan penggunaan isu kalimah Allah dan agama Islam. Dakwaannya itu bagaimanapun ditolak dan menurut setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution, kes Zulklifi tidak kena mengena dengan isu kalimah Allah. Dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat PKR selama kira-kira 3 jam setengah, Saifudin menjelaskan, keputusan terhadap Zulkifli dibuat secara sebulat suara selepas mempertimbangkan pelbagai aspek, termasuk kesan "kesalahan yang berulang-ulang" yang dilakukannya dan kesannya terhadap parti. Saifuddin berkata, surat bagi memaklumkan keputusan tersebut akan dimaklum kepada Zulkifli pada Isnin ini melalui pelbagai surat, faks dan e-mel. Menurut Saifuddin, Zulkifli disabitkan bersalah kerana membuat laporan polis terhadap wakil rakyat PAS Khalid Samad dan ekoran kenyataannya yang dibuat dalam sebuah wawancara di TV3 sebelum ini, antarnaya berbentuk serangan terhadap dasar dan pendirian parti serta kemampuan Pakatan Rakyat. Kulim diselia Gobalakhrisnan Saifuddin berkata, selepas tempoh rayuan tamat, sekiranya rayuannya ditolak, PKR akan mendesak ahli parlimen kontroversi itu mengosongkan kerusi parlimen kawasan tersebut kerana kemenangannya sebelum ini diperoleh atas tiket PKR. Ditanya tindakan PKR sekiranya Zulkifli enggan berbuat demikian, Saifuddin hanya berkata, beliau yakin, sebagai ahli parlimen yang bertanggungjawab dan faham nilai integriti dan kewibawaan, beliau akan akur pada desakan tersebut. Sementara itu, katanya, PKR juga menugaskan pemimpinanya menjaga kebajikan kawasan di mana wakil rakyat mereka berpaling tadah. Beliau menambah, wakil rakyat Padang Serai N Gobalakhrisnan selepas ini akan ditugaskan menjaga kawasan Kulim-Bandar Baharu. Awar di Nibong Tebal, Yusmadi Yusoff (Balik Pulau) ditugaskan di Bayan Baru dan Dr Lee Boon Chye (Gopeng) di Bagan Serai. Sementara Zulkifli ketika dihubungi Malaysiakini sejurus selepas keputusan tersebut diumumkan enggan mengulas lanjut kerana bercadang mengadakan sidang media khas mengenai perkara itu lewat petang ini.

Friday, March 5, 2010

Harap tin, tin makan biskut!


Dagangan seks: Sami di Delhi kumpul RM200 juta dalam 10 tahun

NEW DELHI, 4 Mac — Seorang sami yang mendalangi kegiatan pelacuran bernilai jutaan dolar, memperoleh hampir dua lakh rupees (RM18,000) sehari daripada perniagaan itu yang beroperasi dari premis kuilnya, kata polis.

Sami yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan itu mendalangi kegiatan seks itu, dengan mengambil kebanyakannya pelajar remaja dan bekas pramugari, dilaporkan memperoleh kira-kira RM200 juta sejak 10 tahun lepas.

Polis Delhi terus berusaha mendapatkan fakta-fakta nyata selepas suspek berumur 39 tahun itu ditahan di sebuah pusat bandar di selatan Delhi Jumaat lepas semasa sedang berurusan dengan polis yang menyamar sebagai pelanggan.

Polis menjumpai diari yang mengandungi rekod-rekod pelanggan kaya dan nama-nama 500 wanita yang terlibat di dalam kegiatan itu.

“Dia menggunakan gadis-gadis yang mahu mendapatkan wang dengan mudah. Kami jumpa diari yang mengandungi lebih daripada 100 gadis di sebuah kuil di selatan Delhi,” kata timbalan pesuruhjaya polis (selatan Delhi) H.G.S. Dhalowal kepada media.

Suspek itu, yang mempunyai pengikut yang besar di seluruh India termasuk birokrat ternama dan ahli politik terkenal India, dikatakan memilih kehidupan sebagai sami selepas dibebaskan dari penjara atas kesalahan menjalankan sindiket pelacuran dan rumah urut pada 1998. — Bernama

Apakah tonsil dan kaitannya dengan teman!





Sah! buat kali yang ke mungkin ke 20 sah!
Anak sulong teman nak kena buat operation buang tonsil..

Aduhhh.. rasa tak sanggup nak izinkan tapi nak wat camne?
Sejak kecik dia memang asyik demam..
sebelum dia umur 5 tahun.. tiap-tiap bulan demam!
Bila gi klinik 'tonsil' lah jadi puncanya...

InsyaAllah, teman akan bawak dia gi Hospital dalam masa terdekat ni..
Plan nak bawak Kak Long ni gi Hospital swasta..
Gi Hospital Kerajaan.. silap-silap kena tunggu lagi 4-5 bulan!

Lagipun Datoknya kata dia tolong bayarkan.... ehehehe
Alhamdulillah! Terima Kasih tok! ehhhh Ayah!

sunsnake 05032010

"The tonsil are mass of tissue located on the either side of the throat , just behind the tongue. There are three pairs of tonsil, palatine and lingual. The largest pair is of palatine tonsils. They produce antibodies that help prevent or fight infection in the digestive and respiratory systems. This pairs usually becomes smaller as a person grows older. The pharygengeal tonsils or adenoids are at the mouth near the opening of the nasal cavity. The lingual tonsils are at the base of the tongue.

The tonsil are, in fact, the part of the lymphatic system and produce special white blood cells called lymphocytes to help fight infection. They are covered with thin layers of connective tissue and mucus membrane. This membrane has numerous pits. When certain harmful bacteria reach the throat through our mouth or nose, they are trapped in these pits. The white blood cells surround the bacteria and destroy them. Thus tonsils are the first defense mechanism of the body.

Sometimes the bacteria become active inside the tonsil tissue and may cause inflammation of the whole tonsil. This inflammation is called 'tonsillitis'. Due to this, both palatine tonsil get enlarged. They also become red and sore. When the infection is severe, the pus starts coming out of them. It may spread to heart, lung and kidneys. This infection occurs suddenly and usually goes away in four to five days. Such infection is very common among the children. It is more common in the winter than in summer. If this infection is frequent and is not cured by medicines, one should undergo operation to remove the diseased tonsils. "


Pemuda UMNO ni berani ke?



Ada bran ke budak-budak UMNO ni?
sunsnake 05032010

Umno dipelawa hadiri debat Melayu terpinggir
Mac 4, 10
12:47pm
Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang hari ini menjemput Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak sebagai tetamu kehormat dalam debat perdana berhubung dakwaan Melayu terpinggir di negeri itu. Turut dijemput Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan ketua penerangannya Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican.
Surat tersebut antaranya memaklumkan tempat debat bertajuk 'Melayu Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' pada 7 Mac ini di tapak ekspo, Seberang Jaya, pada jam 8.45 malam. Surat kepada pemimpin Pemuda Umno diserahkan oleh Ketua Penerangan Pemuda PKR Pulau Pinang, Rizal Hamid melalui seorang pegawai di pejabat pergerakan tersebut di Bangunan PWTC Kuala Lumpur kira-kira jam 11.30 pagi ini. Sementara surat kepada Najib diserahkan di pejabat setiasusaha agung Umno melalui seorang pegawainya kira-kira jam 11.45 pagi. Turut mengiringinya ahli Majis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin dan 10 orang penyokongnya yang datang daripada Pulau Pinang. Dalam sidang media selepas itu, Barul Hisham berharap mendapat maklum balas dari ketiga-tiga tokoh Umno itu kerana segala persiapan telah dibuat, termasuk mendapat kerjasama mendapat daripada kerajaan negeri. Harap Pemuda Umno, NGO 'pertahankan intelektual' Tambahnya, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa pemimpin utama negeri sendiri telah menyatakan persetujuannya untuk hadir. Badrul Hisham juga berkata debat antara Pakatan dan Pemuda Umno Pulau Pinang, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) akan diteruskan walaupun pihak terbabit hanya menghantar wakil. "
Bagi Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat sebagai pendokong kerajaan Pakatan di Pulau Pinang, kita hendak cari penyelesaian. Kalau tuduhan meraka itu benar, kita juga mahu membetulkan kerajaaan negeri. "Kami pelawa (mereka) dengan baik. Ayuh kita berbincang untuk membina Pulau Pinang dengan baik untuk kepentingan rakyat," katanya. Menurutnya, sekretariat itu masih lagi menaruh harapan sekurang-kurangnya tiga organisasi tersebut "mempertahankan intelektual gerakan mereka dan bercakap dengan fakta".

berita penuh

Untungnya jadi 'katak'

Macam ni punya gelak! Kompom la dapat permit!


Nak tak puas hati macam mana bro Shamsul??
Dah memang dijangka dan diduga..
Golongan katak-katak ni kompom UMNO suka..

Manusia bodoh-bodoh alang macam Ibrahim Ali ni..
sesuai benar jadi pencuci najis Najib..
Oppsss.. bukan Najib.. Anak-anak Najib!

Logik kee.. Ikut Islam kee.. hal no. 2..
Janji Hidup Melayu!!!
sunsnake 05032010

AMK: Permit 'Suara Perkasa' kelulusan terpilih
Mac 4, 10
5:30pm
Tindakan kerajaan memberikan permit akhbar kepada Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) merupakan satu tindakan terpilih yang membelakangkan undang-undang, kata ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin.
Katanya, PKR sendiri terpaksa menunggu sehingga sembilan tahun sebelum diberikan permit untuk menerbitkan akhbar mereka 'Suara Keadilan'. "Tapi PERKASA dalam tempoh setahun lebih sudah boleh mendapat permit," katanya ketika diminta mengulas satu laporan mengenai kelulusan kepada pertubuhan itu untuk menerbitkan 'Suara Perkasa'.
Pertubuhan yang diterajui oleh ahli parlimen Pasir MAS, Datuk Ibrahim Ali itu sering mendapat liputan media berhubung kenyataannya membela hak orang Melayu dan Islam. Namun Shamsul Iskandar berpendapat, kelulusan yang diberikan kepada PERKASA itu memberi gambaran yang negatif ke atas kesungguhan kerajaan dalam menjamin kebebasan media di negara ini.
sumber - malaysiakini