Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Friday, July 1, 2011

BERSIH 2.0 - Daulat Tuanku! Patik Mohon Mengadap!


Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun..
Sembah Patik harap Diampun..

Patik pacal yang hina ini memohon belas ehsan Tuanku..
Agar menerima kehadiran kami, pacal-pacal yang hina ini..
Yang menjunjung kasih kami kepada Tuanku,

Untuk Tuanku menerima memorandum BERSIH 2.0 kami
Bagi mempersembahkan pengaduan kami ke Bawah Duli Tuanku..

Hanya inilah yang mampu kami lakukan,
Aduan demi aduan
Rayuan Demi Rayuan
Usaha demi usaha

Telah kami sekalian hamba rakyat yang tertindas
telah lakukan demi mendapat keadilan didalam Pilihanraya Negara yang kita cintai ini.
Namun malangnya..
Segalanya telah dihumban oleh UMNO dan Barisan Nasional ke bakul sampah!

Ampun Tuanku,
Sudi apalah kiranya,
kami sekalian hamba rakyat mempersembahkan aduan ini kepada Tuanku...
Memohon jasa baik dengan penuh kedaulatan,
Agar Tuanku menerima dan seterusnya membuat tindakan
Dalam usaha mengembalikan suatu pilihanraya yang bersih lagi adil

Mohon Ampun diatas permintaan ini..
Akhirnya, kepada Allah SWT sahajalah kita semua bermohon lagi mengadu nasib.

Ampun Tuanku Beribu-ribu Ampun..
Sembah kami pacal yang hina ini harap diampun.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

budakbalun 01072011

Aziz Bari: Sudah tiba masa bagi Agong campurtangan

Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab untuk campurtangan demi kepentingan rakyat memandangkan pencabulan hak perlembagaan dalam penganjuran BERSIH 2.0, kata pakar perlembagaan Profesor Abdul Aziz Bari.

"Ini bukan menyertai politik atau memihak tetapi untuk menyelamatkan negara dan perlembagaan,” kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu. Jelasnya sebagai 'pelindung perlembagaan', Seri Paduka mempunyai tanggungjawab melindunginya, seperti sumpah jawatan yang dilafazkan menurut perlembagaan persekutuan. .

Abdul Aziz percaya situasai sekarang adalah peluang bagi Yang di-Pertuan Agong mengembalikan semula sinar kepada institusi monarki, khususnya krisis politik Perak 2009.-mkini

0 comments: