Pages

Meh le jadi family teman di alam cyber! Jemput follow ye?

Wednesday, March 9, 2011

Mahathir Mohamad - Lupakah Akan Dosa Membuat Fitnah?


Teman yakin..
Bukan teman seorang yang tak berapa setuju dengan buku 'tuduhan' Che Det ini..
Dan bukan seorang juga yang bersetuju dengannya!

Malangnya...
Segala apa yang ditulis itu seolah-olah maksum!
Tuduhan yang sangat-sangat serius ditulis oleh Che Det ini amat meragukan!

Kerana apa?

kerana ianya sekadar tuduhan..
dengan bukti-bukti yang mungkin ciptaannya sendiri..

Siapa pula yang mampu menjadi saksi?
Mampukah Che Det membawa saksi-saksinya ke hadapan orang ramai?

Dan sekiranya mampu,
sepatutnya dalam kes 'Liwat 1" dulu pun dah dikeluarkan saksi-saksi tersebut!

Teman tak pernah mengatakan bahawa Anwar Ibrahim tidak melakukannya..
Tetapi teman juga mahukan bukti yang nyata jika benar Anwar Ibrahim melakukannya!

Malangnya sehingga kesaat ini..
masih gagal pendakwaraya meyakinkan...

hmmm.. sudah lupakah mereka akan dosa mereka yang membuat fitnah?

"Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu (Mekah); dan fitnah itu lebih besar bahayanya dari pembunuhan, dan janganlah kamu memerangi mereka di Masjidilharam, kecuali jika mereka memerangi kamu di tempat itu. Jika mereka memerangi kamu (di tempat itu), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang kafir." Surah Al-Baqarah, Ayat 191

"Mereka bertanya kepadamu tentang berperang pada bulan Haram. Katakanlah: "Berperang dalam bulan itu adalah dosa besar; tetapi menghalangi (manusia) dari jalan Allah, kafir kepada Allah, (menghalangi masuk) Masjidilharam dan mengusir penduduknya dari sekitarnya, lebih besar (dosanya) di sisi Allah. Dan berbuat fitnah lebih besar (dosanya) daripada membunuh. Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran), seandainya mereka sanggup. Barang siapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati dalam kekafiran, maka mereka itulah yang sia-sia amalannya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya." Surah Al-Baqarah, Ayat 217

"Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah,
yang sangat enggan berbuat baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa,
yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya,
karena dia mempunyai (banyak) harta dan anak"
Surah Al-Qalam, Ayat 10-14

wallahua'lam

sunsnake 09032011

Memoir Dr M muat dakwaan 'kisah seks' Anwar


Tun Dr Mahathir Mohamad memuatkan 20 halaman dalam memoirnya yang bertajuk - A Doctor In The House - mengenai bagaimana beliau mendapat tahu tentang dakwaan kisah seks Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan lelaki dan wanita, yang membawa kepada pemecatannya pada 1998.

Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertamakali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'

Berita Penuh

2 comments:

citramelayu said...

kalaulah itu fitnah semata mata maka berterusanlah dosa yang akan ditanggungnya hingga hari pembalasan dan kiranya itu semua adalah benar semata mata maka berterusan juga dosa yg akan ditanggungnya sehingga hari pembalasan kerana mengaibkan orang sedangkan Allah sendiri menyembunyikan aib hambanya inikan pula manusia.

Anonymous said...

Tak paham betul la dengan orang tua sekor nie, dulu dia juga yang buat pengakuan yang DSAI tu tak bersalah apa pun, cuma waktu tu dia ada kuasa susah nak cakap katanya. Dah sekarang lain plak cerita? mana satu nak percaya nie?

Atau dia takut kalau DSAI dapat rampas PUTRAJAYA dia akan diusung ke mahkamah sampai MAMPUS macam SUHARTO?

-wakleman