Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Monday, November 21, 2011

Dari Kondo ke Makkah Al-Mukarramah?


Teman pernah terpilih untuk ditaja buat umrah bersama jemaah masjid/surau teman...
Bukan main bersyukur...
boleh kata semua kami yang terpilih bukanlah daripada golongan yang mampu pergi sendiri..
memang kalau nak harap duit sendiri.. kena tunggu lamalah skit nak kumpul modal..

Misi ni ditaja oleh seorang hamba Allah yang tidak kami kenali..
hanya wakilnya sahaja yang berurusan dengan kami..
Ada pakcik yang mengalirkan airmata kerana sangat-sangat terharu..
Berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci..
Berpeluang menziarahi Makam Junjungan Besar Muhammad SAW..
Pakcik ni hanya bekerja sebagai jaga di bank..
Anak pun ramai.. duk rumah flat...

Kami siap berkursus bagai sebagai persediaan ke sana..
Termasuk teman, siap dah buat suntikan di klinik..
Passport pun dah siap..
Orang-orang kampung pun dah tahu keberangkatan teman..
Ada sahabat yang dah siap pinjam beg pakaian kawan-kawan...

tetapi..
Sesungguhnya Allah SWT Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui..
Misi kami tertangguh selama beberapa bulan sehinggalah sekarang dah genap 2 tahun!

Hanya Allah SWT sahajalah yang tahu...
betapa frust nye hati kami..
Airmata teman ni dah berbaldi-baldi tumpah agaknya bila mengenangkan..
Tiap kali tengok siaran langsung Solat di Masjidil haram..
PASTI teman akan mengalirkan airmata..

Baru-baru ini mengiringi mak mentua teman di Kompleks Tabung haji..
Berlepas ke sana untuk Menunaikan Haji..
Remuk rendam hati teman melihat bakal-bakal haji berihram..
Menangis semahu-mahunya teman disaat berdoa selepas solat asar di surau kompleks tersebut..
Teman redha dengan ketentuanNya...
Mungkin hati teman belum cukup bersih untuk diterima sebagai tetamu Allah SWT..

Moga teman berkesempatan kesana sebelum meninggalkan dunia yang fana ini!
Berpeluang bersolat di Raudhah masjid Nabawi..
Berpeluang bertawaf di Baitullah..
Berpeluang berlari-lari anak Sai'e antara Safa dan Marwah!

Ameen!


budakbalun 21112011

PKR: Suami Shahrizat 'guna' dana NFC untuk umrah

PKR hari ini mendedahkan lebih banyak berhubung apa yang didakwa mereka sebagai penyelewengan dalam pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan kerajaan kepada projek penternakan lembu, Perbadanan Fidlot Kebangsaan.

NONEKali ini, setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata bahawa NFC memperuntukan RM31,580 bagi ketua pegawai operasinya, Datuk Mohamad Salleh Ismail dan anaknya, Wan Shahinur Izran menunaikan ibadah umrah.

Saifuddin juga mendakwa dana awam itu juga disalurkan kepada dua syarikat yang mana Mohamad Salleh mempunyai kepentingan.

Mohamad Salleh adalah suami kepada Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Menteri Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Dalam bidasan terbarunya itu, Saifuddin berkata PKR mempunyai bukti kukuh bahawa arahan untuk mengerjakan umrah pada tahun 2010 itu dikeluarkan oleh pejabat Mohamad Salleh, sendiri. - mkini

3 comments:

C++ said...

Bhai...

Ameen... Maybe ader sebab yang baik atas halangan untuk lu pergi Umrah tue... kita bersangka baik (Husnuz Dzan) jer la...

Gua pon memang teringin nak pi sana... cuma yer la... kurang konpiden skit atas simpanan yang ader.. takut terselit duit yang kurang bersih (ngular masa kerja ker).....

Moga Allah S.W.T memberikan lu dan gua peluang menunaikan Umrah dan Haji sebaiknya sebelum nyawa diangkat olehNYA.

Ameen...

budakbalun said...

Bro C++..
Sama2 kita berdoa..

Betul2.. lom cukup kelayakan untuk kesana dengan penuh keberkatan..

Kalau takat pegi sana tapi pegi tu level makan angin..

Baik xyahhhh..

huhuhuhu

C++ said...

Bhai...

Gua rasa aaa... kiter kena berniaga lembu gak aaa... baru cepat kiter boleh gi Umrah ker Haji ker... hahaha...

Cuma jangan jadi Haji Dam @ Haji Malboro udah ler..