Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 1, 2011

UMNO disimbah cat - Terdesak Gilerrr!!


Teman bukan la nak buat suatu keputusan sebelum selesai siasatan..
Cumanya..

Agak-agak la kalau desperate pun..
Kot goyang dengan BERSIH 2.0 ni pun..
Kot ye pun pejabat UMNO kena sabotaj..
Tak payah lah statement pertama yang keluar dari mulut terus tuduh BERSIH 2.0 punya kerja!
Wakakakaka!!

Ntah-ntah ada ahli UMNO sendiri tak puas hati dengan pimpinan ke?
Ada mat rempit yang bengang tak dapat bayaran penuh upah memekak di depan pejabat PKR Tropikana hari tu ke?
isk!! banyak kemungkinan laaa..

Ape daaa..

Hari tu di Stadium Melawati,
dekat sebaldi paku ditabur di area parking awam..
Takde pulak pimpinan PAS tuduh UMNO ke.. Patriot ke.. PERKASA ke..

Ini belum apa-apa terus tuduh BERSIH! adehh!!
Kotor punya worang!!

budakbalun 01072011

Pejabat Umno disimbah cat, lempar ayam mati

Dua pejabat Umno bahagian - Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur - telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.

Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot, ketua bahagiannya, Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi tadi. Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Dalam blog itu juga, Syed Ali mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.-mkini

0 comments: