Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, December 21, 2011

Fenomena Dr Hasan Ali?


Dr Hasan Ali Yang Ku Kenali

Teman antara yang sangat meminati Dr Hasan Ali ni terutama pidatonya yang sangat berkesan,ilmiah dan menarik!
Pertama kali dia berceramah di Pentas PAS yang teman ikuti ialah di Dataran Kg Berop, Tg Malim rasanya 12 tahun lalu.. Sangat bersemangat!

Dan dia tetap teman hormati dan sanjungi atas keberanian dia menolak pelawaan UMNO dan memilih untuk bersusah payah menyertai PAS yang dia tahu penuh dengan 1001 risiko!

Bukan sedikit dia 'kerugian' apabila menyertai PAS..
Dia 'kehilangan' pelbagai jenis peluang sesuai dengan tarafnya selaku pakar motivasi dan personaliti yang sangat dikenali.

Ramai yang mengenali beliau melalui rancangan Forum Perdana di RTM suatu ketika dahulu..
Nama-nama seperti Dr. Haron Din, Ustaz Ismail Kamus, Ustaz Ishak Baharom sinonim sangat dengan rancangan tersebut!

Teman juga pernah ikut rakaman forum berkenaan di padang UPSI suatu ketika dahulu!
Subhanallah! ramainya umat yang hadir macam ada ceramah PAS!

Teman melihat beberapa kelemahan yang berlaku didalam isu ini dimana pimpinan seperti Saari Sungib tidak sewajarnya membuka mulut menceritakan perihal ketidakcukupan pecalonan untuk Dr Hasan menjadi calon. Senarai pencalonan masih terlalu luas! Belum ada sesiapa pun pasti, dan tidak semestinya untuk menjadi calon, memerlukan pencalonan yang cukup! PAS mempunyai tapisan yang paling terbaik setakat ini iaitu Majlis Syura' Ulama yang pastinya mempunyai cara untuk memilih dan menilai seseorang calon tersebut.

Dalam masa yang sama, tindakan Dr Hasan Ali mengasingkan diri semenjak tidak menjadi Pesuruhjaya PAS Selangor juga adalah sangat menghairankan? Apa perlunya beliau menyepikan diri dengan tidak menghadiri sekian banyak aktiviti-aktiviti parti? Apakah uslub (cara) beliau yang sebenarnya mahu ditunjukkan?

Isu yang melanda batang tubuh beliau dan beberapa orang pimpinan ini sangat-sangat menyedihkan disaat Pakatan Rakyat berada di selekoh akhir sebelum membuat pecutan ke garisan penamat!

Teman yakin dengan kemampuan pimpinan PAS untuk menangani polemik ini. Dengan dasar Islam yang dipegang selama ini dan ketabahan disamping pengalaman berhadapan dengan masalah sebegini InsyaAllah, segalanya akan kembali tenang.

Cadangan Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melalui Ketuanya Ustaz Nasruddin agar diadakan Majlis Mahabbah sangat menarik dan sesuai dengan situasi. Itulah jalan yang terbaik kerana apabila mata bertentang mata, InsyaAllah disitu ada hidayah dan kasih sayang Allah SWT untuk dinikmati bersama!

Kocak-kocak air didalam gelas janganlah tumpah hingga mengotorkan alas meja. Sebaiknya kocakan itu ditenangkan segera untuk rakyat menikmati air keadilan dan kesaksamaan selepas berjaya menumbangkan UMNO dan Barisan Nasional kelak!
BudakBalun 21122011

Muslimat PAS turut selar Hasan Ali


Dewan Muslimat menyelar tindakan bekas naib presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali ekoran tindakannya mempersoalkan ”Negara Berkebajikan” PAS serta menuduh parti itu terkeluar daripada landasan perjuangannya.

"Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian Umno yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang Melayu," kata ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi.

"Persoalan kami, apakah nawaitu Datuk Dr Hasan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS?

"Begitu juga bila beliau ”memainkan” isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) yang umum juga tahu ini adalah strategi dan senjata Umno untuk terus mendapatkan ”sokongan hayat” dari para simpatisan dan chauvanis Melayu?" katanya dalam satu kenyataan.
-Mkini

Hasan: Mana bukti saya masuk jerat Umno?

Exco Selangor Hasan Ali hari ini mencabar setiausaha agung PAS agar mendedahkan sebarang bukti yang mengaitkannya dengan usaha melemahkan parti itu dan kini termasuk dalam "perangkap Umno."

Menyifatkan kenyataan Mustafa Ali minggu lalu itu sebagai "sombong", bekas pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata tokoh kanan PAS itu menggunakan kuasanya sebagai setiausaha agung untuk mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan dan tidak tentu arah.

Dalam sidang media di kediamannya di Kuala Lumpur, Hasan juga menggesa PAS agar mengenakan tindakan disiplin terhadap ketua penerangan PAS Selangor, Saari Sungib, yang mendedahkan beliau (Hasan) tidak cukup pencalonan untuk mempertahankan kerusinya, Gombak Setia.

8 comments:

saipul said...

xpayh ler bergaduh sesama ahli parti, bersatu dan berbincg lah secara tertutup demi kebaikan islam dan parti itu sendiri

budakbalun said...

betoi tu...
sekadar pendapat untuk renungan..

teman yakin isu ini akan berakhir dengan happy ending!

demi rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan bencikan kezaliman!

SysOp said...

Bhai BudakBalun...

Kalu lu masih ingat lagi... masa Hassan Ali nih baru ceramah kat Kg Berop Tg Malim tue... ader sorang video cameraman yang amik gambar masa tue... memang cuma ader sorang jer cameraman masa tue..

Hassan Ali ader buat lawak dalam ceramah dier mengatakan inilah pertama kali dalam sejarah dier bagi ceramah yang Cameraman takder tido masa buat recording...

Hahaha,... cameraman tue gua la bhai... hahahaha.....

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

budakbalun said...

adusss!!

kalaulah masa tu kita kenal!
terbaekk.. zaman tu dah jadi cameraman dow!

teman dok tengah2..

kamu ingat tak dalam ceramah tu Dr hasan ada minta semua tunjuk langit?
(kebetulan masa tu langit tak berawan dan bulan mengambang penuh!)..

hehehe memang terbaek!
bersemangat Allahyarham Pak Mentua teman tunjuk langit masa tuh!

Al-fatehah buatnya...

SysOp said...

Bhai BudakBalun...

Gua tak lupa... memang gua tak lupa masa tue.... iyer la.. sebelah paginyer kitorang terlibat dalam urusan melapah daging lembu...

Sebelah malam plak.. gua ngan kengkawan gua masa tue jadik Unit Amal untuk handle semua traffic dan sebagainya...

Kamera video tue masih ader lagi sampai sekarang... hahaha...

Dan tak lupa gak gua kat Ustaz Kamaruddin, Ustaz Siddiq Noor dan Ustaz Fadhil Noor yang pernah bertegor sapa ngan gua... dan pernah datang port gua beroperasi di pekan Tg Malim tue...

Masa mesyuarat agung tahunan di Markas Kg Serigala pada tahun tue.. gua ader disana... hahaha...

C++
CipanTapirTenuk.Blogspot

budakbalun said...

hmm.. siapa C++ ni sebenornye?
mungkinkah sedare-mare teman jugak??

hehehehe

SysOp said...

Bhai Budak Balun...

Hahaha... kiter semua bersaudara dalam Islam... hahaha

Hahaha.... mungkin kalu lu tau citer di Tg Malim dulu.. mesti lu tau saper gua... hahaha....

C++
CipanTapirTenuk,Blogspot

budakbalun said...

hahaha..
bro C++..

hmmmm.. makin teruja nak tau neh!

wahahahha!