Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Sunday, November 8, 2009

Dakwaan palsu penulis blog!!!

Kepada yang berkenaan, baik yang menceduk/copy paste dan pastinya buat penulis fitnah tersebut.. bawak-bawak la bertaubat...
Kome ni nak bagi pelingkup ke? nak jadi Abdullah bin Ubay bin Salul?
Kelak dunia akhirat rugi besor!!!
sunsnake 8.11.2009

DAKWAAN PALSU PENULIS BLOG

Apa yang didakwa oleh penulis-penulis blog terhadap Ust Abu Bakar Chik dalam Mesyuarat Khas PAS Pusat adalah bohong dan tidak benar. Kononnya Ust Abu Bakar Chik menyergah dan mengherdik Tok Guru dengan biadab, mengatakan Tok Guru nyanyuk, orang tua dan perlu letak jawatan sebagai Mursyidul Am.

Saya tidak mahu melayani penulis-penulis blog seumpama itu, tetapi bila ramai yang menghubungi saya akan kebenaran tersebut, saya terpaksa mencari sumber yang sebenar. Saya sendiri tidak percaya cerita-cerita tersebut, tetapi apa yang saya kesalkan penulis-penulis blog PAS turut memuatkan cerita tersebut dalam blog-blog mereka.

Saya sangat kenal dengan semua AJK PAS Pusat berbanding dengan penulis-penulis blog. Saya boleh telepon semua AJK untuk mengetahui cerita yang sebenar, Ust Abu Bakar Chik pernah menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat dan saya salah seorang EXCOnya beberapa penggal, Mahfuz Omar juga Ketua Pemuda PAS dan saya pernah menjadi Setiausahanya, bahkan sewaktu beliau menjadi Ketua Penerangan PAS Pusat saya juga menjadi Setiaushanya, sewaktu Salehuddin Ayob menjadi Ketua Pemuda PAS Pusat, Ust Idris Ahmad Timbalannya saya pula Naib Ketua Pemudanya, yang lain-lain juga saya lebih rapat dengan mereka berbanding para penulis blog.

Begitu juga Tok Guru Mursyidul Am, saya lebih rapat dan kenali Tok Guru berbanding dengan para penulis blog tersebut. Malam selepas sidang DUN 28 Oktober, Tok Guru menghubungi saya melalui Setiausaha Politiknya untuk mengetahui apa yang berlaku dalam sidang DUN 28 Oktober, saya bercakap sendiri dengan Tok Guru dalam perbualan di telepon. Begitulah dengan yang lain-lain, setiap AJK PAS Pusat dari Datuk Presiden sehinggalah semua AJK PAS Pusat saya jauh lebih kenali mereka berbanding-banding penulis blog-blog tersebut.

Kalau saya mahu mengetahui apa yang berlaku dalam mesyuarat, saya boleh menghubungi mereka semua. Tetapi itu kerja bodoh, tidak cerdik, buang masa dan tidak berakhlak. Apa hak saya ingin mengetahui perjalanan mesyuarat tersebut, yang penting apa keputusan mesyuarat terhadap isu tersebut, bagaimana cara mereka bermesyuarat, cara mereka berhujjah, tinggi ke rendah ke suara mereka, untuk apa saya tahu ?. Dan kalau pun ada di kalangan AJK yang ceritakan perjalanan mesyuarat tersebut, AJK PAS Pusat itulah yang paling tidak berdisiplin dan berakhlak dan tidak layak menjadi AJK PAS Pusat.

Walau bagaimanapun saya hubungi juga beberapa orang Jawatankuasa Harian dan AJK PAS Pusat yang sangat rapat dengan saya untuk mengetahui kebenaran dakwaan dalam blog tersebut. Ternyata semua dakwaan dalam blog tidak betul, Ust Abu Bakar Chik tidak pernah mengeluarkan kata-kata seumpama itu, tidak keluar ucapan Tok Guru Nyanyuk, orang tua, letak jawatan dan sebagainya sebagaimana yang didakwa oleh blog.

Ust Abu Bakar Chik sama macam AJK yang lain bersuara menyatakan pandangan terhadap isu-isu yang dibincangkan, beliau ada menegur Tok Guru supaya tidak menulis dalam blog bagi menyatakan pandangannya terhadap masalah dalaman parti, dan Tok Guru menerima terguran tersebut dengan hati terbuka.

Keesokan hari Tok Guru ditanya oleh wartawan di Bachok, Kelantan tentang mesyuarat khas yang diadakan, Tok Guru menyatakan kepada wartawan beliau sangat puas hati dengan perjalanan mesyuarat, Tok Guru menjawab ringkas "biasalah dalam mesyuarat, ada tegur menegur, saya ditegur, Presiden PAS juga saya tegur, Hasan Ali juga ditegur". Beliau sangat puas hati dengan perjalanan Mesyuarat Khas tersebut dan bersetuju dengan keputusan mesyuarat untuk mengadakan Seminar Memperkasakan Parti bagi menggantikan EGM yang dicadangkan.

Dakwaan penulis blog adalah palsu, liar dan berniat jahat, yang sangat dikesali ada penulis-penulis blog dari PAS juga turut memuatkan cerita palsu dalam blog-blog mereka. Mereka jadi penyambung kepada penabur-penabur fitnah ini.

Ada penulis blog yang mensifatkan wakil-wakil PAS yang menyertai seminar tidak ada teluq kalau tidak berani bertanya kenyataan tersebut. Lebih baik tidak ada teluq daripada bertanya soalan bodoh seumpama itu, kalau ada teluq sekalipun nak buat apa, kalau teluqnya dibiarkan dipicit orang lain untuk mengikut sahaja apa yang orang lain kata terhadap pimpinan PAS, lalu dimasukkan dalam blognya.

Kepada penulis blog yang mengaku ahli dan penyokong PAS, tulislah dengan jujur, jangan tulis hanya sekadar untuk mendapat hit yang tinggi setiap hari, penulis blog PAS mesti menulis untuk membangunkan PAS dan menjadi pelapor yang betul kepada rakyat, bukan penyambung kepada pembohongan dan fitnah. Jadilah penulis yang membangun bukan meruntuh parti.

oleh - Ustaz Misbah

0 comments: