Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, November 11, 2009

UMNO..UMNO.. Beg Sireh pun dio Sossaahhh!!!

Itulah dia!
Dulu bila MB Khalid sedekah lembu korban, terus kecoh dari mana dapat duit beli lembu!
Walhal, lembu tu buat korban dan bukan Khalid makan pun dagingnya!
Untuk orang ramai jemaah masjid-masjid tu..

La ni bila ada orang nak taja Tuan Guru Nik Aziz gi haji
pun ada yang persoal gakk!!
Pergi Haji maaa!!
Bukan gi Paris makan malam dengan Altantuya!
Bukan pergi Washington, minum-minum dengan agen Yahudi!
Bukan pergi naik kapal mewah atas jemputan anak raja arab!

Yang kes VK Lingam tu hakim siap gi oversea lagikk!!

Yang nyata.. Rosmah jumpa kotak?
Dia gi bercuti mewah tu kenapa tak tanya lak siapa taja?
Jemputan Putera Arab? atas alasan apa dia nak jemput?
siapa yang bayar kos dia 'bercuti' sekeluarga kat sana tu?

Kalau setakat Tuan Guru Nik Aziz nak pergi haji,
beratus ribu orang-orang PAS Malaysia ni sanggup tanggung la..
InsyaAllah..
tak payah la nak politikkan isu ni..
Tapi tu lahhh.. UMNO.. siapa yang tak kenal?
Beg sireh pun UMNO sosahhh!!

sunsnake@budakbalun 11.11.2009


PAS pertahan tajaan haji Nik Aziz
Jimadie Shah Othman
Nov 11, 09
1:12pm

PAS Kelantan mempertahankan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menerima tajaan mengerjakan haji pada minggu depan kerana menganggapnya sebahagian amalan dan budaya di negeri itu.

"(Penajaan) itu biasa di sini. Tok-tok guru pondok, tok-tok imam kebanyakannya ditaja untuk mengerjakan haji.

"Itu sebahagian daripada cara kita (penduduk Kelantan) meraikan orang agama," kata setiausaha PAS negeri, Mohd Zaki Ibrahim.

Beliau diminta mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.

Nik Abdul Aziz juga dilaporkan menerima tajaan itu kerana beranggapan ia bukanlah amalan rasuah kerana pihak penaja tidak meminta sebarang ganjaran balas.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mohd Zaki menolak tanggapan bahawa tindakan Nik Abdul Aziz, sebagai seorang menteri besar, boleh menimbulkan tohmahan.

"Memang dia seorang menteri besar, tetapi dia juga seorang ahli agama," katanya.

Mohd Zaki juga tidak terkejut sekiranya terdapat pihak yang mahu menjadikan tajaan terhadap mursyidul am PAS itu sebagai modal politik masing-masing.

"Biasalah, kalau orang hendak buat isu boleh," katanya.

rujuk kes Rosmah disini..

RM7 juta hargai kejujuran Rosmah
Nov 6, 09 3:55pm
Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan persatuan isteri wakil rakyat BN di setiap negeri.

Beliau berkata US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah, manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan.

Ketika menceritakan pertemuan kotak itu kepada pemberita, Rosmah berkata beliau sekeluarga sedang bercuti atas jemputan putera diraja Kuwait yang berkawan dengan anaknya, Riza Shahriz.

"Semasa sedang berkemas ketika hendak balik, saya terjumpa kotak itu dan berikannya kepada pengurus bot dan beritahunya supaya pulangkan barang berharga ini kepada tuan punya.

"Saya kata jangan usik, jangan buat apa-apa. Pastikan ia dalam keadaan baik dan beri kepada Putera Saud Al-Saud," katanya.

Menurutnya, dua minggu selepas itu baginda mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana memulangkan kotak itu yang tercicir semasa sedang bercuti dalam bot yang sama.

"Putera itu kata nak berikan hadiah dan saya kata hadiah terbaik adalah untuk kesejahteraan rakyat Malaysia," kata Rosmah.

Selepas menerima cek ganjaran itu, beliau berbincang dengan Datuk Seri Najib Razak yang meminta beliau menguruskan wang itu secepat mungkin dan diagihkan kepada pihak yang memerlukan.

"Saya juga meminta pegawai dari Pejabat Perdana Menteri untuk ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia supaya sumbangan ini bersih dan tiada pihak yang memutarbelitkan fakta," kata Rosmah.

Kotak yang ditemui itu dipercayai mengandungi beberapa keping cek. BERNAMA

Monday, November 9, 2009

Allo Bro Zul, Apa cerita ni?


Salam,
Allo bro zul, apa cite nih?
dah ada aura-aura macam nak jadi katak je?
ke dah teruk sangat terasa macam diketepikan dek DS Anwar?
Ke PAS tak nak terima lu?

Untuk pengetahuan lu,
sewaktu zaman reformasi dulu,
Lu la antara idola gua!
Ceramah lu yang paling best adalah yang lu kata
"Perkara pertama yang kita akan buat bila kita menang pilihanraya nanti ialah
kita kan heret mahathir!!! Kita letak dia dalam sangkar dan kita heret dia satu KL!!!"
Serius, memang teman sanggup mati la bro waktu tu kalau lu cakap kita gi serang Mahathir!!

Pentas PAS waktu tu, kalau sebut nama lu yang ceramah KOMPOM!
Full punya! yang best tuh bila lu nyanyi lagu UMNO versi lu..
Pergghh!! Memang kelakar siot! Penuh sinis kat UMNO weh!

Dan lagi pengalaman best gua bila lu datang Bukit Beruntung ceramah dengan Dr. hassan Ali.
Rasanya dalam tahun 2004 kot..
Ceramah sempena perasmian 7 cawangan baru dalam Zon Bukit Beruntung.
masa tu gua pun dalam zaman 'jahiliyah' lagi..
malam tu gua tunggang motor dekat2 30KM semata-mata nak duduk depan sekali!
Punya la ramai orang malam tuh! bukan faktor Hassan Ali sangat tapi sebab lu bro!
Lu ingat lagi tak, lu tertepis mikrofon masa bersemangat cerita betapa sialnya Pengerusi SPR ketika itu, Tan Sri Rashid@rashit malam tuh!!
Bagaimana biadapnya Polis tambah lagi 2 jam waktu mengundi!
Bagaimaan polis bukak pagar tempat mengundi!
Bagaimana teori lu yang meramalkan BA akan menang besar 2009?

Lepas tu lu datang pulak ceramah kat kampung gua..
Kampung Berop, Tg Malim!!!
Memang best giler laaa!!
2-3 kali gak lu tersasul sebut nama Kg Berop ni!!!

Sekarang ni apahal pulak???

sunsnake@budakbalun 9.11.2009

Woit Pengarah! Apa lagi ni gi la buat tindakan undang-undang!


Salam buat Pengarah JAIS a.k.a UMNO,
Apa lagi, maklumat dari wartawan hiburan niezam ni amat jelas dan nyata!
Tak payah nak siasat teruk-teruk sangat.
Mulakan dengan minta tolong niezam nie..
Lepas tu jumpa AJK Masjid yang dimaksudkan..
lepas tu bolehlah menangkap dan menyiasat artis-artis yang berkenaan..

err... apa? tak payah?
makna kata kalau orang yang mengaku Islam masuk masjid tapi hina kesucian masjid takpe?
artis pulak tuh?? maklumlah.. anak bini pun agaknya minat kat artis-artis nie..

Ke nak tunggu arahan Khir Toyo?
Bodoh punya Pengarah....

sunsnake@budakbalun 9.11.2009

ARKIB : 08/11/2009

Buat hal di masjid

KRING KRING (KK): Assalammualaikum Niezam. Saya nak bercakap sikit boleh?

NIEZAM: Insya-Allah, boleh.

KK: Nama saya Haji Ani. Saja AJK masjid *%#@! daerah Gombak ni.

NIEZAM: Ya tuan haji! Nak bagi tahu ada artis kahwin senyap-senyap ke?

KK: Saya cuma nak Niezam tegur sikit artis-artis kita yang yang tak tahu adab ni.

NIEZAM: Apa kisahnya ni?

KK: Dalam beberapa hari lepas, ada sekumpulan pelakon dan krew datang ke masjid kami.

NIEZAM: Alhamdulillah la orang datang masjid. Artis mana tu. Bagus la.

KK: Datang masjid kalau sembahyang memang bagus. Ni tidak, datang masjid buat hal. Bagus ke macam tu?

NIEZAM: Buat hal apa pula ni haji?

KK: Itulah sebabnya saya telefon nak suruh Niezam tulis.

NIEZAM: Okeylah cuba cerita sikit kisah tu.

KK: Dalam minggu lepas artis lelaki ni dengan krew datang masjid kami. Isteri artis ni pun pelakon juga. Dia orang ada shooting di kawasan ni kot. Dalam pukul 12 tengah hari, ada krew dia masuk masjid minta kebenaran nak tumpang makan. Makanan dia orang bawa sendiri la.

NIEZAM: Haji tak bagi ke?

KK: Tak... kami bagi. Tak ada masalah nak guna masjid untuk makan.

NIEZAM: Apa yang salah?

KK: Yang salahnya bila masuk masjid, artis lelaki dan krew-krew dia tu dah la dengan rambut panjang, pakai pula seluar pendek. Tak tutup aurat. Masuk tempatl wuduk, dia orang pakai pula kasut sendiri. Kotor la kawasan tu. Sepatutnya pakai selipar yang masjid dah sediakan.

NIEZAM: Kenapa tak tegur?

KK: Salah seorang AJK masjid nasihat la dekat krew dan artis ni jangan pakai kasut kawasan tu. Dia nasihat mereka juga tutup aurat. Yang terkejutnya, AJK masjid tu pula kena kerumun dengan budak-budak krew tu. Dia orang tak puas hati kena tegur.

NIEZAM: Tak baik betul la.

KK: Dah la mula-mula kata nak tumpang makan tapi siap cas bateri kamera pula.

NIEZAM: Memang pun. Habis tu apa jadi.

KK: Bila masuk waktu Zohor, saya ingat dia orang nak sembahyang tapi semua cabut. Apa ke jenis manusia ni. Dah la tak cakap terima kasih pun. Artis ni pula kalau bercakap dalam TV bukan main lagi. Tapi diri sendiri pun tak betul.

NIEZAM: Dia orang pakai seluar pendek. Tak ada kain pelikat la kut haji nak sembahyang?

KK: Dalam masjid, kami sediakan kain. Bukan saja kain pelikat, kain kapan pun ada kalau dia orang nak?

NIEZAM: Kain kapan saya pun tak nak...!

sumber - Utusan Melayau

Sunday, November 8, 2009

PRU 13 - Nyanyian sedih untuk Pakatan Rakyat

"Sekiranya tidak ada insiden besar seperti Anuar Ibrahim dipecat dari Umno, atau berlaku penyelewengan besar dalam Umno, jumlah penyokong Pakatan Rakyat tidak akan banyak bertambah.

Pas pada keseluruhannya hanya mengadakan kempen dikalangan ahli Pas sahaja dan tidak pernah berubah. Kita sepatutnya telah lama sedar bahawa penyokong Umno tidak membaca akhbar Harakah, tidak hadir ceramah Pas, tidak faham Islam, kurang pendidikan, IQ rendah, tidak minat politik, berjiwa penakut, menghadapi masaalah hidup, sangat sedikit menggunakan internet dan kalau ada pun, tidak melawat blok politik.

Inilah hakikat penyokong Umno dan jumlah mereka adalah cukup besar. Pas seolah-olah tidak pernah berusaha dan tidak berminat untuk menarik sokongan orang Umno.

Menyedari hal ini, pada pilihan raya 2008, saya cuba menghubungi semua Perhubungan Pas Negeri termasuk Sabah dan Sarawak berpandukan email dan nombor fax dalam laman web Pas Pusat untuk memberi cadangan cara berkempen tetapi amat mengecewakan. Kebanyakan email tidak berfungsi bila menggunakan telefon dan fax, talian telefon dan fax telah ditamatkan perkhidmatan seperti contohnya Pas Kedah. Beginikah strategi Pas untuk menawan Malaysia.Kesemuanya hanya tiga negeri yang dapat dihubungi. Ada yang menggunakan fax dari rumah saya. Saya menghubungi Harakah daily tapi tiada respon, kerana mereka lebih berminat menyiarkan keburukan Umno untuk tatapan orang Pas.

Saya pernah tinggal di England pada tahun 1995 ditempat agak pendalaman iaitu di Cotton End, Bradford. Waktu itu berlaku konflik di Bosnia. Oleh kerana TV dan akhbar utama menyebelahi kerajaan, orang Islam dan aktivis hak asasi manusia menggunakan akhbar tempatan untuk Bandar Bradford yang sedikit bilangan muka suratnya, harganya murah tetapi dibeli oleh ramai orang. Hampir setiap keluaran mereka menulis dan secara terang menyatakan Perdana Menteri dan Baginda Queen terlibat dalam pembunuhan rakyat Bosnia. Akhirnya Britain yang pada mulanya menyokong, telah membantah pembunuhan rakyat Bosnia. Mereka berjaya kerana pandai memilih media untuk mempengaruhi rakyat dan pemimpin Britain.

Antara cadangan saya pada Pas ialah menyediakan risalah berbentuk subversive (perang saraf) sekadar sehelai kertas yang boleh diedar melalui masjid selepas sembahyang jumaat, diletak dalam kotak pos dirumah-rumah atau diletak pada viper kereta jika hampir dengan pilihan raya. Risalah subversive ialah berupa penerangan tentang sesuatu tetapi sebenarnya ialah kempen untuk Pas secara tak nampak. Cara ini sahaja message Pas akan sampai kepada penyokong Umno.

INGATLAH, untuk menambah sokongan, Harakah, ceramah, seminar, segala aktiviti yang berlangsung sekarang, blog politik seperti blog ini, tidak memberi guna langsung untuk menarik sokongan Umno. Seminar di KL pada hari ini hanya untuk menyelesaikan perselisihan pendapat dalam Pas dan bukan untuk menarik sokongan orang Umno atau orang atas pagar.

Selepas penamaan calon 2008, saya bercekang mata menulis contoh risalah, dan saya cuba mana-mana yang dapat saya fax atau email tapi mereka langsung tidak respon, tandanya tidak berminat atau menganggap saya hanya menyibuk atau rosak fikiran seperti Prof Aziz Bari. Tetapi hasilnya PR menang kerana ORANG BUKAN MELAYU MENGUNDI PAS dan UNDI MELAYU TIDAK BERTAMBAH. Sekarang, apakah strategi untuk mengekalkan sokongan bukan Melayu atau menambah sokongan Melayu ? Jawapannya, cara yang berkesan masih TIADA.

NYANYIKANLAH LAGU SEDIH UNTUK PAS DAN PAKATAN RAKYAT.

Dibawah ini saya sertakan contoh risalah subversive yang saya tulis.

APAKAH ITU SEKULAR.

Sekular bermula di Eropah sewaktu Eropah diperintah oleh pehak gereja(golongan agama). Oleh kerana agama Kristian telah diubah kandungannya mengikut kehendak paderi, pemerintahan gereja sangat zalim, ribuan telah dihukum bunuh, menyekat perkembangan sains dan lain-lain ilmu agar gereja terus berkuasa. Sekular direka oleh golongan pekerja untuk keluar dari pemerintahan golongan agama dimana paderi berkuasa hanya keatas hal gereja sahaja dan urusan lain seperti pemerintahan, undang-undang, perekonomian, pendidikan dan lain-lain urusan hidup adalah direka sendiri oleh manusia.

Pemerintahan Islam sepenuhnya bermula dari zaman Nabi Muhammad SAW , khulafa' Ar-Rashidin, Umawiyyah, Abbasiah hingga bangsa Tar-tar apabila beberapa cubaan memisahkan agama dari kehidupan tetapi gagal. Ratusan tahun Islam menjadi kuasa dunia dan Eropah telah berputus asa untuk mengatasinya. Sehinggalah Islam berjaya dipisahkan dari kehidupan (Islam separuh) menyebabkan orang Islam melalui keturunan mulai merempat. Selepas itu apabila setengah negara Islam dijajah dan diperintah oleh Eropah, fahaman sekular telah diperaktikkan dinegara-negara Islam sepertimana yang dilakukan keatas agama Kristian. Apabila Inggeris mula memerintah Malaya, sistem sekular ini telah diperaktikkan dan tidak diubah hingga kehari ini.

Islam adalah agama sebenar yang dijamin oleh Allah akan kekal tidak berubah hingga keakhir zaman. Jika kita berpandukan Al-quran dan sunnah dalam menentukan cara hidup adalah terjamin tiada kezaliman seperti berlaku pada agama Kristian pada zaman dahulu, bahkan akan mencapai kejayaan dan kegemilangan jika pemerintahan Islam diperaktikkan. Kalau pemerintahan Kristian tidak sesuai kerana kitab bible nya telah diubah dalam banyak bentuk, Islam pula adalah berlainan kerana tidak diubah dan sesuai untuk mana-mana zaman.

Sekular bererti kita memperaktikkan Islam dalam urusan ibadat sahaja dan urusan kehidupan yang lain adalah direka oleh manusia tanpa merujuk Al-quran. Beberapa bahagian kandungan Al-Quran contohnya seperti surah Al-Imran ayat 19(tentang akidah), surah Al-Nisa ayat 59 (tentang undang-undang perlembagaan), surah Al-Baqarah ayat 188(bidang sosial), surah Saba' ayat 15 (bidang politik) dan lain-lain surah yang diperintah Allah untuk menjalani kehidupan ini adalah ditolak oleh pemerintah.

Sekular dibina diatas dasar pemisahan agama dan negara . Undang-undang, sistem pendidikan, sistem ekonomi, direka mengikut fikiran manusia. Ini menyebabkan berlaku menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Islam adalah syariat yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya. Fikiran manusia janganlah dicuba-cuba untuk mengatasinya. Pemerintahan secara Islam tidak ada tolok bandingnya dan akan dapat diterima semua manusia termasuk yang bukan Islam dimana kehidupan akan aman, damai, maju dan disegani seperti di zaman pemerintahan Islam dahulu.

Sistem sekular (Islam separuh) akan melahirkan pemimpin yang jahil dan bodoh yang memerintah mengikut kehendak musuh-musuh Islam untuk menghapuskan kecintaan rakyat kepada Islam dan menggantikan kepada kecintaan dan semangat yang lain (kebangsaan, kebendaan,hiburan dan lain-lain.).Kejahilan dan kebodohan pemimpin sekular akan melahirkan peradaban manusia yang rosak, moral dan akhlak mereka runtuh dan juga punca segala bentuk kezaliman dan penindasan sesama manusia.

Di Malaysia, pehak pemerintah telah berusaha keras untuk mengekalkan sistem sekular. Penceramah agama hanya boleh menyentuh tajuk-tajuk tertentu sahaja. Khutbah Jumaat mesti ditapis. Usaha keras melalui TV , akhbar, Program Khidmat Negara dan lain-lain dilakukan agar ajaran agama tidak dipraktikkan dalam kehidupan dan secara halus berusaha agar golongan muda menjauhi masjid dan takut kepada Islam. Sukatan pelajaran sekolah diolah supaya sekular dikekalkan seperti mana semasa penjajah dahulu. Ilmu tentang jihad dan perkara-perkara yang membatalkan syahadah (membatalkan Islam) tidak boleh diajar atau dibincang dimana-mana tempat. Ilmu secara mendalam tentang cara menjalani kehidupan berpandukan Al-Quran dan sunnah seperti tempat orang rasuah hanya di neraka, riak, bakhil, dengki, kaedah berjiran dan lain-lain yang menyebabkan seluruh amalan kita terbatal tidak diberi keutamaan. Kita diajar tentang sembahyang, zakat, puasa, haji dan perkara yang membatalkannya sahaja.

INGATLAH ISLAM TIDAK BOLEH DITEGAKKAN TANPA MEMERINTAH NEGARA.

Sekularisma merupakan kufrun bawwahu (kekufuran yang nyata). Menerima kekufuran dan meredhainya hukumnya KUFUR dan SYIRIK yang keluar dari agama Islam.

INGATLAH DI AKHIRAT KELAK KITA BUKAN SAHAJA AKAN BERSAMA NABI KITA MUHAMMAD SAW TETAPI JUGA AKAN BERSAMA DENGAN PARA PEMIMPIN KITA SEMASA DIDUNIA. Jika pemimpin yang dilantik telah menghapuskan judi, kita yang melantiknya akan turut mendapat pahala. Jika pemimpin dilantik melakukan rasuah, kita akan ikut berdosa kerana kita yang melantiknya.

Kelantan telah memerintah secara Islam setakat mana yang tidak disekat oleh kerajaan pusat iaitu dari segi menghapus judi, arak, riba dan mempraktik pendidikan Islam di sekolah agama dan masjid-masjid, kebajikan kepada rakyat dan lain-lain. Rakyat Kelantan adalah peneraju dalam membekalkan modal Insan. Lebih kurang 40% dari seluruh pelajar IPTA dan IPTS adalah berasal dari Kelantan, selebihnya adalah kaum lain dan orang-orang Melayu dari negeri lain. Ekonomi Kelantan meningkat daripada tempat kedua terkebawah semasa pemerintahan BN kepada tempat keenam terkebawah, bermakna telah mengatasi lima negeri lain. Paras ini dijangka sedang menaik.

Sewaktu diawal penubuhan PAS, iaitu zaman Dato' Asri, sekular masih dikekalkan (memperjuangkan nasionalisma), tetapi ia berubah kearah perjuangan Islam sebenar di zaman TG Dato' Nik Aziz dan TG Dato' Hadi Awang. Adalah WAJIB semua orang Islam menyokong perjuangan Islam.Sesiapa yang menentang, menghina dan memperlekeh dalam apa jua bentuk sekalipun seperti percakapan, undi, media massa , contohnya semua yang terlibat untuk siaran TV bagi menyebarkan bahawa cara Islam akan gagal, Islam itu tidak sesuai, Islam itu `low class', memakai tudung kepala bagi perempuan tidak wajib adalah dianggap memerangi Islam yang hukumnya munafik yang bakal dicampakkan kedalam neraka tanpa hisab.

Janganlah kita berkehendakkan Islam selepas kita mati sedangkan didunia kita menolak Islam sebagai Addin. WALLAHHU`ALAM.

Contoh risalah lain:

SERTAI GERAKAN KEBANGKITAN ISLAM DISELURUH DUNIA.

Kebanyakan negara-negara Islam diseluruh dunia masih diperingkat baharu terlepas dari belenggu penjajahan barat. Kesan dari penjajahan begitu mendalam. Ideologi sekular (pemisahan agama dari kehidupan) yang disemai oleh penjajah telah terlekat secara mendalam dalam fikiran rakyat negara yang dijajah. Mereka begitu mengagungkan apa sahaja yang dibawa oleh penjajah barat. Dari segi bahasa misalnya, bagi yang dijajah oleh Inggeris akan mengagungkan bahasa Inggeris, yang dijajah Belanda akan mengagungkan bahasa Belanda dan yang dijajah Sepanyol akan mengagungkan bahasa Sepanyol. Begitu juga cara berpakaian dan lain-lain cara hidup telah dipengaruhi secara mendalam. Jika ada negara yang dijajah Arab, tentunya mereka akan berpakaian cara Arab.

Golongan yang tidak terpengaruh ialah para bijak pandai bidang Agama Islam atau disebut Ulama yang tetap berpegang teguh kepada Al-quran dan sunnah nabi walau siapa pun yang menjajah mereka. Mereka ini merupakan super hero dan bergelar pewaris nabi yang tetap berjuang walau begitu kuat ditentang oleh golongan yang telah dipengaruhi sekular barat. Golongan yang paling kuat dipengaruhi sekular barat atau boleh dipanggil celupan barat ialah PEMERINTAH setiap negara yang dijajah. Oleh itu menjadi tugas yang amat berat kepada para Ulama kerana yang menentang mereka bukannya orang biasa tetapi para pemerintah negara masing-masing. Kembali kepada Islam sepenuhnya beerti orang Islam akan mencapai kejayaan secara menyeluruh. Inilah yang ditakuti oleh barat kerana jika hal ini terjadi, Islam akan kembali menjadi kuasa dunia seperti yang berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW hingga pemerintahan bangsa Tar Tar selama ratusan tahun. Pada waktu tersebut, orang barat telah berputus asa untuk mengatasi orang Islam dalam apa-apa bidang sekali pun.

KEBANGKITAN ISLAM DI MALAYSIA.

Secara ringkasnya dikemukakan beberapa peristiwa yang terjadi untuk menjadi renungan kita bersama.Bermula pada tahun 1965 apabila sekolah menengah Melayu diujudkan, sekolah agama menghadapi zaman gelap dan ada yang ditutup kerana ketiadaan pelajar. Pakaian pelajar perempuan disekolah menengah Melayu ialah skirt paras lutut dan yang lelaki seluar pendek iaitu dari tingkatan 1 hingga 5.Mulai tahun 1973 terdapat sebilangan kecil pelajar IPTA yang memakai tutup kepala dan mereka ini digelar `dakwah' kerana jenis tutup kepala yang menyerupai pendakwah Keristian(nun) yang belum pernah mereka lihat sebelum itu.

Terdapat satu peristiwa lucu dimana satu forum diadakan di UPM Serdang , dihadiri semua pelajar dan tiga ahli forumnya termasuk timbalan Naib Cancelor yang semuanya tidak tahu Islam. Tajuknya ialah `Rasional atau tidak pemakaian tutup kepala'. Antara kata-kata Timbalan Naib Cencelor yang tidak boleh dilupakan hingga kehari ini ialah DONT TORTURE YOUR SELF (Jangan menyusahkan diri) , katanya Islam itu tidak menyusahkan tanpa merujuk kepada Al-quran dan sunnah kerana mereka langsung tak tahu. Pada waktu itu terdapat guru besar yang memecat murid perempuan di sekolahnya hanya kerana memakai tudung, jadi hal ini bukan sahaja berlaku di Turki tetapi juga di Malaysia. Suasana sekarang telah berubah, sekolah Arab aliran sains dan sekolah Tahfiz sains untuk melahirkan para profesional yang berugama, sangat mendapat sambutan di Kelantan.

KEBANGKITAN ISLAM DI LUAR MALAYSIA

Mulai awal tahun 80an terdapat pelajar Melayu yang melanjutkan pelajaran ke USA dan UK mulai memakai tudung kepala. Antara peristiwa lucu ialah ada pelajar Inggeris yang memegang tangan pelajar Melayu dan terus mencium tangannya kerana menyangka ia adalah pendakwah Keristian (Nun). Ada juga yang berani bertanya `adakah nun sekarang ini boleh memakai tudung kepala pelbagai warna. Bila diberitahu bahawa mereka adalah orang Islam, mereka berkata `rupa-rupanya masih ada lagi orang mengamalkan agama pada masa ini'. Jadi inilah yang berlaku apabila Sekularisma dipraktikkan keatas agama Keristian.

Mulai tahun 80an tiada lagi syarahan agama Keristian di gereja pada hari Ahad kerana tiada sambutan. Paderi akan merasa gembira apabila ada majlis perkahwinan atau kematian kerana pada waktu itu sahaja gereja digunakan. Oleh kerana Keristian hanya tinggal nama di barat, mereka beralih ke negara membangun dan miskin agar Keristian tidak pupus. Ini juga bakal berlaku keatas orang Islam jika agenda Sekular diteruskan.

Tahun 80an juga menyaksikan hampir setiap universiti di Amerika mengadakan forum antara agama dan sambutannya amat luar biasa kerana perasaan ingin tahu tentang agama begitu mendesak. Diantara agama utama dunia iaitu Keristian, Islam, Buddha, Hindu dan Yahudi, kesemua hasil kesimpulan daripada forum tersebut merumuskan bahawa Islam adalah agama yang benar, ia dapat menjawab semua pertanyaan daripada peserta forum. Kesudahan forum amat memalukan ahli forum daripada agama lain kerana banyak soalan tidak

Oleh: hidup_akhirat

Dakwaan palsu penulis blog!!!

Kepada yang berkenaan, baik yang menceduk/copy paste dan pastinya buat penulis fitnah tersebut.. bawak-bawak la bertaubat...
Kome ni nak bagi pelingkup ke? nak jadi Abdullah bin Ubay bin Salul?
Kelak dunia akhirat rugi besor!!!
sunsnake 8.11.2009

DAKWAAN PALSU PENULIS BLOG

Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.

Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka.

Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar, Ust Abu Bakar Chik pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan saya salah seorang EXCOnya beberapa penggal, Mahfuz Omar juga Ketua Pemuda PAS dan saya pernah menjadi Setiausahanya, bahkan sewaktu beliau menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat saya juga menjadi Setiaushanya, sewaktu Salehuddin Ayob menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Idris Ahmad Timbalannya saya pula Naib Ketua Pemudanya, yang lain-lain juga saya lebih rapat dengan mereka berbanding para penulis blog.

Begitu juga Tok Guru Mursyidul Am, saya lebih rapat dan kenali Tok Guru berbanding dengan para penulis blog tersebut. Malam selepas sidang DUN 28 Oktober, Tok Guru menghubungi saya melalui Setiausaha Politiknya untuk mengetahui apa yang berlaku dalam sidang DUN 28 Oktober, saya bercakap sendiri dengan Tok Guru dalam perbualan di telepon. Begitulah dengan yang lain-lain, setiap AJK PAS Pusat dari Datuk Presiden sehinggalah semua AJK PAS Pusat saya jauh lebih kenali mereka berbanding-banding penulis blog-blog tersebut.

Kalau saya mahu mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat, saya boleh menghubungi mereka semua. Tetapi itu kerja bodoh, tidak cerdik, buang masa dan tidak berakhlak. Apa hak saya ingin mengetahui perjalanan mesyuarat tersebut, yang penting apa keputusan mesyuarat terhadap isu tersebut, bagaimana cara mereka bermesyuarat, cara mereka berhujjah, tinggi ke rendah ke suara mereka, untuk apa saya tahu ?. Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat.

Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.

Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.

Dakwaan penulis blog adalah palsu, liar dan berniat jahat, yang sangat dikesali ada penulis-penulis blog dari PAS juga turut memuatkan cerita palsu dalam blog-blog mereka. Mereka jadi penyambung kepada penabur-penabur fitnah ini.

Ada penulis blog yang mensifatkan wakil-wakil PAS yang menyertai seminar tidak ada teluq kalau tidak berani bertanya kenyataan tersebut. Lebih baik tidak ada teluq daripada bertanya soalan bodoh seumpama itu, kalau ada teluq sekalipun nak buat apa, kalau teluqnya dibiarkan dipicit orang lain untuk mengikut sahaja apa yang orang lain kata terhadap pimpinan PAS, lalu dimasukkan dalam blognya.

Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari, penulis blog PAS mesti menulis untuk membangunkan PAS dan menjadi pelapor yang betul kepada rakyat, bukan penyambung kepada pembohongan dan fitnah. Jadilah penulis yang membangun bukan meruntuh parti.

oleh - Ustaz Misbah

Go Perak Go! Kejor Yeop Kejor!!!

Sempena dengan kekalahan Kelantan kat tangan N9 malam tadi.. sempena dengan 2-3 kerusi stadium yang dah kena bakor.. itu menandakan berakhirnya liga-liga bolasepak Malaysia musim 2009. InsyaAllah, akan bermula la musim 2010 nanti..

Harapan teman team kesayangan teman akan kembali menyinar bersama-sama player-player muda ini..

Kejor Yeob kejor!!! jangan jadi Yeob kejor yeob macam politik perak udah laaaa!!!!

sunsnake 8.11.2000

Walaupun Perak tak kemana tahun lepas, ternyata pertaruhan Perak untuk memberi ruang kepada pemain muda merupakan satu langkah yang harus mendapat pujian.

Dari aspek pembangunan setiap pemain, ini merupakan pandangan dan komen saya sendiri mengenai pemain-pemain yang saya yakin mampu beraksi lebih konsisten pada masa akan datang:








  • GK: Kamarul Affendi: - Tahun 2008, ada 2-3 game je main, tapi tahun ni lebih 15 games die main, banyak dah improve, dari segi ketenangan dan banyak kali juga menyelamatkan bola-bola wajib gol dari pihak lawan.

  • DF: Hafizuan - Pemain yang boleh dikatakan meningkat mendadak. bermain lebih 3 posisi untuk musim ini. sentiasa mendapat peluang bermain. walau pada mula agak lemah corak permainannya, namun selepas 8-9 games, dia makin improve dan pernah dapat MOM masa live RTM vs JohorFC. potensi yang sangat baik.

  • DF - Syazwan Roslan- Amik balik dari Perlis. Reliable, boleh main FB kiri dan kanan. Walaupun tidakla begitu bagus. tapi sentiasa beri komitmen yang baik dalam setiap perlawanan. perlu kekal dan diharapkan agar tingkatkan prestasi.

  • DF - Nor Hazrul - Posisi asal main tengah. Tapi diletakkan sebagai FB kiri atau kanan. free kick taker yang agak merbahaya.ttapi masih perlu banyak peningkatan secara keseluruhan. Lebih baik kekalkan jika Perak tidak berjaya menarik bakat baru yang lebih baik daripadanya.

  • DF - Fauzi Ariffin - Pada mulanya dilabel sebagai kereta kebal in making di bahagian defend.mmg aggresif, laju dan menunjukkan prestasi yang baik secara keseluruhan,ttapi selepas baik dari kecederaan panjang.jarang sekali mendapt peluang 1st team.potensi sangat baik ttapi diharapkan kembali ke prestasi asal dan masih banyak peningkatan diperlukan.

  • MF - Nazri Kamal - Kapten baru Perak. kurang berpengaruh di kalangan pemain, dan tidak popular dikalangan penyokong.seorang pemain yang sentiasa berusaha keras, membantu pertahanan dan serangan serta aggresif. mungkin itulah aspek yang menyebabkan dia dipilih sbg kapten.

  • Khalis - Kuota U-20 tahun kalau tak silap, kerap dalam 1st team, slps wan hussyien tidak konsisten. jika telah melebihi umur kuota tersebut, saya fikir posisinya agak terancam. seorang yang rajin dan laju di sebelah sayap kanan. dia perlu berusaha lebih keras dan bukan sahaja perlu meningkatkan corak hantaran tetapi perlu sentiasa menggunakan peluang ketika di hadapan gol dengan lebih baik.

  • Isma Aliff - Pemain yang keluar masuk sbg 1st team player,laju.perlu dikekalkan dan masih banyak kelemahan

  • RUK- pemain kesayangan Perak tahun ni. Perak amat bergantung harap padanya untuk menyumbat gol. Malah paper2 kat Malaysia sering melabelkan beliau penyerang sensasi Perak. Dikatakan akan setia dgn Perak. Harap2 jadi le yer. wajib kekal, klu Perak nak pergi lebih jauh pada season 2010.

    Yang lain-lain tu saya tak bape nak komen. Harap-harap Perak akan menjadi Arsenal Malaysia tahun depan. beraksi hebat dengan pemain muda yang berbakat dan matang dalam permainan.

    Sebenarnya ia satu pelaburan masa dan tenaga yang sangat berbaloi untuk tempoh akan datang.Jika diperhati sewaktu era 2004-2008 , hanya sedikit pemain muda diberi peluang.sehingga bila ramai pemain senior meninggalkan Perak musim ini, pasukan kita menjadi sangat lemah dan terpaksa bermula dengan 80% pemain baru yang tiada pengalaman bermain di MSL.

    Good Luck Perak for 2010 season.
  • sumber - yob4ever.com