Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, August 24, 2011

'Mercun Tepek' Kampung Balun...


Di penghujung Ramadhan sebegini..
Pastinya memoriku akan pulang ke pangkuan Kampung Balun yang ku sayangi..
Tiada tempat yang paling menarik didalam hidupku melainkan disinilah..
Menyambut malam 7 likur atau 'malam 27' bak kata Allahyarhamah Opahcik Busu ku..
Sangat indah dan menyeronokkan dikala itu...

beberapa minggu sebelumnya lagi aku dan bapa saudara yang sebaya denganku..
'Pakcu ayoi' akan ke hutan mencari kayu untuk panjut@pelita..
Kiriman pastinya oleh opah dan opah-opah saudaraku..
Tidak lumayan upahnya hanya 20sen sebatang tetapi itu cukup bagi kami untuk membeli mercun 'tepek' dan bunga api besi CAT!

Usai berbuka puasa..
susunan pelita akan diisi dengan minyak tanah yang dibeli dan di'gumba' di kedai runcit 'Wan De'ri" di seberang jalan sana..
Kedai itulah yang berjasa kepada penduduk Kg Balun sekian lama!
7 Eleven Kg balun boleh diberi gelarannya..
Tengah malam? ketuk sahaja pintu itu..
Ironinya.. walaupun Opah Wan De'ri itu telah lama meninggal..
masih lagi aku memanggil-manggil nama itu sewaktu aku pulang dahulu..
hmmm...

Penuh.. liuk lentok api pelita sumbu yang dinyalakan dihalaman rumah opah..
Di sebelah kanan hingga ke hujungnya rumah Opanyah...
Di sebelah kiri rumah opahcik Duriah..
Dihadapannya rumah opahcik Ja..
Disebelahnya pulak rumah opahku sebelah emak..
seolah-olah Dataran Merdeka suasana disimbahi lampu-lampu pelita..

Terkenang daku dengan Allahyarham Abang Amat,
diwaktu itu menyusun kulit kelapa tua di 2 batang tiang besi..
dan dibakar..
Entah apa motifnya? yang pasti asapnya bukan main!

400 meter dari situ..
2 khalid sedang 'berperang'!
Khalid Hitam dan Khalid Putih!
ironinya.... mereka tinggal berjiran hadapan!

Dengan diketuai oleh Ujang anak Khalid Putih..
menyusun lampu pelita ibarat jambatan Pulau Pinang lagaknya..
rendah..rendah.. makin tinggi..makin tinggi.. dan rendah semula..
itulah susunannya..
Dan Pali Khalid Hitam pula menyusun tiang-tiang pelita memenuhi lamannya..
Sememangnya di kawasan rumah merekalah..
kami budak-budak Balun berkumpul dan membahagikan kumpulan untuk 'keok-keok!"

Ya Allah!
Indahnya kenangan itu..
Mahu sahaja ku bayar seberapa mahal pun harganya untuk kembali ke saat itu!
Solat Taraweh?
ahhh.. mercun tepek yang telah dirungkai memenuhi segenap poket seluar dan baju laaa..
Mana kan mampu ianya menghala ke masjid Balun??

budakbalun 25082011

2 comments:

Unknown said...

http://politicalkeruingku.blogspot.com/2011/08/untuk-melayu-johortotok-umno.html...aku ni..orang kampung BALUN jugak..Kg Balun HULU dekat rumah Pak Cik Rashid ( orang JAWA ) tok imam masjid..aku rembat hang punya story masuk blog aku...kira halal cop JAKIM lah yer..

Pakcu Rantau Panjang said...

Salam Aidilftri buat tuan.

Sememangya memori sewaktu zaman kanak-kanak cukup indah dan sukar dilupakan. Apalagu kalau dikira zaman kanak-kanak hari ini sesetengah nya sudah tidak kenal lagi meriam buluh atau bunga api cap Kucing.

Selepas solat aidilftri pula saling kunjung mengunjung dan ada juga yang "berbalas besan" kuih ketupat dengan jiran tetangga.

Kalaulah kita semurni hati kanak-kanak itu alangkah baiknya. Lupakan sengketa. Lupakan cemuhan bersama kita takbir di pagi raya ...di-aidilfitri....walahualam